Keris Taming Sari Hang Tuah



Taming Sari adalah nama seorang pendekar Jawa dalam kerajaan Majapahit seperti yang tersebut di dalam Hikayat Hang Tuah. Menurut hikayat ini, Taming Sari adalah seorang panglima yang paling handal di Majapahit ketika itu, dan beliau telah ditugaskan oleh Bendahara Majapahit, Patih Gajah Mada untuk membunuh Hang Tuah.

Taming Sari dikatakan seorang yang kebal tidak dapat dicederakan oleh senjata. Bagaimanapun, kekebalannya adalah terletak pada keris yang digunakannya. Hang Tuah pula pada masa itu telah berguru kepada seorang ahli pertapaan Jawa bernama Sang Adi Putera. Gurunya itu telah memberitahu akan kelemahan Taming Sari. Oleh itu, pada hari pertarungan antara kedua pendekar ini di hadapan Sultan Melaka dan Betara Majapahit, Hang Tuah telah berjaya merampas keris Taming Sari dan menggunakan keris itu untuk menikamnya hingga mati.

Sebagai menghargai kejayaan Hang Tuah itu, Betara Majapahit telah menganugerahkan keris itu kepada Hang Tuah. Keris ini dikenali sebagai “Keris Taming Sari” dan telah dibawa pulang ke Melaka. Keris yang sama juga telah digunakan oleh Hang Jebat untuk menderhaka Sultan Melaka. Hang Jebat juga dikatakan kebal kerana memiliki keris Taming Sari. Dalam pertarungannya yang terakhir dengan Hang Tuah, keris Taming Sari telah berjaya dirampas semula oleh Hang Tuah yang kemudiannya menikam mati Hang Jebat.

Keris ini adalah Keris Kerajaan bagi jawatan Laksamana Melaka, yang terakhir sekali dijawat dan dipegang oleh (Bendahara) Hang Tuah. Keseluruhan sarung keris ini diseliputi oleh dedaun emas. Keris ini dihargai sebagai berkeupayaan untuk berlegar di udara ke mana-mana haluan dalam mengejar musuh.

Adalah dikatakan bahawa Hang Tuah memberi keris ini kepada Tun Mamat untuk dibawa balik menghadap Sultan pada masa itu kerana beliau terlalu malu untuk menghadap sendiri Kebawah Duli Sultan kerana gagal mendapat Puteri Gunung Ledang untuk mengahwini baginda.

Tatkala Sultan Mahmud Shah meninggalkan Melaka, baginda membawa keris ini bersama-sama baginda ke Kampar, Sumatera pula. Kemudian baginda mengurniakan keris ini kepada anakanda baginda Raja Mudzafar Shah yang kemudiannya berangkat ke Perak (Darul Ridzuan) dan ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

24 Responses to Keris Taming Sari Hang Tuah

  1. Banjoe says:

    APAKAH ASAL USUL KERIS TAMING SARI ITU?

    Kita hanya mendengar perkhabaran hanya sedikit sejarah Keris Taming Sari itu bermula ianya dari dimiliki oleh Pendekar Majapahit hingga akhirnya ianya jatuh ketangan Laksamana Hang Tuah. Akan tetapi asal usulnya maseh kabur. Begitu juga keberadaannya yang terkini ianya milik siapa dan ketulenannya samada asli atau palsu. Maka terbitlah beberapa pendapat dan andaian asal usulnya, unsur besinya, dan lain-lain yang berbeda-beda kefahamannya.

    Kata Sang Raja Wali : Diringkaskan ceritanya, setelah Hang Tuah berjaya membunuh Hang Jebat, maka Hang Tuah tersangatlah berdukacita. Maka benarlah ramalan mahagurunya Sang Adi Putra, bahawa salah seorang dari mereka lima sahabat itu akan mati ditangan salah seorang saudara seperguruan. Setelah Keris Taming Sari jatuh semula ketangan Hang Tuah, maka pada satu ketika tatakala Hang Tuah berada dipersisiran pantai, mengenangkan sesal bebalnya membunuh Hang Jebat, maka datanglah Sang Khidir AS menasehati beliau supaya keris tersebut dicampakkan kelaut. Kerananya bumi Melaka telah bermandikan darah. Makanya ianya telah berpuaka kerana telah memakan banyak nyawa.

