Sejarah Hang Tuah

Warisan Budaya Alamiah

  • Sejarah Hang Tuah


    HANG TUAH

  • Jumlah Pengunjung

    • 65,196 hits
  • Log Masuk/ Keluar

  • Waktu sekarang

  • Kalendar

    Jun 2012
    I S R K J S A
    « Jan    
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    252627282930  
  • RSS Pakcikli00 Dukun Asmara

  • RSS Jalan Akhirat

    • Rahsia jiwa wanita yang tercela 9 Januari 2011
      TABIAT ULAR Menaruh dendam apabila mendengar sesuatu yg jahat tentang suami atau dirinya. Maka akan berkelahilah dia dengan orang lain. TABIAT TIKUS Dia adalah seorang wanita yg suka mencuri harta suaminya sendiri. TABIAT KERA Suka memakai baju berwarna merah, hijau dan kuning. Dia tidak suka memakai emas dan perak. Dia suka membesarkan diri di hadapan [...]
  • RSS Doa Ayat dan Zikir

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Kehidupan Nabi Muhammad saw

    • Solat cara Nabi Muhammad saw 31 Ogos 2010
      Berdiri untuk solat Berdiri dengan lurus, kedua belah kaki sama tegak, mengarah kiblat dengan menundukkan pandangan memandang ke tempat sujud dan mengarahkan hujung-hujung jari kaki ke kiblat dengan merenggangkan antara dua kaki(jangan sangat dirapatkan dan jangan sangat dijauhkan. Takbiratul ihram Takbiratul ihram ialah mengangkat tangan dan meletakkan tang […]
  • RSS Syariat Hakikat Tarikat Makrifat

    • Syeikh Abdul Wahab Rokan dan Tarikat Naksyabandiah 6 September 2010
      Kendati telah wafat sejak sekitar 77 tahun silam, keberadaannya terasa di Kampung Babussalam, Tanjung Pura, Langkat, Sumatra Utara. Peziarah mengalir ke makamnya di kampung yang didirikannya. Syekh Abdul Wahab Rokan memang dikenal sebagai ulama ternama di Sumaera. Lahir pada 19 Rabiul Akhir 1230 H (28 September 1811) di Kampung Danau Runda, Rantau Binuang Sa […]
  • RSS Darah Daging dan Nafas Manusia

    • Golongan Darah 2 Julai 2010
      Golongan darah adalah ciri khusus darah dari suatu individu karena adanya perbedaan jenis karbohidrat dan protein pada permukaan membran sel darah merah. Dua jenis penggolongan darah yang paling penting adalah penggolongan ABO dan Rhesus (faktor Rh). Di dunia ini sebenarnya dikenal sekitar 46 jenis antigen selain antigen ABO dan Rh, hanya saja lebih jarang d […]
  • RSS Amal Ibadat Orang Islam

  • RSS Asal Usul Orang Melayu

    • Bangsa Mim 22 Jun 2010
      Wasiat ilmu ADAM yang di turunkan kepada anak cucu baginda lantas menjadikan mereka itu sebagai ‘dewa’. Tugas mereka adalah untuk mengurus, bukannya untuk di sembah. Tapi, akibat kebodohan manusia yang tidak mahu mengikut, mereka ini menyembah-yembah manusia ‘dewa’ ini dan jadikan mereka ini tuhan. Akibatnya, mereka di musnahkan atau di hapuskan terus dari p […]
  • RSS Sejarah Pulau Besar Melaka

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Gunung Ledang Melaka

    • Batu Bersurat terbelah dua di Gunung Ledang 5 Ogos 2010
      Tok Syeikh berkata 27 Julai 2010 pada 11.55p07 Batu Bersurat ini bertulis dalam BAHASA KAWI/PALAPPA/JAWA KUNO.Saya memang tidak memahami,tetapi ada tarikh di tulis di situ…iaitu 1313 tahun saka.kalau tahun masihi kita kena campor 70,maka menjadi 1383 m.Ini mungkin memberitahu kita Tahun Gunong Ledang di diami manusia.Saya di beritahu,yang Memotong batu ini d […]
  • RSS Gunung Ganang di Malaysia

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Rahsia Kayu Batu dan Logam

    • Sihir Pelalau 31 Disember 2010
      Tujuan sihir pelalau ini ialah untuk menghalang pesakit dari mencari rezeki samada di tempat kerja/pejabat atau premis perniagaan, rezeki dari segi perkahwinan atau rezeki dari segi maju dalam pembelanjaraan. Semua usaha untuk mencari rezeki-rezeki ini terhalang tanpa sebab yang munasabah. Sihir pelalau sering dilakukan pada premis tempat kerja atau premis p […]
  • RSS Rahsia Rumahtangga

    • Isteri perlu digoda sebelum digodam 18 Oktober 2010
      Setiap pria selalu berusaha menyenangkan sang istri untuk mencapai kepuasan seksual. Namun, tidak semua pria ternyata pintar membuat pasangannya terangsang. Mau tahu caranya? Menurut Askmen, seorang pria bisa dengan mudah membuat pasangannya terangsang dengan cara memberikan rangsangan berulang-ulang di seputar bagian sensitif tubuh pasangannya. Titik-titik […]
  • RSS Wannura Terapi

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Wannura – Koleksi Tumbuhan

    • Mohon kemaafan dan terima kasih ……. 4 April 2011
      Kepada kesemua pengunjung-pengunjung weblog wannura yang dihormati ; Saya memohon ampun dan maaf kerana tidak membalas komentar serta menghantar entri (post) yang baru buat masa yang terdekat ini oleh sebab kesibukan tugas-tugas harian serta penglibatan saya dengan aktiviti dan penyelidikan persilatan . Walaubagaimana pun , saya akan cuba membalas segala kom […]
  • RSS Wannura Orkid

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Karimon – Misteri Mistikal

    • Kayu Tahi 20 Mei 2012
      Walaupun namanya kayu tahi tetapi dikatakan mempunyai nilai dari sudut mistik yang dipercayai dapat menjadi penawar bagi rasukan pelesit,gangguan makhluk halus dan histeria.
  • RSS Perubatan Islam 7 Puteri

  • RSS Alamallah

    • Tasbih Teras Nagasari 1 Jun 2012
      Tempahan Seorang Sahabat... Butiran biji tasbih dari jenis Teras Nagasari, Pembahaginya pula dari Akar Bahar Putih. Pembahagi Kepala Tasbih pula dari Bahar Putih..Kepala Tasbih Pula dari jenis Bahar Hitam..Penutup Ikatan pula dari Jenis Teras Nona. Bukan tidak boleh diindahkan dengan jenis teras yang seiringan..apakah keunikkan satu-satu pembuatan tasbih, di […]

Raja Melaka Berangkat ke Majapahit – Kajian Hikayat Hang Tuah Bab 6

Posted by pakcikli00 di 30 November 2010


BAB 6 : Raja Melaka Berangkat ke Majapahit

KAJIAN: AMAL NADHJRAH RUSLI (U6-1)

A) SINOPSIS

Rombongan meminang yang diutus Raja Melaka sedang dalam perjalanan untuk pulang ke Melaka. Mereka singgah ke Tuban, Jayakarta dan Palembang. Setelah sampai ke Melaka, surat pinangan dari Melaka diarak dari Kuala pelabuhan Melaka sehingga sampai ke istana. Setelah mengetahui pinangnya diterima, baginda telah menitahkan kepada bendahara dan pembesar yang lain untuk membina kapal yang diberi nama Kumbang Nuri. Raja Melaka pun berangkat ke Majapahit dengan diiringi Hang Tuah dan sahabatya serta Patih Kerma Wijaya yang bertanggungjawab atas keselamatan baginda. Apabila sampai di Majapahit, mereka disambut sengan Mariah oleh Raja dan pembesar negeri Majapahit. Hang Tuah begitu teliti mengawasi Raja Melaka sehingga dikagumi oleh Patih Gajah Mada dan Betara Majapahit. Patih Gajah Mada telah merancang ingin membunuh Hang Tuah dalam majlis tari menari. Percubaan ingin membunuh Hang Tuah gagal ketika meminum arak di hidangkan di Istana Betara Majapahit yang mana seorang upahan Path Gajah Mada cuba membuunuhnya dan kejadian itu telah disedari oleh Hang Tuah.

B) PERISTIWA PENTING

1. Rombongan meminang Raja Melaka singgah di Tuban, Jayakarta dan Palembang ketika dalam perjalanan pulang dari Majaphit.

2. Perarakan surat Betra Majapahit dari Kuala Pelabuhan Melka sehingga ke Istana Raja.

3. Membina kpal yang dinamakan Kumbang Nuri.

4. Hnag Tuah dari Patih Kerma Wijya serta sahabat-sahabatnya mengiringi baginda ke Majapahit dan mereka disambut dengan meriah oleh Raja dan Pembesar Majapahit setibanya mereka disana.

5. Patih Gajah Mada mernacang ingin membunuh Hang Tuah sekalogus menguji kehebatan pahlawan tersebut di majlis tari menari dan mengupah parajurit menikam Hang Tuah.

6. Percubaan membunuh Hang Tuah ketika hidangan arak disajikan gagal kerana dia menyedari akan tipu muslihat Patih Gajah Mada dan mereka terpaksa akur dengan kehebatan Hang Tuah.

C) WATAK DAN PERWATAKAN

i. HANG TUAH

Merupakan orang kepercayaan Duli Syah Alam dan ditulis untuk meminag Puteri Majapahit. Patih diuji kehebatannya oleh Patih Gaja Mada dengan mengupah parajubit untuk Hang Tuah.

ii. HANG JEBAT

Sahabat Hang Tuah yang turut menjadi utusan meminang Raden Mas Ayu turut menyampaikan berita penerimaan pinangan kepada Raja Melaka serta mengaja keselamatan baginda di Majapahit.

iii. PATIH KERMA WIJAYA

Seorang menteri yang arif dan merupakan utusan Raja Melaka meminang Raden Mas Ayu serta ditugaskan menulis surat dalam bahasa Jawa kerana kefasihannya berbahasa Jawa.

iv. PATIH GAJAH MADA

Pembesar Majapahit yang mempunyai sikap jahat, zalim, tamak dan iri hati. Beliau yang berpakat dengan Betara Majapahhit menguji kekuatan Hang Tuah dengan mengupah 60 pengamuk dan mengupah parajurit menikam Hang Tuah tetapi gagal.

v. PADUKA BETRA MAJAPAHIT

Raja Majapahit dan ayahanda kepada Raden Mas Ayu. Dia berpakat dengan Patih Gajah Mada untuk meguji kehebatan pahlawan Melakja terutama Hang Tuah.

vi. HANG LEKIR, HANG LEKIU, HANG KASTURI – Sahabat Hang Tuah yang mengikuti rombongan meminang puteri Majaphit

Terdapat ramai lagi watak-watak yang lain seperti:

vii. Adipati Tuban

viii. Adipati Palembang

ix. Duli Tuanku Syah Alam

x. Raden Aria

xi. Parmedewan

xii. Hang Kamar

xiii. Barit

xiv. Adipati Jayakarta

xv. Bendahara Paduka Raju

xvi. Tun Utama dan Tun Bija Sura

xvii. Kuwela

xviii. Temenggung Negri Melaka

xix. Hang Syamsu

D) LATAR TEMPAT

I. Pelabuhan Tuban, Jayakarta dan Palembang

Tempat persinggahan Hang Tuah dan Patih Kerma Wijaya serta rombongan meminag dalam perjalanan pulang ke Melaka

II. Istana Melaka

III. Istana Betara Majapahit

E) UNSUR PENTING

i. Kepahlawanan

Hang Tuah berjaya membunuh parajurit yang cuba ingin membunuhnya.

ii. Keberanian

Hang Tuah berani berhadapan dengan parajurit yang cuba membunuhnya.

Dikirim dalam Uncategorized | 3 Komen »

Perutusan Meminang ke Inderapura dan ke Majapahit – Kajian Hikayat Hang Tuah Bab 5

Posted by pakcikli00 di 24 November 2010


BAB 5 : Perutusan Meminang ke Inderapura dan ke Majapahit

KAJIAN: EMILLIA BINTI RAZALI

A) SINOPSIS

Mengisahkan tentang Raja Melaka menyuruh Tun Utama dan Tun Bija Sura untuk pergi ke Inderapura untuk meminang Tun Tuja. Utusan peminangan disambut dengan baik. Tetapi, Tun Teja, Puteri Bendahara Seri Buana menolak pinangan tersebut sibabkan tidak sedarjat dengan Raja Melaka.

Setelah itu, Patih Kerma Wijaya memberi cadangan kepada Raja Melaka mengenai Puteri Betara Majapahit, Mas Ayu, yang tidak kurang juga cantiknya Raja Melaka pun mengiyakan cadangan tersebut lantas diutusnya Hnag Tuah dan Patih Kerma Wijaya ke Majapahit serta 4 sahabatnya yang lain. Bendahara dan Hang Tuah pun bermasyurat hendak membangunkan ghali akan kenaikan raja. Ghali itu dinamakan ‘Mendam Berahi’. Surat peminagan pun diutuskan ke Patih Gajah Mada. Menteri Besar Majapahit.

Mereka yang membawa utusan itu disambut baik oleh Bentara Majapahit yang diwakili oleh Patih Gajah Mada. Ini kerana taraf kerajaan Melaka tinggi. Tapi sebelum utusan itu sampai, mereka telah diuji kekuatannya dengan menyuruh enam puluh orang perajurit mengamuk ditengah pasar dan membunuh mereka. Namun peruit-perajurit itu dapat dikalahkan oleh utusan Raja Melaka.

Hang Tuah telah bertemu dengna Raden Aria bersama-sama Sang Perdana Setia dan Sang Ratna Setia. Mereka adalah orang utusan dari benua keling dan juga membawa surat yang dipersembahkan kepada Bentara Majapahit. Hang Tuha memberitahu kepda Utusan Benua Keling bahawa kuda yang dibawa benua itu ada celanya iaitu tidak boleh melihat air kerana ia akan berkubang seperti kerbau. Tetapi Hang Tuah dapat menyembuhkan kuda tersebut.

Hang Tuah diberikan ganjaran yang lebih dari yang lainnya. Hang Tuah dan rombongan kembali ke Melaka setelah menyampaikan utusan itu dan mereka diiringi oleh utusan Benua Keling iaitu Raden Aria. Demang Gajah Pertala. Rangga Bagung dan jaksa Temandera Kanuruan.

B) PERISTIWA PENTING

1. Tun Utama dan Bija Sura pergi ke Inderapura untuk meminang Puteri Bendahara Seri Buana, Tun Teja. Pinangan Raja Melaka ditolak atas alas an tidak setaraf dengannya.

2. Hang Tuah bersama rombongannya pergi ke Majpahit untuk meminang Puteri Betara Majapahit, Raden Mas Ayu, dengan menggunakan ghali iaitu “Mendam Berahi”.

3. Mereka disambut dengan penuh adat kebesaran disebabkan mereka dari utusan Melaka yang tarafnya dipandang mulia.

4. Mereka telah di uji kekuatannya dengan dihadapakan 60 orang perajurit yang mengamuk ditengah pasar.

5. Betara Majapahit mempelawa Hnag TUah berkhimat dengannya berserta dengan ganjaran sebuah negeri dan 40 orang isteri.

6. Raja Benua Keling adalah saudara kandung kepada Raja Melaka.

7. Hnag Tuah dapat menyembuhi Kuda Benua Keling yang ada celanya.

8. Hang Tuah kembali ke Melaka dengan diiringi oleh rombongan Benua Keling.

C) WATAK

1. Hang Tuah

2. Patih Kerma Wijaya

3. Raja Melaka (Sang Maniaka)

4. Bendahara Seri Buana

5. Tun Teja

6. Tun Utama

7. Tun Bija Sura

8. Hnag Jebat

9. Hang Kasturi

10. Hnag Lekir

11. Hang Lekiu

12. Patih Gajah Mada

13. Bendahara Paduka Raja

14. Betara Majapahit (Seri Betara)

15. Raden Aria

16. Sang Perdana Setia

17. Rangga Bagung

18. Sang Ratna setia

19. Demang Gajah Pertala

20. Jaksa Temandera Kanaruan

D) PERWATAKAN

1. Hang Tuah
Utusan Raja Melaka ke Majapahit untuk meminang Puteri Betara Majaphit. Hang Tuah adalah seorang pahlawan yang berani menerima apa jua cabaran yang diberi. Ini terbukti kerana ia Berjaya menentang orang yang mengamuk ditengah pasar iaitu orang yang diupah oleh Majapahit. Hang Tah juga pandai menyembuhkan kuda yang ada celanya

2. Patih Gajah Mada
Menteri di Majapahit. Dia wakil bagi Betara Majapahit bagi menguruskan apa yang diperintahkan

E) LATAR TEMPAT

i. Inderapura

ii. Melaka

iii. Rumah Bendahara Paduka Raja

iv. Majapahit

v. Rumah Patih Gajah Mada

vi. Sungai

F) UNSUR PENTING

> Kemasyarakatan

- Mereka saling bekerjasama dalam membuah ghalli “Mendam Berahi” yang digunakan mereka untuk pergi ke Majapahit

Dikirim dalam Uncategorized | 1 Komen »

Raja Muda – Kajian Hikayat Hang Tuah Bab 4

Posted by pakcikli00 di 24 November 2010


DIKAJI OLEH: ABDUL HALIM PUTEH

SINOPSIS

Sang Maniaka, Raja Melaka telah menintahkan Bendahara Paduka Raja dan Temenggung Seri Sarwa Diraja untuk pergi menghadap Sang Sapurba di Bukit Siguntang Mahabiru untuk mendapatkan restu supaya Sang Jaya Nantaka dilantik menjadi Raja Muda Melaka. Dan, permohonan Sang Maniaka itu telah direstui oleh Sang Sapurba.

Setelah Sang Jaya Nantaka menjadi Raja Muda Melaka, Sang Jaya Nantaka akhirnya difitnah yang mana kononya Sang Jaya Nantaka berusaha untuk merampas taktha kerajaan Melaka. Raja Melaka mentahkan Hang Tuah dan Bendahara untuk membunuh Sang Jaya Nantaka tetapi Hang Tuah dan Bendahara tidak melakukannya ada seorang raja dari keinderaan di Tanah Melayu dan raja itu mempunyai empat orang putera. Dan, saudagar kaya itu berharap agar salah seorang dari putera tersebut dijadikan Raja di Benua Keling.

Parmadewan telah bertemu dengan seorang pengail (Sang Jaya Nantaka) di Muara Sungai Melaka. Parmadewan lalu menyatakan hasratnya untuk menjadikan pengail tersebut sebagai Raja di Benua Keling kerana Parmadewan mempunyai firasat yang mengatakan bahawa pengail tersebut merupakan putera raja.

Sang Jaya Nantaka akhirnya bersetuju untuk menjadi Raja di Benua Keling setelah teringat pesan ibunya bahawa suatu hari nanti, dirinya akan menjadi Raja Besar di Benua Keling. Parmedewan membawa Sang Jaya Nantaka pergi mengadap Raja Melaka untuk menyatakan hasratnya. Hasrat Parmadewan telah mendapat restu dari Raja Melaka. Akhirnya, Sang Jaya Nantaka dibawa oleh Pardewan ke Benua Keling.

Dalam perjalanan pulang ke Benua Keling, Parmadewan bertemu dengan kapal China. Menurut Nahkoda China itu, kapal Feringgi hendak menyerang Benua Keling. Parmedewan telah berjaya mengalahkan Angkatan Feringgi di Kuala Nila Pura.

Setelah dilantik menjadi Raja di Benua Keling, baginda telah melantik Parmedewan sebagai Bendahara Mangkubumi. Manakala ketiga-tiga anak Bendahara Mangkubumi iaitu Parmadesa dilantik menjadi Paduka Raja, Pudingga dilantik menjadi Maharaja Indera dan Parmadian dilantik menjadi Maharaja Indera Bongsu.

Sang Jaya Nankata menghantar utusan ke Melaka dan ke Bukit Siguntung Mahabiru untuk memberitahu keadaanya setelah menjadi Raja di Benua Keling.

PERISTIWA PENTING

1. Disebabkan Melaka tidak mempunyai Raja Muda, Raja Melaka telah mentahkan agar Sang Jaya Nankata dijadikan Raja Muda Melaka.

2. Setelah dilantik menjadi Raja Muda, Sang Jaya Nantaka difitnah yang mana kononya ia hendak merampas takhta kerajaaan Melaka.

3. Sang Jaya Nankata menjadi pengail setelah dilucutkan jawatan.

4. Parmadewan dari Benua Keling mempunyai firasat bahawa terdapatnya empat putera berasal dari keinderaan Tanah Melayu.

5. Parmadewan berharap agar salah seorang dari putera tersebut dapat dijadikan Raja di Benua Keling.

6. Parmadewan telah bertemu pengail (Sang Jaya Nantaka) di Muara Sungai Melaka.

7. Sang Jaya Nankata akhirnya bersetuju menjadi Raja di Benua Keling setelah teringat pesan ibunya.

8. Parmedewan telah mendapat restu dari Raja Melaka untuk menjadikan Sang Jaya Nanataka sebagai Raja.

9. Parmedewan telah mengalahkan Angkatan Feringgi di Kuala Nila Pura.

10. Sang Jaya Nantaka telah melantik Parmedewan dan ketiga-tiga anaknya.

11. Sang Jaya Nantaka telah menghantar urusan ke Melaka dank e Bukit Siguntang Mahabiru.

UNSUR-UNUSR PENTING

1. Unsur Fitnah

Sang Jaya Nankata difitnah kononya ia ingin merampas takta Raja Melaka. Dihukum bunuh tetapi Bendahara dan Hang Tuah tidak bersetuju lalu beliau diluncutkan jawatan menjadi Raja Muda Melaka.

2. Perlantikan Raja.

Sang Jaya Nankata telah dilantik mengenai raja di Benua Keling.

3. Perlambangan

Raja Melayu adalah raja yang terunggul (diterima masyarakat) dan mampu memrintah di negeri bukan Melayu dan sebuah negeri yang besar.

WATAK

1. Sang Maniaka (Raja Melaka)

2. Bendahara Paduka Raja

3. Temenggung Seri Sarwan Diraja

4. Sang Sapurba

5. Sang Jaya Nankata

6. Hang Tuah

7. Saudagar Kaya (Bendahara Mangkubumi)

8. Pengail

9. Parmadesa (Paduka Raja)

10. Pundingga (Maharaja Indera)

11. Parmadian (Maharaja Indera Bongsu)

LATAR TEMPAT

1. Melaka

2. Bukit Siguntang Mahabiru

3. Benua Keling

4. Kuala Melaka

5. Kuala Nila Pura

6. Palembang

LATAR MASA

1. Tujuh hari

2. Empat Puluh hari

3. Dua Hari

Dikirim dalam Uncategorized | Leave a Comment »

Kedatangan Patih Kerma Wijaya dan Perpindahan ke Melaka – Kajian Hikayat Hang Tuah Bab 3

Posted by pakcikli00 di 23 November 2010

BAB 3 : Kedatangan Patih Kerma Wijaya dan Perpindahan ke Melaka.

KAJIAN OLEH: HAJI MOHD. SAFWAN HAJI RAMLI. (u6-3)

SINOPSIS

Selepas neger-negeri taklukan Lasem dimusnahkan oleh Raden Inu Kartapati, Ratu Lasen mengarahkan Patih Kerma Wijaya bersama 7 000 tentera memulihkan kawasan tersebut. Semasa di Pajang, Pati Kerma Wijaya jatuh sakit dan menyuruh panglimanya Kebiru ke Lasim menjemput puterinya, Kem Sumirat ke Pajang. Dalam perjalanan ke Pajang ke Kebiri, Kem Sumirat bertemu Ratu Lasem dan mengahwininya secara paksa. Kem Sumirat tidak dibenarkan dibawa oleh Ke Kebiri ke Pajang.