    Maka akhirnya Keris Taming Sari itu dicampakkan jauh kedalam laut. Lalu ianya diganti oleh Hang Tuah dengan keris palsu yang hampir serupa panjang loknya dan bentuknya. Ulu dan sarungnya maseh kekal sama. Maka Keris Taming Sari yang dibangga-banggakan itu sekarang ini adalah keris duplicate yang tiada kesaktiannya, melainkan diisi. Persoalannya dilaut manakah ianya terpendam, atau sudahkah ianya ditimbulkan semula, atau adakah ianya sudah berada ditangan pemilik terbaru…??? Al-Asal jadinya hasil. Al-Hasil baliknya keasal. Al-Asal dari Al-Usul… Cubalah direnungkan….

    Sekian, boleh dibaca, tetapi jangan percaya…

    • al-farasyii says:

      saya pelik,..makna nya keris yang ada sekarang ini adalah keris yang telah diganti la ye… jadi keris yang ada di muzium perak kuala kangsar itu tidak mempunyai kuasa la ye,… boleh dapatkan kepastiaan tak?

  2. Banjoe says:

    …ASAL USUL KERIS TAMING SARI…

    Kata Sang Raja Wali lagi : Ada pun asal usul Keris Taming Sari itu ada kaitan dengan Kenabian. Itu sebab kuasa kesaktiannya amat menggerunkan. Asalnya keris itu dari mata tombak, lalu diubahsuai berbentuk keris. Dari Nabi mana asalnya tidak perlu dikhabarkan, nanti jadi kontroversi. Setelah ribuan tahun ianya terpendam disimpan oleh Kadam Jin Islam, akhirnya jatuh ketangan salah seorang Wali 7 Alam Melayu.

    Siapakah Wali 7 Alam Melayu itu? Diringkaskan ada pun Wali 7 Alam Melayu itu adalah 7 beradik lelaki semua. Mereka dari warisan nasab Ali Zainal Abidin Al-Hussin, dari ibu pertama. Mereka yang pertama ditugaskan menyibarkan Islam diNusantara. Maka akhirnya mereka berhimpun sementara diBumi Melayu. Mereka diberikan tugas masing-masing, lalu keluar bertaburan berhijrah berdakwah menyebarkan Islam diserata Nusantara, termasuk negeri China.

    Maka Abang Tua (Syed”…”Al-Hussin) diamanahkan pemegang keris tersebut. Abang Tua ditugaskan keJawa, untuk berdakwah menyibarkan Islam, kerana majoriti penduduk diJawa beragama Hindu. Setelah beliau berjaya mengislamkan ramai penganut Hindu Jawa, maka berita tersebut telah sampai kepada kerajaan Hindu Jawa. Maka beberapa pendita, sami Hindu yang handal lagi memakai kesaktian Jin, serta kekuatan tentera Hindu Jawa, telah ditugaskan untuk membunuh Abang Tua serta pengikutnya.

    Sedang Syed”…”Al-Hussin mengimamkan satu solat dengan pengikutnya, lalu mereka diserang dengan menggunakan senjata tombak Hindu serampang tiga (trident) dan senjata lain. Lalu dibalas serangan mereka oleh Syed”…”Al-Hussin dengan senjata “Keramah Dua Jarinya” sahaja. Maka rebah mati semua mereka itu tersungkur kebumi….

    Bagaimanakah kisahnya keris tersebut jatuh kepada pemerintahan Hindu Majapahit kemudian berada ditangan pendekar Taming Sari? Tidak pula diceritakan. Maka kisah Mahaguru Adi Putra, Hang Tuah dan Hang Jebat itu adalah rangkaian sebab musababnya sahaja. Kerana asalnya keris tersebut bertapak diBumi Mim, maka kembalinya semula balik keBumi Mim. Al-Asal jadi hasil, Al-Hasil balik keasal.