Apabila Patih Kerma Wijaya mengetahui kejadian tersebut melalui Kebiri, Patih Kerma Wijaya marah kepada Ratu Lasem dari ke Tuban bersama pengikutnya. Dia memberitahu perkara tersebut kepada Sang Agung Aria Tuban. Dia turut menjemput Patih Kerma Wijaya tinggal di Tuban, tetapi dia menolaknya.

Semasa dalam perjalanan pulang, mereka singgah ke Jaya Karta. Patih Kerma Wijaya turut memberitahu hajatnya untuk memperhambakan dirinya kepada Raja Bentan, mereka diterima tinggal di Bentan.

Raden Inu Wira Nantaja datang ke Tanah Melayu mencari saudaranya. Semasa di Tuban, dia telah diberitahu bahawa Patih Kerma Wijaya di Tanah Melayu untuk memperhambakan dirinya. Raja Bentan, Hang Tuah dan Patih Kerma Wijaya menyambut kedatangan Raden Inu Wira Nantaja.

Raden Inu Wira Nantaja, Raja Bentan, Hang Tuah bersama rakan-rakannya, Patih Kerma Wijaya dan Bendahara pergi berbulu di Pulau Ledang. Anjing berbulu Raden Inu Wira Bendahara ditentang oleh pelanduk putih lalu ia ghaib. Maka Bendahara mencadang membina negeri kerana ia petanda baik, ia dinamakan Melaka.

Raden Inu Wira Nantaja pulang ke Daha, manakala Raja Bentan pindah ke Melaka dan tempatnya diganti oleh Tun Utama dan Tun Utama dan Tun Bija Sura.

Peristiwa Penting

1. Penemuan Melaka, ia berlaku apabila anjing berburu Raden Inu Wijaya Nantaja ditendang pelanduk putih dan ia ghaib.

2. Patih Kerma Wijaya melarikan diri ke Tanah Melayu dan memperhambakan dirinya kepada Raja Melaka.

3. Raja Bentan berpindah ke Melaka, kerajaan Bentan telah diserahkan kepada Tun Utama dan Tun Nija Sura.

Watak

1. Ratu Lasem

2. Pateh Kerma Wijaya

3. Raden Inu Kartapati

4. Kem Sumirat

5. Kebiri

6. Sang Agung Aria Turban.

7. Seri Betara Majapahit

8. Patih Gajah Mada

9. Bendahara Paduka Raja

10. Temenggong Sarwa Diraja

11. Raden Inu Wira Nantaja

12. Raden Gakuh Cendera Kirana

13. Ratu Melayu

14. Hang Tuah

15. Kibu NIrang

16. Raden Ibu Angkuripun

17. Tun Utama

18. Tun Bija Sura.

LATAR TEMPAT

1. Pajang

2. Tuban

3. Jayakarta

4. Bentan

5. Palembang

6. Pulau Ledang

7. Melaka

UNSUR-UNSUR PENTING

1. Peristiwa Perpindahan/Penghijrahan

- Pateh Kerma Wijaya dan pengikutnya pindah dari negeri Lasem ke Bentan.

- Raja Meniaka (Raja Bentan) pindah dari Negeri Bentan ke negeri yang baru dibuka (Melaka).

- Raden Inu Wira nantaga tinggal di Negeri Bentan sementara sewaktu mencari adiknya Raden Inu Indera Kirana.

2. Unsur Metos

Pembukaan Negeri Melaka iaitu anjing bukan buruan rombongan Negeri Bentan ditentang oleh pelanduk putih (umpama sebesar Kambing).

3. Unsur Kemanusiaan

- Raja Manusia melayan dengan baik tetamunya dan membenarkan Pateh Kerma Wijaya dan Raden Inu tinggal dinegrinya.

- Ratu Lasem tidak bersifat berperikemanusiaan terhadap menterinya Pateh Kerma Wijaya dengan merampas Puteri Kem Sumirat dijadikan isterinya.

Dikirim dalam Uncategorized | Leave a Comment »

Hang Tuah menjadi hamba raja – Kajian sejarah Hang Tuan Bab 2

Posted by pakcikli00 di 23 November 2010

catatan yang lebih lama

Bab 2 : Hang Tuah Menjadi Hamba Raja

SINOPSIS

Pada suatu Hang Mahmud telah bermimpi bulan turun dari langit dan cahaya memenuhi kepala Hang Tuah. Ini adalah suatu petanda baik lalu diciumnya Hang Tuah. Pada keesokan harinya, Sebelumnya Hang Mahmud menjemput penduduk kampong untuk majlis doa selamat. Lalu, Hang Mahmud bersama keluarganya berpindah ke Bentan. Disana Hang Tuah dihantar untuk mengaji Al-Quran sehingga khatam. Seterusnya, beliau dihantar untuk menguasi beberapa bahasa bersama gurunya Lebai Keling iaitu Bahasa India, Lebai Siam iaitu Bahasa Siam , Lebai Cina iaitu Bahasa Cina dan Lebai Jawa iaitu bahasa Jawa. Di Bentan juga, Hang Tuah berjumpa rakan karibnya iaitu Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir, Hang Kasturi. Mereka berhajat untuk pergi ke Pulau Tinggi. Semasa dalam perjalanan mereka tersempak dengan lanun dan Berjaya menewaskan lanun-lanun itu. Manakala 10 orang daripadanya ditangkap dan dibawa ke Singapura. Hang Tuah bersama rakannya berguru, Sang Aria Putra di Bukit Pancalusa. Mereka juga pergi berguru, Persata Nila (Abang kepada Sang Aria Putra) yang diarahkan oleh Sang Aria Putra. Setelah selesai, mereka berlima pulang dan Hang Mahmud membawa mereka untuk menghadap Bendahara Paduka Raja ingin berjumpa. Seterusnya,semasa Hang Tuah membilah kapak kayu dengan menggunakan kapak berlakunya kekacauan di pasar dimana orang mengamuk lalu Hang Tuah membunuhnya. Ada orang yang menyaksikan kejadian tersebut meramal bahawa Hang Tuah akan menjadi seorang Panglima Besar di Tanah Melayu. Pada kali kedua Hang Tuah bersama rakannya berjaya membunuh 4 orang mengamuk di pasar yang ciba membunuh Bendahara manakala pengikut-pengikutnya lari. Hang Tuah dan rakannya diberikan hadiah daripada Bendahara kerana melindunginya daripada orang mengamuk di pasar tadi. Mereka dilantik menjadi biduanda oleh Bendahara Paduka Raja. Semasa mereka menjadi biduanda mereka bersama Tun Mat untuk mengikut raja berburu ke Pulau Biran Dewa. Semasa memburu, Hang Tuah telah menjumpai pisang masak dan didalamnya ada ular cintamani. Hang Tuah mengambilnya dan disimpannya kedalam dastarnya. Kemudian ular itu diserahkan kepada Bendahara dan disimpannya didalam gulungan kain. Raja Bentan menjemput Hang Tuah berserta rakannya dan dikurniakan hadiah iaitu pakaian dan keris. Raja Bentan merasakan kagum apabila mereka bermain senjata. Akhirnya, Hang Tuah di tugaskan untuk menentang musuh di Siantan dan Jemaja bagi membolehkan orang-orang Palembangpergi balik berdagang di Bentan.

Peristiwa Penting:

1. Hang Mahmud bermimpi bulan turun dari langit dan cahayanya memenuhi kepala Hang Tuah yang menyebabkan mereka pindah ke Bentan. Disana mengaji Al-Quran dan memperlajari beberapa bahasa.

2. Hang Tuah bertemu dengan rakan karibnya iaitu Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir, Hang Kasturi. Mereka bersama-sama pergi merantau ke Pulau Tinggi. Semasa dalam perjalanan mereka terserempak dengan lanun-lanun. Mereka berjaya menewaskannya. Sementera 10 orang daripadanya dibawa ke Singapura.

3. Hang Tuah bersama rakannya pergi berguru dengan Sang Aria Putra di Bukit Pancalusa Sang Aria berpesan kepada mereka untuk berguru dengan abangnya, Sang Persata Nala. Selain itu, Sang Aria Putra memberitahu kepada Hang Tuah bahawa beliau akan menjadi pegawai besar di Tanah Melayu.

4. Selepas 7 hari mereka berguru dengan Sang Aria Putra, mereka pulang dengan mendapat kemuliaan. Hang Mahmud membawa mereka untuk menghadap Bendahara Paduka Raja kerana Bendahara ingin berjumpa.

5. Hang Tuah berjaya membunuh orang mengamuk di pasar dengan menggunakan kapak belah kayu api. Pada kali keduanya, beliau bersama rakannya berjaya menyelamat Bendahara daripada 4 orang mengamuk yang cuba membunuh Bendahara, manakala penguikut-pengikutnya lari.

6. Hang Tuah bersama sahabatnya dibawa kerumah Bendahara Paduka Raja. Mereka berlima diberikan hadiah dan persalinan dan juga dilantik menjadi biduanda baginda.

7. Semasa mereka memburu bersama Raja Bentan di Pulau Biram Dewa. Hang Tuah telah menjumpai pisang masak yang didalamnya terdapat ular cintamani. Hang Tuah mengambilnya dan disimpannya kedalam dastar. Beliau menyerahkan ular cintamani itu kepada Raja Bendahara Paduka Raja disimpannya dalam gulungan raja.

8. Raja Bentan menjemput Hang Tuah bersama rakannya untuk menghadap dan dikurniakan hadiah seperti pakaian dan keris. Raja itu sangat kagum apabila mereka bermain senjata. 9. Selepas dilantik menjadi biduanda raja, Hang Tuah dan rakannya ditugaskan untuk menentang musuh di Siantan dan Jemaja bagi membolehkan orang Palembang beulang-alik berdagang ke Bentan.

Watak:

= Hang Mahmud

= Dang Merdu

= Hang Tuah

= Hang Jebat

= Hang Lekir

= Hang Lekiu

= Hang Kasturi

= Bendahara Paduka Raja

= Lebai Keling

= Lebai Jawa

= Lebai China

= Lebai Siam

= Aria Negara

= Pateh Gajah Mada

= Tun Mat

= Raja Bentan (Sang Maniaka)

= Penghulu Singapura

Perwatakan

1. Hang Tuah

Hang Tuah ialah anak kepada Hang Mahmud dan Dang Merdu. Beliau juga mempunyai 4 orang sahabat karibnya iaitu Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturi. Dia dilahirkan di Sungai Duyung dan dibesarkan di Bentan. Hang Tuah juga berguru beberapa bahasa dan ilmu sakti. Disamping, beliau juga mengaji Al-Quran sehingga Khatam. Beliau diberikan gelaran Hulubalang oleh Bendahara Paduka Raja.

Dalam bab ini pengarang mengarang Hang Tuah sebagai keperwiraan dan kebernian Hang Tuah terserlah apabila beliau mempimpin sahabatnya iaitu Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir, dan Hang Lekiu dalam pelayaran mereka di selat Melaka ke Singapura. Disamping itu, kejayaan Hang Tuah memimpin kumpulan tersebut dengan keberaninya telah membolehkan mereka membunuh serta mengusir tiga buah perahu lanun yang bertemu dengan mereka. Malahan, keberaninya menojol apabila beliau berusia 10 tahun dimana beliau berjaya membunuh pengamuk-pengamuk dengan menggunakan sebilah kapak sahaja dan Hang Tuah Berjaya menyelamatkan Bendahari Paduka Raja daripada empat orang pengamuk yang ingin cuba membunuhnya.

Hang Tuah juga di kurniakan gelaran biduanda oleh Bendahara Paduka Raja kerana menyelamatnya daripada orang mengamuk di pasar. Disamping Raja Benting juga member gelaran tersebut dan diarah untuk menentang musuh di Sianatan dan Jemaja bagi membolehkan mereka yang berniaga dan berulang-alik di Bentan.

2. Hang Jebat

Hang Jebat adalah salah seorang sahabat Hang Tuah sejak berusia 10 tahun. Dalam bab 2, Hikayat Hang Tuah beliau dikatakan seorang yang berani apabila ia mengahadapi lanun-lanun di perairan. Hang Jebat dengan penuh bernai menentang musuh itu bersama-sama rakannya. Di samping itu, sifat keberanian dan kepahlawanan Hang Jebat ketika ia menentang pengamuk yang cuba membunuh Bendahara Paduka Raja dan disebabkan itu juga beliau diberikan gelaran biduanda oleh Bendahara Paduka Raja.

3. Bendahara Paduka Raja

Bendahara Paduka Raja merupakan pembesar negeri dan terpenting sistem pentadbiran negeri. Beliau ialah penolong kanan raja yang paling dihormati dan disegani oleh baginda. Dalam bab ini beliau dikatakan seorang yang bersifat kebijaksaan dan kepintaran dimana beliau telah memilih Hang Tuah berserta sahabatnya untuk ke melindung Raja. Walaubagaimanapun, beliau juga bersifat pengecut kerana tidak berani melawan mahupun membunuh pengamuk-pengamuk dipasar. Oleh itu, Bendahara Paduka Raja memberikan gelaran biduanda kepada Hang Tuah dan sahabatnya.

LATAR TEMPAT

Ø Sungai Duyung

Ø Bentan

Ø Pulau Tinggi

Ø Singapura

Ø Palembang

Ø Bukit Pancalusa

Ø Pulau Biran Dewa

Ø Siantan

Ø Lemaja

MUHD. SHAFIQ HJ. HASNAN

U6-6

Dikirim dalam Uncategorized | Leave a Comment »

Asal Usul Kerajaan Bentan – Kajian Hikayat Hang Tuah Bab 1

Posted by pakcikli00 di 23 November 2010

Bab 1 : Asal-usul Kerajaan Bentan

KAJIAN OLEH: ANNIE SUZANA SAMSUDIN – (U6-1)

SINOPSIS

Seorang raja, Sang Perta dewa dan seorang permaisuri (tidak dinyatakan namanya) mempunyai seorang anak perempuan, Tuan Puteri Kemla Ratna Pelinggam. Ramalan ahli nujum dan sasterawan, anak Kebawah Duli Syam Alam akan bermenantukan seorang anak raja besar, dan cucunya kelak juga menjadi Raja Besar. Disebabkan itu Sabg Perta Dewa dan permaisuri sepakat meninggalkan Tuan Puteri Kemla Ratna Pelinggam disebuah Mahligai di Raja Sang Perta Dewa (dari keinderaan) pergi memburu Pulau Biram Dewa dengan takdir Alllah, Perta Dewa terlihat Mahlligai di tengah Laut dan seterusnya menaikinya tanpa ditemani oleh hulubalang.

Dilihatnya seorang puteri dihadap oleh dayang-dayang istana, inang pengasuh, perwaranya. Baginda menghampiri dayang Istana lalu bertanya tujuan mengapa mahligai ini disiami oleh seorang puteri. Dayang Istana menjelaskan tentang ramalan yang dikemukakan kepada Kebawah Duli Syah Alam. Sang Perta Dewa pun gembira dengan penjelasaanya. Raja Sang Perta Dewa (dari keinderaan) dan Tuan Puteri Kemala Ratna Pelinggam berkahya, in. Setelah Tuan Puteri Kemala Ratna Pelinggam tahu asal usul raja Sang Perta Dewa (dari keinderaan). Kemudian Tuan Puteri Ratna Pelinggam berputera iaitu Sang Sapurba.

Setelah dewasa Sang Sapurba dirajakan (didunia) oleh ayahnya di Bukit Siguntang Mahabiru. Beberapa bulan lamannya, Ayah Sang Sapurba balik keinderaan setelah melihat anaknya menjadi raja ynag sangat adil dan kemudiannya menjadi sebuah Bandar Besar. Seterusnya, Sang Sapurba bermain-main lalu tersempak sebuah kolah indah, baginda terasa hendak mandi dan menyalam, apabila terdengar guruh dilangit. Baginda pun bangikit, dilihat seekor lembu itu ghaib. Selepas beberapa peristiwa Sang Sapurba berkahwin dan mempunyai empat orang putra (Sang Manika, Sang Jaya Nankata, Sang Saniaka). Wujudnya anak Raja Siguntang membuatkan seorang Nahkoda Benten belayar ke Bukit Sigutang. Seterusnya, meminta salah satu anak Raja Siguntang, menjadi raja di Negeri Benten. Sang Manika kemudian pergi ke Benten dan memilih ahli kabinetnya sendiri.

SANG MANIAKA MELANTIK AHLI KABINETNYA

1. 4 orang dilantik menjadi pembesar negara:

i. Bendahara Paduka Raja

ii. Perdana Menteri

iii. Temenggung Seri Sarwa Diraja

iv. Tun Perkerma

2. 4 orang dilantik menjadi pertain yang dijadikan:

i. Tun Bija Sura

ii. Tun Bija Diraja

iii. Tun Dikungsa

iv. Tun Ratna Diraja

3. 4 orang perawangan:

i. Tun Sang Aria

ii. Sang Utama

iii. Sang Jaya

iv. Sang Derma

4. 40 orang biduanda.

WATAK PENTING

- Sang Purba serta Permaisuri

- Tuan Puteri Kemala Ratna Pelinggam

- Sang Maniaka

- Sang Purba (Raja Siguntang)

- Raja Sang Perta Dewa (dari keinderaan).

PERWATAKAN

- Sang Sapurba (Raja Siguntang)

Digambarkan sebagai pemimpin yang sangat adil dan berjiwa rakyat, sehingga diakuui sendiri oleh ayahnya juga namanya terkenal sebagai di Negeri Palembang.

- Sang Dewa Perta

Berkhawin dengan Tuan Puteri Kemala Perlinggam awal perjumpaan di Pulau Biram, mempunyai anak lelaki bernama Sang Sangpurba yang menjadi raja di Bukit Siguntang.

UNSUR

1. Unsur Firasat.

Apabila ahli nujum meremalkan jodoh Tuan Puteri Kemala Perlinggam.

2. Unsur Metos.

Muntah lembu – menjelma menjadi puteri.

3. Perlembangan.

Daridapa Pengaruh Hindu:

Lembu putih – dewa

Muntah – anak dewa.

LATAR TEMPAT

- Pulau Biram Dewa

- Keinderaan

LATAR MASA

- Pagi

Dikirim dalam Uncategorized | 3 Komen »

Kajian Mengenai Hang Tuah

Posted by pakcikli00 di 21 November 2010

Hari ini ramai yang mengalami penyakit buta sejarah.Orang yang buta sejarah lebih menyusahkan dari orang yang buta matanya.Orang yang buta sejarah mampu meruntuhkan sejarah dan peradaban sesuatu bangsa.Orang yang buta sejarah mampu menggadaikan tanahairnya kepada orang lain.Jika kita di zaman raja-raja dahulu,orang yang buta sejarah ini mungkin patut disula kerana memporak-perandakan salasilah dan hikayat bangsa.Jika anda bertemu dengan ular dan orang yang buta sejarah pada masa yang sama,anda patut ketuk kepala orang yang buta sejarah ini dahulu ;D

Dalam artikel santai ini,saya akan tunjukkan kepada anda contohnya pendapat orang yang buta sejarah apa kesannya kepada sejarah bangsa.Kita akan kaji satu persatu pendapat mereka.Kemudian saya akan ulas.Dari sini,kita boleh belajar cara-cara berfikir orang yang buta sejarah.Bahasa saya santai dan tidak serius.Tidak semestinya kita belajar sejarah dengan bahasa skema yang terlampau saintifik serius-mius.Janji rock.
; )

Saya petik dari artikel oleh Shahabudeen Jalil di blog Suara Anum:

“Keraguan terhadap kedudukan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu telah menghasilkan satu penyelidikan dijalankan terhadap asal usul keturunan secara hipotesis. Jika pepatah Melayu sendiri telah mengatakan ‘bahasa jiwa bangsa’ dan ‘manusia mati meninggalkan nama’ . Bagaimana pula kita hendak menafikan kenyataan ‘nama menunjukkan bangsa’. Bahasa ‘nama’ merupakan identifikasi yang cukup jelas untuk mengetahui jenis sesuatu bangsa itu”

Ini adalah pendapat yang dangkal dan kurang berpengetahuan luas.Nama tidak semestinya menunjukkan sesuatu bangsa.Nama si penulis sendiri menunjukkan percanggahan yang jelas.’Shahabudeen Jalil’,jika dikaji oleh seorang penulis lain 500 tahun akan datang kemungkinan menganggap beliau ialah seorang lelaki Arab atau dari Timur Tengah,atau dari keturunan Mamak.Bagaimana dengan seorang lelaki Cina yang tinggal di Thailand atau Indonesia?Jeneral Sonthi Boonyaratglin adakah benar-benar seorang Thai?Bob Hassan atau Sudono Salim,adakah seorang lelaki Melayu atau Indonesia?Tidak,mereka adalah ‘Chinese Indonesian’.Bagaimana dengan Agnes Monica?

Bagaimana dengan Parameswara?Adakah beliau seorang lelaki dari India yang menubuhkan Melaka?Srivijaya adalah sebuah kerajaan orang Telegu di Nusantara?Tidak.Dvaravati adalah kerajaan orang Tamil di Thailand Tengah?Bukan,ia kerajaan orang Mon.Adakah Fan Shih Man adalah seorang raja China?Salah,beliau raja Funan.

JADI NAMA TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN BANGSA.Yang penting kita kena kaji dari pelbagai aspek.Jika nama penulis sendiri mampu menyelindungkan keturunannya,bagaimana pula dengan nama-nama orang Melayu lain?Jika nama Munshi Abdullah ada juga di antara kita terkeliru mengenalinya,apatah lagi lelaki bernama Shahabudeen Jalil ini.

“Bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat disandarkan pada namanya. Oleh itu satu kajian secara hipotesis telah dijalankan dengan bersandarkan kepada ‘nama’ manusia untuk memperolehi jawapan tentang asal-usul Hang Tuah sebenarnya”

Bagaimana Shahabudeen Jalil mengatakan “bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat disandarkan pada namanya”,siapa yang kata?Mungkin dari pemikiran dangkal penulis kerana asal-usul Hang Tuah telah diceritakan dalam dua sumber terbesar yang mempopularkannya,iaitu Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah.Bagaimana si penulis boleh mengakui kewujudan Hang Tuah,namun menolak premis tentang asal-usul Hang Tuah sedangkan sumber cerita Hang Tuah adalah dari punca yang sama?Penulis mengakui kewujudan Hang Tuah namun tentang asal-usulnya,beliau terpaksa mereka-reka cerita lain.Apa motifnya?Kajian hipotesis?Siapa yang jalankan?Sudah pasti Shahabudeen Jalil yang menjalankannya sendiri.Hanya hipotesis sahaja?Hipotesis ialah agak-agakan atau andaian dalam sesuatu eksperimen di mana ia BELUM TERBUKTI LAGI.Sekiranya ia terbukti,ia akan menjadi SATU TEORI.Dan jika ia menjadi satu teori yang sukar disanggah atau mustahil ditumbangkan,ia akan menjadi satu FAKTA.Asal-usul Hang Tuah HANYA dikaji berdasarkan ‘nama’ manusia sahaja?Ini kerja pemalas namanya.Kajilah asal-usul Hang Tuah berdasarkan aspek-aspek lain.Ibu-bapanya,tempat beliau dilahirkan,rakan-rakannya.Jika ibu-bapanya adalah orang Melayu dari Sungai Duyong atau dari keturunan Bugis,takkanlah nak berkeras juga mengatakan bahawa Hang Tuah adalah ‘orang Cina’ semata-mata terdapat nama ‘Hang’ itu.

“Dalam perbendaharaan nama-nama orang Melayu semasa zaman kesultanan Melaayu Melaka, tiada terdapat nama-nama seumpama Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, ringkasnya ringkasan yang bermula dengan ‘Hang’. Sejarah juga telah mencatatkan nama-nama dari bangsa Cina yang bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee. Ia bergantung kepada suku kaum atau asal-usul keturunan mereka dari wilayah tertentu dari China. Kemungkinan untuk mendakwa bahawa gelaran ‘Hang’ telah dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu juga tiada asasnya”

Inilah hasil karya dari seseorang yang kurang membaca,atau banyak membaca namun hanya membaca majalah gosip dan komik Hong Kong seperti Dewata Raya atau Pedang Setiawan.Bagaimana Shahabudeen Jalil mendapat ‘perbendaharaan’ nama-nama orang Melayu zaman Kesultanan Melaka?Cuba siarkan ‘senarai’ perbendaharaan nama-nama itu kalau ada.Masalahnya si penulis kurang membaca sumber yang juga adalah punca kepada cerita Hang Tuah.Sebenarnya selain Hang Tuah,Hang Jebat,Hang Kasturi dan lain-lain terdapat juga Hang Isap,Hang Hassan,Hang Iskandar dan sebagainya yang merupakan pahlawan-pahlawan Melaka.Jika ‘Hang Tuah’ Shahabudeen Jalil memusingnya kepada ‘Hang Too Ah’,Hang Lekir kepada ‘Hang Lee Ker’,bagaimana pula ‘Hang Iskandar’?Hang Isap?Hang Ali?

Adakah Hang Ali menjadi ‘Hang A. Lee?’.Encik Shahabudeen Jalil ini sebenarnya amat melucukan!

Shahabudeen Jalil juga menyatakan nama-nama Cina bangsa Cina bermula dari Hang,Tan,Maa dan Lee.Saya nak sentuh tentang ‘Hang’ dan ‘Tan’.Berapa banyak orang Cina pada masa dahulu mempunyai nama bermula dari ‘Hang’?Sila nyatakan satu tokoh Cina zaman monarki yang punya pangkal nama ‘Hang’.Tentang ‘Tan’ pula,bagaimana dengan gelaran ‘Tan’ (digandingkan dengan ‘Sri’) yang dianugerahkan oleh raja-raja Melayu sekarang?Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari contohnya,adakah 500 tahun kemudian,sekiranya ada seorang penulis yang sama spesis dengan Shahabudeen Jalil,akan menyangka beliau adalah berketurunan Cina?

Lihat kedangkalan hipotesis beliau:

“Kemungkinan untuk mendakwa bahawa gelaran ‘Hang’ telah dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu juga tiada asasnya”

Jika sekarang gelaran ‘Tan Sri’ boleh diterima oleh sebagai gelaran pada masa sekarang,bagaimana pula gelaran ‘Hang’ tidak boleh?Adakah menunggu sehingga orang-orang Melayu dahulukala hanya punya pangkal nama ‘Mat’,'Tun’,'Pandak’ dan sebagainya barulah dikatakan benar-benar Melayu?Sumber utama cerita tentang Hang Tuah adalah dari Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan Hikayat Hang Tuah,jadi saya menyeru Shahabudeen Jalil sambil-sambil memborong ke China berusahalah menyelongkar semua arkib-arkib negeri China mencari tokoh bernama ‘Hang Too Ah’ itu (padahal sebenarnya nama itu dicipta sendiri oleh beliau)

:D D

“Mengikut kertas kerja yang dihasilkan oleh Mohd. Yunus Ibrahim dari Jabatan Sejarah UKM dengan tajuk ‘Melaka 1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan,’ cuma menyatakan bahawa sesuatu penghormatan, ketaatan atau kedudukan adalah diberi gelaran seperti Bendahara, Paduka Raja, Temenggung, Laksamana, Shahbandar dan Mandulika”

Nak petik sumber biarlah sampai habis.Jangan tangkap muat semata-mata buktikan teori dangkal sendiri.Bagaimana dengan Seri Bija Diraja?Tun?Shahabudeen Jalil perlu dihantar kursus belajar sistem gelaran Kesultanan Melaka pada zaman dahulu,atau nama-nama orang Melayu zaman dahulu.Pangkal nama ‘Hang’ kerapkali ditemui pada para pahlawan Melaka.Ini adalah sama seperti kita menyelusuri keturunan pahlawan Bugis yang kerap memakai pangkal nama ‘Daeng’.Ini berbeza dengan sistem nama orang-orang Cina di mana pangkal nama mereka adalah merujuk kepada nama keluarga.Adakah Shahabudeen Jalil tidak tahu tentang ini?Atau buat-buat tidak tahu?Sia-sialah duduk di Malaysia bertahun-tahun bersama-sama dengan kaum Cina di sini.Bertambah sia-sialah berulang-alik ke China memborong barangan namun tidak mahu belajar beza antara pangkal nama orang Cina dengan pangkal nama orang Melayu.Jadi adakah ‘Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew’ adalah adik-beradik ataupun satu keturunan?Bagaimana Maharaja Cina boleh mengumpulkan keturunan ‘Hang’ untuk dihantar ke Melaka?Shahabudeen Jalil bolehlah mengkaji di perpustakaan Beijing sambil-sambil memborong untuk mencari sejarah keturunan ‘Hang’ yang ‘dipaksa’ berkhidmat kepada Sultan Melaka.

:D D

Saya petik lagi:

“Mengikut buku ‘Sejarah Melayu’ edisi W.G. Shellabear penerbitan Malaya Publishing House Ltd. Singapore halaman 123-131, menyatakan tentang Tun Perpatih Putih, iaitu utusan Sultan Mansur Shah ke negeri China telah membawa balik bersamanya seramai 500 orang dayang serta Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Shah dikatakan telah berkahwin dengan puteri dari China ini dan telah menghasilkan anak bernama Paduka Mamat.

Perkara yang menarik dari edisi W.G. Shellabear ini ialah munculnya nama puteri Hang Li Po. Hasil perkahwinan ‘campur’ antara puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah, telah dikurniakan seorang putera dan telah diberi nama Paduka Mamat. Nama Paduka Mamat adalah nama Melayu dan tidak pula berlaku nama ‘Paduka Hang Mamat’ sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po, contohnya. Sejarah telah membuktikan bahawa nama-nama dari keturunan Cina biasanya bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee bergantung kepada suku kaum mereka dan dari wilayah tertentu asal mereka”

Ulasan:
Nampaknya kenyataan Shahabuden Jalil menjerat dirinya sendiri.Sungguh melucukan.Beliau berkata tidak pula Paduka Mamat dinamakan Paduka Hang Mamat kerana ibunya adalah Hang Li Po.Jadi katanya,ini membuktikan ‘Hang’ bukanlah gelaran yang dianugerahkan oleh Sultan (atas alasan untuk menghargai Paduka Mamat kerana ibunya juga dapat gelaran ‘Hang’)

Saya akan jawab,ada dua sebab mengapa ia tidak jadi demikian:

1)Jika benar pangkal nama ‘Hang’ pada Li Po adalah nama keluarga beliau yang asli,anaknya iaitu Paduka Mamat tidak boleh dinamakan ‘Hang’ kerana nama keluarga (surname) hanya boleh diwarisi dari belah lelaki.Jadi poin “tidak pula berlaku nama ‘Paduka Hang Mamat’ sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po” adalah ‘doesn’t make sense’ :D

2)Sebenarnya ‘Hang’ adalah gelaran yang diberikan oleh Sultan Melaka.’Surname’ puteri dari Cina itu ialah ‘Li’ (Lee).’Surname’ Li adalah satu nama keluaga yang terhormat dalam ranking ‘surname’ masyarakat Cina.Bagaimana pula ada dua ‘surname’ dalam nama orang Cina?Shahabudeen Jalil masih bertatih-tatih rupanya untuk memahami budaya orang Cina.Ini bukan satu ’1Malaysia’ namanya :D

Lain kali bertegur sapalah dengan jiran Cina sebelah.

Jadi gelaran ‘Paduka’ adalah gelaran yang sesuai bagi anak baginda,bukannya ‘Hang’ kerana ‘Hang’ adalah gelaran yang dianugerahkan untuk orang kebanyakan.Bagaimana pula Sultan mahu menganugerahkan gelaran ‘Paduka Hang’ kepada anak baginda?Ini adalah sesuatu yang janggal dalam sistem gelaran Sultan Melaka.’Paduka’ tidak boleh digandingkan dengan ‘Hang’.Sila nyatakan siapa dalam sejarah Melaka yang punya nama ‘Paduka Hang’ pada pangkal namanya?MEMANG TIADA.Bagaimana pula Sultan mahu menganugerahkan gelaran ‘Hang’ pula menjadi ‘Hang Mamat’?Jatuhlah standard anak Sultan dan orang Melaka pun menjadi keliru.’Paduka’ adalah gelaran untuk keturunan/kerabat raja.’Hang’ untuk orang kebanyakan yang terpilih.

Selepas itu bermulalah aktiviti mereka-reka,menyesuaikan dan mencinakan nama-nama pahlawan Melaka oleh Shahabudeen Jalil:

“Jika dihubungkaitkan dengan nama Hang Tuah dari sebutan loghat Cina adalah berbunyi seperti Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Mengikut prosedur tentang suku kata nama bangsa atau keturunan Cina, biasanya cuma terdiri dari 3 suku kata sahaja. Nama Hang Kasturi pula diragui kerana 4 suku kata walaupun ia bermula dengan perkataan Hang. Perkataan Kasturi pula ada berbaurkan loghat bahasa Melayu”

Ulasan:

Saya nasihatkan supaya berhentilah melakukan kerja-kerja pembohongan ini.Janganlah jadi hamba politik sampai sanggup menjadi alat untuk pihak lain yang punya agenda tertentu.Bagaimana pula Hang Kasturi diragui pula padahal beliau adalah salah seorang kawan seperguruan Hang Tuah?Sebab lebih 3 perkataan,jadi nama Hang Kasturi diragui?Sebenarnya JARANG ORANG CINA PUNYA SURNAME DI DEPAN SURNAME ‘LEE’.Surname ‘Lee’ (atau Li) itu sendiri adalah nama keluarga yang banyak melahirkan tokoh-tokoh dan bijak pandai.Siapa Lee Kuan Yew?Siapa Li Desheng?Amat jarang orang Cina memakai surname ‘Hang’.Cuba google perkatan ‘Li surname’ anda akan dapat keputusan yang amat memberansangkan.Cuba google ‘Hang surname’ anda akan dapat keputusan yang berkisar pasal Hang Tuah!
Jadi ‘Hang’ adalah ekslusif kepada isu Hang Tuah dan Melayu sahaja!

Lihat kajian hipotesis yang mencapai tahap merapu komik Dewata Raya:

“Terdapat 3 andaian hasil kajian secara hipotesis yang dijalankan.

Pertama : Hang Kasturi adalah berbangsa Melayu tetapi bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po.

Kedua : Nama sebenarnya ialah Kasturi tetapi telah digelar Hang Kasturi oleh 4 orang rakan karibnya yang berketurunan Cina sehingga menjadi sebutan yang kekal.

Ketiga : Mungkin nama Cina sebenar Hang Kasturi sukar disebut oleh masyarakat tempatan. Oleh itu mereka telah memberikannya nama baru mengikut loghat orang Melayu tempatan dan nama ini telah diterima dengan baik oleh beliau.”

Ulasan:
Hipotesis pertama adalah umum.Kemungkinan ada orang Melayu yang berkawan dengan rombongan Hang Li Po.Namun MASALAHNYA KISAH HANG TUAH TELAH ADA SEBELUM TIBA PLOT TENTANG KEDATANGAN ROMBONGAN HANG LI PO.Sekiranya dalam Sejarah Melayu menampilkan kisah Hang Tuah lima sekawan selepas cerita rombongan Hang Li Po,mungkin Shahabudeen Jalil ada poin yang bagus.Tetapi realitinya tidak.

Hipotesis kedua amat teruk.Shahabudeen Jalil menulis bagaikan hendak mengarang cerita kanak-kanak untuk darjah dua.Orang Cina tidak sewenang-wenangnya memberi ‘surname’ mereka kepada orang lain.Sesama orang Cina sendiri pun tidak melakukan perbuatan begitu apatah lagi terhadap bangsa lain.Contohnya seorang yang memiliki surname Li tidak boleh sewenang-wenangnya ‘menganugerahkan’ nama keluarga ‘Li’ kepada seorang yang punya nama keluarga Zhao.Jika namanya Zhao Jingshen,dia tidak boleh tiba-tiba digelar Li Jingshen atau Li Zhao Jingshen!

NAMA KELUARGA ADALAH IBARAT MARUAH KEPADA ORANG CINA.

Shahabudeen Jalil kena belajar lagi budaya orang Cina sebelum memporak-porandakan budaya Cina dan sejarah Melayu.

Susah sangatkah menyebut nama Cina sampai terpaksa memberikan nama Melayu kepada ‘Hang Kasturi’?Hipotesis ketiga adalah rekaan yang amat memalukan.Sungguh tinggi imaginasi Shahabudeen Jalil.

Seterusnya penulis hipotesis terus berhipotesis secara melulu dan merapu-rapu tanpa berpijak di bumi yang nyata.Kemudian:

“Hasil kajian secara hipotesis ini telah membuktikan pengarang Hikayat Hang Tuah mempunyai banyak kelebihan dan penulisannya tentang hal Hang Jebat yang telah menderhaka kepada Sultan, adalah diterima mengikut hukum asal. Rumusan daripada kajian yang dijalankan telah menghasilkan penemuan baru yang melibatkan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu. Mengikut kajian hipotesis ini, Hang Tuah merupakan pahlawan yang telah diMelayukan demi untuk kemegahan atau simbol kepada orang-orang Melayu. Kita lihat bagaimana hipotesis ini menerangkan asal-usul Hang Tuah”

Ulasan:
Shahabudeen Jalil percaya kisah Hang Tuah dan MENGAKU HIKAYAT HANG TUAH lebih banyak kelebihan tetapi menentang asal-usul Hang Tuah seperti yang ditegaskan oleh Hikayat Hang Tuah.Bagaimana kajian secara hipotesis sahaja boleh membuktikan sesuatu?Hipotesis tidak boleh menjadi fakta,ia perlu dibuktikan dahulu.Adakah Hang Tuah telah di ‘Melayu’kan?TIDAK SAMA SEKALI.Hang Tuah memang orang Melayu.Adalah sia-sia sahaja untuk meMelayukan Hang Tuah.Lebih baik pengarang Hikayat Hang Tuah meMelayukan Maharaja Ming atau Laksamana Cheng Ho,sudah tentu ini akan menjadi satu kemegahan yang dasyat :D

Rumusan

Shahabudeen Jalil hanya berhipotesis sahaja.MASALAHNYA ada orang lain yang melihat hipotesis Shahabudeen Jalil sebagai FAKTA.Contohnya Dr. Mujahid Yusof Rawa melihat semua ini sebagai fakta tanpa mengkajinya terlebih dahulu.Apabila ada orang bertaraf Dr. melihat hipotesisnya sebagai FAKTA,Sahabudeen Jalil semakin syok sendiri.Beliau semakin percaya cerita yang direka-rekanya adalah FAKTA kini,dan terlupa bahawa sebenarnya semua itu adalah hipotesis sahaja seperti yang berulangkali diberitahu dalam artikelnya.Dr. Mujahid Yusof Rawa yang memegang Lajnah Perpaduan dalam parti politiknya terpaksa melacurkan sejarah bangsa sendiri demi menarik perhatian orang Cina.Beliau perlu berbuat sesuatu untuk menampakkan ‘kewujudannya’ dalam jawatan yang dipegangnya.Malangnya,demi perpaduan sesama kaum dalam Pas,orang Melayu terpaksa menyerahkan maruah sejarahnya untuk diperkosa habis-habisan.Malangnya yang melacurkan sejarah sendiri adalah orang Melayu juga,kemudian perlahan-lahan bangsa lain tumpang sekaki sama-sama menikmati ‘hidangan’ yang disediakan.

Kerana marahkan Umno,sejarah Melayu dibakar.Melayu dan sejarahnya seolah-olah DOSA dan NODA bagi sesetengah pemimpin Pas dek kerana Umno yang memanipulasikannya.Mungkin selepas Umno di’Cina’kan barulah Melayu dan sejarahnya dibiarkan hidup.

Sudahlah Umno menjadi dungu dan buta sejarah demi politik Ketuanan Melayunya,Pas pula terpaksa melacurkan sejarah bangsa demi mencari sesuap nasi dalam politik negara.Yang rugi adalah Melayu sendiri.Padan muka.

Ini adalah politik Pak Kaduk.Menang sorak,kampung tergadai.Seseorang yang bertaraf Dr. tidak semestinya celik sejarah.Malah buta sejarah mereka kadang-kadang lebih kroniknya daripada mat despatch di ibukota.

Dr. Mujahid dan Dr Hj Mohd Hasyim mahu buat seminar tentang kecinaan Hang Tuah akibat terjangkit penyakit Shahabudeen Jalil.Lepas itu semua orang Cina yang Ultrakiasu (bukan semua ya,yang Ultrakiasu sahaja) akan bangkit semangat mereka untuk sama-sama berganding bahu memporak-porandakan sejarah bangsa.Orang Melayu akan terpinga-pinga.Kemudian kitab-kitab seperti Sejarah Melayu dikatakan fantasi padahal di universiti-universiti luar negara,kitab ini dianggap masterpiece sastera sejarah yang diakui keunggulannya.Apabila Sejarah Melayu dikatakan fantasi,Kesultanan Melaka juga fantasi dan selepas itu orang Melayu adalah fantasi.Kemudian Tanah Melayu dikatakan kepunyaan Maharaja Cina dan sebenarnya orang Melayu itu adalah pendatang…entah dari mana (dari planet Zargus mungkin) yang tiba-tiba merampas Tanah Melayu dari orang Cina.Orang Melayu akan hilang rasa prestijnya,hilang semangat dan maruahnya.Produktiviti dan kreativiti bangsa Melayu semakin menurun.Lama-lama orang Melayu Malaysia akan hilang kuasa politik dan akhirnya menyertai saudara-saudara mereka di Singapura dan selatan Thailand yang dijajah di bumi sendiri.Proses ini tidak berlaku dengan cepat,namun mengambil masa berpuluh tahun.

Apabila cucu-cicit kita membaca sejarah,mereka pasti akan menyumpah-nyumpah kebodohan moyang mereka walaupun moyang mereka bertaraf Dr. ataupun usahawan berjaya.Sebab moyang mereka,akhirnya bangsa Melayu menjadi hina dan dina.

Menariknya dalam medium yang sama,dikhabarkan seorang Cina bernama Kenny Chee telah mengemukakan pendapatnya yang jauh lebih bernas dari hipotesis Shahabudeen Jalil:

“Ayah Hang Tuah adalah batin kepada Orang Laut Bintan, dan seorang panglima perang Sultan Iskandar Shah, sultan Melaka yang pertama (baginda yang bergelar Parameswara atau Permaisura sebelum beragama Islam). Hang Mahmud terlibat dalam pembukaan negeri Melaka oleh Sultan Iskandar, yang sebelum itu bersemayam di Kelang, Palembang, Singapura dan Muar, sebagai maharaja empayar Sri Vijaya atau Selangor Tua”

dalam perenggan yang lain:

“Mengenai Hang Li Po, puteri dinasti Ming di China itu adalah Li Po sahaja dan panggilan Hang diberi kepadanya oleh Sultan Mansur Shah, yang mengahwininya. Hang adalah panggilan rakyat jelata yang berkhidmat untuk Sultan Melaka menerusi sistem kerah. Ini melibatkan ketua-ketua orang Asli (Melayu Proto) dan orang bukan Melayu, termasuk yang menjadi isteri muda raja-raja Melayu. Anak Sultan Mansur dengan Li Po bergelar Paduka Tun Mamat kerana dilantik sebagai pembesar yang menjaga daerah Kelang (sekarang Selangor moden), satu daripada ibu negeri kedua Melaka, selain daerah Johor.

Hang Tuah bukan pengikut Hang Li Po kerana Hang Tuah adalah menteri pertahanan atau Laksamana Melaka semasa Sultan Mansur Shah melawat negara China untuk meminang puteri Li Po. Hang Tuah mengiringi Sultan Mansur Shah ketika melawat negara China kerana dia adalah Laksamana Melaka, yang anggota tenteranya adalah Orang Laut Bintan”

Adakah Kenny Chee hanya polemik sahaja,padahal sebenarnya artikelnya ditulis oleh seorang Melayu?Jika beliau benar seorang Cina,nampaknya ini amat memalukan Shahabudeen Jalil dan Dr. Mujahid Rawa kerana masih buta sejarah walaupun disedarkan oleh orang Cina sendiri.

Kepada Dr. Mujahid Rawa dan Dr Hj Mohd Hasyim,saya ingin beritahu satu rahsia asal-usul Hang Tuah (jangan beritahu sesiapa ya!)

Hang Tuah sebenarnya ialah Maharaja Ayutthia.

:D DDDDDDDDD
;DDDDDDDDDD

(saya sebenarnya bergurau sahaja,dakwaan Hang Tuah adalah seorang Maharaja Siam adalah teori saudara Anai-anai and the geng,ini pun satu lagi masalah)

Sebab itu pakar sejarah Malaysia (dan Melayu juga!) yang terkenal adalah dari kalangan Cina.Siapa tidak kenal Tan Sri Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim?Ahli sejarah Malaysia yang tersohor.Saya tidak hairan jika Kenny Chee adalah benar-benar orang Cina,kerana orang Melayu sendiri ramai yang buta sejarah bangsa sendiri.Bila orang lain mempertikaikan sejarahnya,mereka mula goyang dan gayat.Kemudian,seperti biasa…mengalami ‘inferiority complex’ perasaan rendah diri yang tiba-tiba.Kemudian meracau-racau.Merapu.Meraban.Kemudian terkeliru sampai diri sendiri pun tidak kenal.Dikata berasal dari orang Cina.Angguk.Dikata dari orang gua.Angguk.Dikata bodoh.Angguk lagi.

Angguk angguk.Geleng geleng.

Dikirim dalam Uncategorized | 2 Komen »

Hikayat Hang Tuah diantara sejarah dan mitos

Posted by pakcikli00 di 21 November 2010

Hikayat Hang Tuah, Antara Sejarah dan Mitos

Judul: Hikajat Hang Tuah
Penerbit: Balai Pustaka, Jakarta (Cetakan ke-3, 1956)
Tebal: 511 halaman
***

NAMA Hang Tuah bisa dipastikan tak asing di telinga banyak orang. Sama halnya dengan banyak tokoh yang dianggap berperan dalam sejarah bangsa ini, nama Hang Tuah pun diabadikan pada ruas-ruas jalan di Jakarta dan di beberapa daerah lain lagi. Bahkan, nama Hang Tuah juga diabadikan pada kapal perang pertama milik Indonesia. Pemberian nama itu untuk mengenang kejayaan Hang Tuah yang selalu mencapai kemenangan di laut. Namun, tidak seperti tokoh-tokoh bersejarah lainnya, tak banyak yang tahu siapa Hang Tuah yang diabadikan namanya itu? Apa perannya dalam sejarah negeri ini?

Memang, bisa dikatakan, keterangan tentang siapa dan apa kiprah Hang Tuah tidak ditemukan dalam literatur-literatur sejarah. Beberapa waktu lalu pernah diangkat kisah-kisah tokoh melayu, termasuk Hang Tuah ini, dalam berbagai versi seperti sandiwara radio maupun tayangan sinema di televisi. Tetap saja, Hang Tuah hanya dikenal sebatas tokoh terkenal dari daerah Melayu.

Tak banyak yang tahu kisah Hang Tuah yang dituliskan dalam sebuah buku berjudul Hikajat Hang Tuah tercatat sebagai karya sastra melayu klasik yang paling panjang. Salah satu versi Hikajat Hang Tuah adalah setebal 593 halaman. Buku berisikan Hang Tuah ini dikenal sejak abad ke-18, dan sejak saat itu disebutkan sangat menarik perhatian para peneliti barat. Hikajat Hang Tuah kemudian sangat terkenal, terbit dalam berbagai versi, dan sekitar 20 buku tersimpan di berbagai perpustakaan di dunia.

PADA buku Hikajat Hang Tuah terbitan Balai Pustaka, kisah tokoh yang di Malaysia dianggap sebagai salah satu pahlawan nasional ini diuraikan dalam 24 bab panjang. Pada pengantar disebutkan, buku tersebut disalin dari salah satu naskah tulis tangan huruf Arab. Pada sampul bagian dalam tertulis: “Inilah hikajat Hang Tuah jang amat setiawan kepada tuannja dan terlalu sangat berbuat kebadjikan kepada tuannja”.

Kisah dimulai dengan bab yang menguraikan asal muasal raja-raja di Malaka atau Melayu. Dengan diantar oleh kata-kata: “Sekali peristiwa…”, diceritakan tentang seorang raja keinderaan (kayangan-Red) Sang Pertala Dewa, yang akan mempunyai seorang anak dan dia akan menjadi raja di Bukit Seguntang. Keturunan-keturunan sang dewa inilah dengan segala kemuliaan yang dimiliki kemudian menjadi raja-raja di tanah Melayu.

Hang Tuah diceritakan sebagai anak Hang Mahmud. Dikisahkan, setelah mendengar kabar gembira tentang negeri Bintan sudah mempunyai seorang raja yang tak lain adalah cucu dari Sang Pertala Dewa, Hang Mahmud pun bergegas mengajak istri dan anaknya pindah ke sana. Di Bintan, Hang Tuah muda bertemu dan bersahabat dengan Hang Jebat, Hang Kesturi, Hang Lekir, dan Hang Lekiu. Kelima pemuda itu diceritakan selalu bersama-sama, seperti lima orang bersaudara.

Suatu hari, Hang Tuah mengusulkan pada keempat sahabatnya untuk pergi berlayar dan merantau bersama-sama. Empat sahabatnya pun setuju, dan mereka berangkat berlayar. Di tengah perjalanan, mereka bertemu dan menundukkan tiga perahu yang ternyata adalah musuh Bintan dari Siantan. Kawanan tersebut tak lain adalah kaki tangan Patih Gajah Mada dari Majapahit yang ingin memperluas kekuasaan dengan merompak di Tanah Palembang. Akhirnya, lima sekawan itu diangkat menjadi abdi salah seorang pemimpin di negeri Bintan, yang dipanggil Bendahara Paduka Raja. Dari sinilah kisah perjuangan Hang Tuah yang akhirnya justru mendapat gelar laksamana dari Raja Majapahit dimulai.

Dalam buku, terutama melalui tokoh Hang Tuah dan Patih Gajah Mada, dikisahkan adanya persaingan kejayaan antara Malaka dan Majapahit. Gajah Mada tidak digambarkan sebagai tokoh yang mulia ataupun bijaksana. Ia digambarkan dalam sosok yang begitu berkuasa dan ambisius. Beberapa kali ia menyusun rencana untuk menghabisi Hang Tuah yang dianggap sebagai batu penghalang rencananya untuk menguasai Malaka. Berbicara soal musuh, dalam menjalankan tugas sebagai abdi yang setia dan disegani, Hang Tuah pun di negerinya sendiri beberapa kali harus dibuang bahkan hendak dibunuh akibat fitnah. Fitnah itu sebegitu rupa sehingga salah seorang sahabatnya, yaitu Hang Jebat, pun berkhianat.

Hang Tuah memang membawa Malaka pada kejayaan. Tidak hanya ia berhasil membendung serangan dari Majapahit. Ke mana saja ia diutus dan apa pun tugas yang diemban, selalu membuahkan hasil. Namun, dengan masuknya orang-orang dari Eropa, terutama Belanda, akhirnya kejayaan Malaka dihancurleburkan. Pada bagian akhir dikisahkan, Malaka jatuh ke tangan orang-orang dari Johor dan Belanda. Hang Tuah sendiri dikisahkan masih hidup dan tinggal di negeri Batak, menjadi wali agama dan raja.

DEMIKIAN cuplikan kisah tokoh bernama Hang Tuah dari salah satu versi terbitan Balai Pustaka. Tak ada yang tahu, siapa sesungguhnya pengarang Hikajat Hang Tuah. Tahun persis kapan pertama kali kisah ini muncul pun hingga kini tak bisa dipastikan. Tak ubahnya karya-karya sastra kuno umumnya, kisah Hang Tuah ini pun diduga pertama kali dikenal berupa cerita lisan. Kemudian, dalam bentuk naskah tertulis, Hikajat Hang Tuah diduga pertama kali ditulis pada abad ke-16.

Menurut Prof Dr Sulastin Sutrisno (lihat Ketika Hang Tuah Menjadi Disertasi) yang pernah mengangkat Hikajat Hang Tuah menjadi sebuah disertasi, siapa pengarang sesungguhnya memang sulit dipastikan. Namun, yang jelas, karya tersebut mengundang kekaguman sendiri. Sebagai sebuah kisah fiktif, Hikajat Hang Tuah sarat dengan muatan sejarah. Nama-nama kerajaan dan tokoh memang lekat dengan apa yang tercantum dalam catatan-catatan sejarah. Bahkan ada dugaan, pengarang Hang Tuah tidak hanya berpengetahuan luas karena sarat dengan muatan sejarah, namun juga banyak menggunakan sumber sastra lain. Dugaan ini muncul karena pada beberapa bagian, terdapat kemiripan dengan cerita-cerita klasik lain seperti Kisah Panji, Hikajat Sri Rama, dan sebagainya.

Salah seorang ahli sastra, Sir Richard Windstedt, menyebutkan, karya sastra klasik seperti Hikajat Hang Tuah ini identik dengan syair-syair bermuatan kisah kepahlawanan yang banyak dihasilkan di Jawa pada abad ke-11. Karya-karya ini dikatakan mengubah sejarah menjadi mitos, atau sebaliknya mengubah mitos menjadi sejarah. Dalam Hikajat Hang Tuah, nuansa fiktif maupun mitos di antaranya terwakili melalui ketiadaan keterangan waktu dalam setiap peristiwa, kehadiran negeri kayangan yang dipimpin Sang Pertala Dewa maupun perubahan wujud Hang Tuah menjadi harimau dalam sebuah perkelahian (hal 164).

Tokoh Hang Tuah sendiri pun tak bisa dipastikan sebagai tokoh mitos atau sejarah, meskipun dalam Sejarah Melayu (Malay Annals) disebutkan Hang Tuah mati di abad ke-15. Kitab tersebut, Sejarah Melayu-disusun oleh Mansur Shah salah seorang penguasa di Malaka-yang mencantumkan riwayat Hang Tuah pun diragukan oleh berbagai kalangan. Sir Richard Winstedt menyebutkan, Mansur Shah, dalam Sejarah Melayu, mampu mengangkat legenda tentang seorang pejuang bernama Hang Tuah yang tumbuh saat terjadi perang antara Jawa dan Tamil. Akan tetapi, seperti dikatakan di atas, hampir tidak dapat dibedakan yang mana sejarah dan yang mana mitos. Namun, untuk tokoh seperti Hang Tuah, siapa lagi yang peduli bahwa itu mitos atau sejarah selama dia menjadi ilham etika publik?

Kesimpulannya? mari kita simpulkan bersama melalui kolom komentar dibawah.

Dikirim dalam Uncategorized | 4 Komen »

Sebutan Hang pada nama Hang Tuah

Posted by pakcikli00 di 9 Julai 2010



Tok Syeikh berkata
3 Jun 2010 pada 11.55p06

Asalam mualaikum semua !!!

Perkataan “HANG” ialah satu Pangkat yang di beri olih Sultan,juga Tun.Bukan macam sekarang Tun diberkan kepada siapa sahaja !!.Tun dulu di berikan kepada hanya Bendahara dan keturunan nya.Hang juga begitu.Hang dari perkataan Palembang Lama iaitu “ANGKO”.Jika kita bercakap dengan seorang yang di hormati contoh nya,kita tidak panggil nama nya,lalu kita katakan…”ANGKO…mahu kemana ???.ANGKO ini di bawa ke Melaka dan bercampur longhat Melayu Riau menjadi ANG,dan akhir nya menjadi HANG.Pangkat ini di kurnia Sultan pada yang di bawah taraf BENDAHARA, seperti Panglima,Temenggung,Bentara,Syahbandar atau orang istana.Hang bagi panggilan untuk lelaki “DANG”,panggilan untuk perempuan.Cuba lihat tiada LELAKI yang di panggil “DANG”,dan tiada perempuan yang di panggil dengan “HANG”.
Kot yang PONDAN aku apa nak pnggil…HANDANG…IAITU LONGHAT MELAKA..jamur..pembakar api/jamung…kah..kahh..kah..

Kalau Tun memang di warisi olih anak cucu nya, HANG juga sama tapi yang wanita nya DANG.Seperti juga orang JAWA, mereka memanggil kita ADEN atau AKI…iaitu “Tuan”.Aden dari perkataan Raden,Ki dari perkataan Aki…ini orang Pahang ambil…bila panggil datuk…AKI…Bangsa Melayu(Nusantara) sangat HALUS BUDI PERKERTI NYA) tidak sama dengan bangsa lain.Bila bercakap dengan orang yang tak di kenali,mereka akan membahasakan diri orang itu “Tuan”.Tuan..Melayu

Riau,Aki..Jawa,Tengku…Acheh,Angko..Jambi,Palembang dan Pagar Ruyung.Orang Betawi..Abang….bang Karimon,bang Li,..atau sebagai nya….Jadi sangat lah silap jika kita kata perkataan ‘HANG’ iTU DARI CINA….Hanya yang buta Budaya Melayu sahaja yang bicara begitu.Salah satu tugas PENJAJAH,menghapuskan NILAI BANGSA INI.Kalau saya tanya anda semua dimanakah tempat yang benama “UPIH”..anda tidak akan tau…kerana Portugis telah menukar UPIH,menjadi TENGKIRA…UPIH ialah satu tempat yang banyak sekali mengeluarkan Ulama secara tidak formal di Melaka…sampai sekarang ada Masjid nya…Masjid Tengkira..salah satu masjid terkenal di bandar Melaka.

Jika kita lihat sejarah,Melaka menerima islam pada tahun 1412 m,Raja nya Parameswara dan bergelar Sultan Iskandar Syah…..tetapi masjid paling tua adalah Masjid Kampong Hulu,di bina pada tahun 1787 m,selama 300 tahun lebih,ORANG MELAKA TAK SEMBAYANG,KERANA TIADA MASJID ????.Kemana kah pergi nya masjid masjid yang di bina olih Sultan dahulu…..JAWAPAN NYA….DI KOTA A FORMOSA !!!.Pernah saya katakan dalam masyuarat Persatuan Sejarah,A FORMOSA ialah Kota Air Mata…itu adalah LAMBANG PENJAJAH PORTUGIS…Dan kerana ALLAH SWT…DIMASA AKU BERUMUR 17 TAHUN..AKU PERNAH KENCING KAN KAT DALAM KOTA ITU !!!.Sememang nya saya CUKUP BENCI DENGAN KOTA ITU !!!.Kota ini di bina dengan meruntuh kan MASJID,PUSARA SULTAN DAN MAKAM PEMBESAR,atau apa sahaja yang di fikir kan berguna untuk menaikan SEMANGAT JATI DIRI BANGSA MELAYU !!!.

karimon berkata

Ini ada lagi artikel yang menyokong komen TS mengenai pengunaan perkataan Hang dari pandangan seorang Cina

Hang Tuah: Satu Interpretasi Bukan Melayu

Kenny Chee

Pertama, terima kasih kepada Sdr Shahabudeen kerana menulis pandangannya Hang Tuah Berbangsa Cina.

Memang banyak diperkatakan tentang Hang Tuah berketurunan Cina, terutama setelah Wawasan 2020 diumumkan oleh seorang perdana menteri yang mengubah paradigmanya, dari pendukung ketuanan Melayu kepada pendukung meritokrasi, serta pendukung teori bahawa orang Melayu, berasal dari imigran Indonesia.

Walaupun Hang adalah satu nama keluarga Cina, Hang juga adalah satu gelaran kepada orang Melayu zaman dahulu, seperti Tuan, Wak dan Wan. Dalam loghat orang Melayu Kedah, Hang adalah satu panggilan yang sudah lama dipakai, dan perdana menteri kita juga menggunakannya bila berinteraksi dengan rakyat Kedah yang sering bergaul dengannya.

Dalam sejarah orang Melayu, Hang Tuah adalah anak kepada Hang Mahmud dan Dang Merduwati dari komuniti Orang Laut Bintan, satu daripada suku kaum Orang Melayu Asli, nenek-moyang kepada orang Melayu Deutero (Melayu “Melayu”) seperti Sdr. Mahathir, Sdr. Anwar Ibrahim dan Sdr. Abdullah Ahmad Badawi yang kita hormati.

Ayah Hang Tuah adalah batin kepada Orang Laut Bintan, dan seorang panglima perang Sultan Iskandar Shah, sultan Melaka yang pertama (baginda yang bergelar Parameswara atau Permaisura sebelum beragama Islam). Hang Mahmud terlibat dalam pembukaan negeri Melaka oleh Sultan Iskandar, yang sebelum itu bersemayam di Kelang, Palembang, Singapura dan Muar, sebagai maharaja empayar Sri Vijaya atau Selangor Tua.

Empayar Sri Vijaya adalah negara yang merentasi Selat Melayu atau sekarang dipanggil Selat Melaka. Ia didirikan oleh Orang Laut Kelang seawal abad ke-2, dan berpusat di beberapa ibu negara, seperti Kelang, Kuala Selangor, Siak Sri Indrapura, Jambi, dan Palembang. Negara ini juga dipanggil Selang Ur (Selangor) iaitu negeri Orang Selang (atau Orang Selat). Orang Selat adalah orang yang memanggil dirinya sebagai Orang Melayu sempena bukit tempat istana raja mereka didirikan.

Hang Mahmud, selain berdarah Orang Laut Bintan, juga berdarah Orang Laut Sulawesi, iaitu Orang Bugis. Keluarga diraja Bugis selalu berdagang dengan keluarga diraja Melayu Sri Vijaya, dan putera raja Bugis berkahwin ke dalam keluarga batin Orang Laut Bintan, yang memimpin angkatan laut Sri Vijaya dan Melaka. Jadi, Hang Tuah melalui bapanya berdarah raja Bugis. Begitu juga sahabat karibnya Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Mereka adalah anak-anak saudara Hang Mahmud.

Orang Bugis adalah golongan Melayu Asli Borneo (nama betul pulau itu adalah Brunei sempena suku kaum Brunei yang paling berkuasa dan mendirikan negara mereka sendiri). Mereka dan juga orang Melayu Asli lain yang menghuni seluruh kepulauan Melayu asalnya tinggal di pulau Brunei. Orang Melayu Asli pulau Brunei pula, berhijrah dari tanah besar Asia Tenggara, tempat asal bangsa Melayu.

Mengenai Hang Li Po, puteri dinasti Ming di China itu adalah Li Po sahaja dan panggilan Hang diberi kepadanya oleh Sultan Mansur Shah, yang mengahwininya. Hang adalah panggilan rakyat jelata yang berkhidmat untuk Sultan Melaka menerusi sistem kerah. Ini melibatkan ketua-ketua orang Asli (Melayu Proto) dan orang bukan Melayu, termasuk yang menjadi isteri muda raja-raja Melayu. Anak Sultan Mansur dengan Li Po bergelar Paduka Tun Mamat kerana dilantik sebagai pembesar yang menjaga daerah Kelang (sekarang Selangor moden), satu daripada ibu negeri kedua Melaka, selain daerah Johor.

Hang Tuah bukan pengikut Hang Li Po kerana Hang Tuah adalah menteri pertahanan atau Laksamana Melaka semasa Sultan Mansur Shah melawat negara China untuk meminang puteri Li Po. Hang Tuah mengiringi Sultan Mansur Shah ketika melawat negara China kerana dia adalah Laksamana Melaka, yang anggota tenteranya adalah Orang Laut Bintan

Mengenai Hang Jebat, dia tidak menderhaka kepada raja dalam erti kata yang sebenar. Hang Jebat memberontak kerana Sultan Mansur Shah menghukum bunuh Hang Tuah, yang difitnah oleh ejen Siam, musuh tradisi Melayu Melaka. Bapa saudara Sultan Mansur, Bendahara (Ketua Menteri) Tun Perak, yang menjadi orang kuat Melaka yang sebenar, tahu bahawa Hang Tuah tidak berzina dengan isteri raja. Dia menyembunyikan Hang Tuah di Kelang. Tun Perak telah menasihati Sultan Mansur Shah berangkat bersama keluarganya dan pembesar lain ke Kelang semasa Hang Jebat menguasai Melaka. Di sana, Tun Perak telah membawa Hang Tuah mengadap sultan, dan sultan telah mengampunkan Hang Tuah.

Pengunduran sultan Melaka ke ibu negeri keduanya, Kelang, adalah satu taktik strategik yang dirancang oleh Tun Perak yang bijak. Tun Perak adalah pakar perang secara pengunduran strategik, satu taktik yang berjaya menangkis serangan Siam ke atas Melaka dan Johor. Dari Kelang, Tun Perak, Hang Tuah dan Sultan Mansur telah mengumpulkan tentera-tentera dari negeri-negeri naungan Melaka seperti Kedah, Kelantan, Siak, Minangkabau dan Mandahiling. Tentera ini telah mengalahkan Hang Jebat yang mentadbir Melaka sebagai “wakil raja”. Hang Jebat telah ditangkap oleh Sultan Melaka dan dihukum bunuh. Tetapi Sultan Melaka telah membenarkan Hang Jebat, yang pernah berjasa kepadanya, memilih cara hukuman.

Hang Jebat telah meminta supaya orang yang paling kuat dan berani di empayar Melaka bertikam keris dengannya. Akibatnya, Hang Tuah, yang disangka mati, telah dihantar oleh sultan untuk bertarung dengan Hang Jebat.

Kita tidak akan tahu sama ada Hang Tuah benar-benar membunuh Hang Jebat. Atau adakah Hang Tuah membunuh seorang penjahat dan mengatakan kepada Sultan dan Bendahara bahawa Jebat telah mati. Disebabkan Hang Tuah adalah sahabat baik Tun Perak, dan Tun Perak adalah orang yang paling kuat di Melaka, Hang Tuah mungkin telah melepaskan Hang Jebat dan membunuh seorang penjahat.

Sejarah Melayu yang ditulis oleh cicit Tun Perak, Tun Seri Lanang, sebenarnya banyak memburukkan imej raja dan pembesar Melaka yang awal, seperti Sultan Mansur, Hang Tuah dan Tun Perak. Tun Seri Lanang berkhidmat sebagai bendahara semasa Empayar Melaka berpindah pusatnya ke Johor, dalam abad ke-16. Empayar itu, yang digelar Empayar Johor-Riau-Selangor-Pahang, sempena empat ibu negaranya, banyak dipimpin oleh raja yang lemah, dan pembesar yang rasuah dan zalim.

Daripada Komentar di Karimon’s Blog.

Dikirim dalam Uncategorized | 9 Komen »

Keturunan Hang Tuah

Posted by pakcikli00 di 8 Julai 2010



Pada saya memang lah Hang Tuah orng biasa dan Luar Biasa.Beliau hidup seperti kita juga.Isteri Hang Tuah ,2 orang :

1.Tun Sendari,Adik Tun Bija Sura (Tuk Bongkok) melahir kan

a) Tun Sirah berkawin dengan Maulana Sayyid Fadillah Khan bin Maulana Patakan Ismail bin Maulana Sayyid Barkat Nurul Alam bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra. Nama lain nya Laksamana Khoja Hassan atau Tubagus Pasai atau Falalten atau Raden Hidayat.Melahir kan Tun Abdullah.

b) Tun Biajid

c) Tun Daerah berkawin dengan Sultan Mahmud Syah melahirkan Raja Dewi.

2) Tun Ratna,adik Tun Perak melahirkan

a)Tun Guna

b)Tun Mas Dewi berkawin dengan Laksaman Hang Nadim bin Hang Jebat melahir kan Tun Hamzah , beranak kan Tun Mat Ali yang bergelar Datuk Seri Bertam.

Laksamana Khoja Hasan atau Raden Hidayat lah yang membawa lari Raden Abdullah bin Pati Unus ke arah Tanah Jawa.Beliau tidak merajakan Raden Abdullah sebagai Sultan Demak kerana Jawatan Sultan telah di rebut olih Raden Tranggono,Raden Kikin dan Raden Mohamad Yunus(Kiai Geding Suro).Ketiga mereka ini anak Raden Husin bin Sultan Abdullah/Raden Ario Damar.Raden Patah dan Raden Husin,adek beradik se ibu…Raden Ario Damar adalah anak Prabu Brawijaya 1.Jadi menurut MEREKA,mereka lebih layak menjadi Sultan Demak..maka terjadi lah perang saudara yang menyebab kan Raden Kikin di bunoh olih Raden Prawoto,anak Raden Tranggono.

Untuk mengelakan sengketa yang berlarutan ini SATU SATU nya anak Pati Unus ini di angkat menjadi Adipati Jepara.Di gelar Pengeran AriA Jepara.Jepara akhit nya menjadi negara Merdeka tetapi naungan Kesultanan Banten bergelar Pakuan Islam.Setelah Raden Abdullah dan Sayyid Fathelan menyerang dan menakluk Pakuan.Pakuan dan Jepara di gabungkan menjadi PAKUAN ISLAM.

Dari tulisan ini anda bolih lihat MEREKA,adalah dari keturunan yang sama iaitu dari MAULANA SAYYID HUSIN JAMADIL KUBRA.Sebab itu lah 3 KETURUNAN BESAR ini sangat berpengaruh di ALAM MELAYU iaitu

1)Keturunan Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra

2)Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani >>>Maulana Sayyid Abdul Aziz >>>Maulana Sayyid Mohamad Yusof/Kadi Yusoff >>>>Maulana Sayyid Munawar/Kadi Munawar.

3)Keturunan Sayyid Al Hadramaut seperti Al Idrus,Al Saggof,Al Aatas dan lain lagi.

Perlu kita ingat juga yang mengislam kan Parameswara ialah Maulana Sayyid Abdul Aziz bin Syeikh Qader Jilani.Yang mengislam kan Malikul Salih iaiah Maulana Sayyid Shamsudin Abdullah Al Arif bin Syeikh Abdul Qadir Jilani.Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail bin Sayyid Qadir bin Sayyid Jabbar bin Sayyid Sholih Musa Al Jabbar bin Syeikh Sayyid Mohyiddin Abdul Qadir Jilani….Makam Syeikh ini di Pulau Besar.

Jadi apa lah lagi yang nak tuliskan….ke Pulau Besar,keturunan saya,ke Gunong Ledang juga keturunan saya dan juga ke Tanjung Tuan juga ada keturunan saya !!!Di Tanjung Tuan ada Makam Parameswara/Sultan Iskandar dan Makam Tun Fatimah binti Tun Mutahir.Sebenar nya Makam Hang Tuah itu memang betul !!!.2 Daerah di ANUGERAH kan kepada Hang Tuah iaitu TANJUNG KELING dan PULAU SIANTAN,RIAU.

Kalau kita baca sejarah…dari Melaka,Keturunan kami,lari ke Pakuan/Jepara(Tasik Malaya).Dan dari sana pula keturunan saya balik ke Melaka, dah itu di Daerah Tanjung Keling pulak tu….tentu lah ada sebab nya..kenapa tidak pergi Johor ker,Pahang ker,Kelantan ker atau ketempat lain…kenapa mesti pulang ke Tanjung Keling ????.Setinggi tinggi Bangau terbang,ke belakang kerbau juga dia hinggap !!!.Kemana lagi pulang nya sirih kalau tidak ke gagang nya !!!!!.Bagitu juga keturunan kami sejauh mana pun mereka lari,akhir nya ke MELAKA juga balik nya kerana di Melaka LAH BUMI PERTAMA DI ISLAM KAN OLIH DATUK KAMI..Maulana Sayyid Abdul Aziz.

Info – Komentar Tok Syeikh di Karimon’s Blog.

Dikirim dalam Uncategorized | 19 Komen »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.