    Dakwaan sesetengah pihak mendakwa bangsa Melayu menciplak senjata keris hak mereka, itu adalah dakwaan yang sangat jauh meleset. Setelah keris tersebut dicampak oleh Hang Tuah kelaut, maka terpendamlah keris tersebut dilaut Bumi Mim, selama-lamanya. Maka atas kuasa pemerintahan Alam Kewalian, keris tersebut tidak dibenarkan sama sekali dimiliki oleh mana-mana pihak. Kerana jika ianya jatuh ketangan pihak yang tidak bertanggung-jawab, jika disalah-gunakan, ianya lebeh banyak mendatangkan kemudaratan dari kebaikan.

    Wallahu’alam….

    (Sedikit dari : Khidir/Syeikh Malaya Prophecies…..)

    Sekian, boleh dibaca, tetapi jangan percaya, kerana bukti dan dalilnya karut dan marut. Kalo paparan ini menjadi ribot-ribotan, mohon TS deletekan semua….

  3. pakcikli00 says:

    asalamualaikum

    Saudara Banjoe, sebagai penghargaan komentar saudara bertajuk ‘asal usul kerus Taming Sari’ diatas telah saya jadikan intri di Weblog ‘Rahsia Kayu batu dan logam’ seperti pautan di bawah ini;

    http://rahsiakayubatudanlogam.wordpress.com/2010/07/08/misteri-keris-taming-sari/

    terima kaseh salam hormat.

  4. Fairus says:

    kalau based on cerita ada beberapa edisi antaranya:-
    1. Keris Taming Sari dicampak ke laut setelah Hang Tuah gagal mendapatkan PGL.
    2. Taming Sari dilemparkan ke laut setelah Hang Tuah berdukacita kerana membunuh Hang Jebat (Seperti di dlm kisah diatas).
    3. Taming Sari diserahkan kepada Sultan Melaka dan dibawa balik ke Sumatera dan diserahkan kembali setelah pertabalan Raja Perak yang Pertama.

    Jadi, jika difikirkan logik dakwaan ke-3 nampak lebih tepat kerana Taming Sari hari ini berada di tangan Sultan Azlan. Minta pencerahan sahabat2.

    Saya lebih berminat mengetahui keris HANG TUAH yang asal iaitu TEMPA MELAKA…ada sesiapa yang tahu?

    • kontek encik zainal al-johan di kolej komuniti tangga batu melaka..dlm mastika bulan ini dia ada…dia pemegang adat negeri melaka…pengumpul bahan2 lama yng berkaitan melaka n hang tuah..katanya dia ada keris tempa tu di tangan dia…dpt dr alam ghaib

  5. eddy says:

    tiada sejarah orang melayu sebelah sini ada yang pandai keris kalau sebelum tahun 1400 sebahagian besar tanah melayu ini kosong yang ada hanya perkampungan kecil dan keseluruhan mereka belajar segala ilmu dari tanah seberang usahlah kita nak mereka reka cerita yang keris taming sari tu buatan tanah melayu bumi mim dan sebagainya,raja melaka dari seberang, pahlawanya pun dari seberang tiada yang dari bumi sebelah sini.hakikanya orang orang sebelah sini berasal dari seberang tak kira lah dari tanah jawa ker,tanah ugis ker,sumatera ker,kalau percaya dari perkhabaran ghaib pasti akan terkeliru,kalau 10 datang perkhabaran tentang perkara yang sama pasti ceritanya berbeza ,sebenarnya logik akal pun kita boleh nilai kebenaran cerita yang dikhabarkan itu.

  6. tuan nadim says:

    assalammualaikum

    maaf kerana mencelah, adakah benar sejarah taming sari?
    sebagaimana diketahui, keris ini tidak mempunyai sarung dan andai disimpan didalam laci pun akan pecah laci itu. andai taming sari bersarung ceritanya, wallahhualam.

  7. tokpakehtemenggong says:

    Assalammualaikum

    Tuan Fairus kata keris HangTuah Tempa Melaka..dari mana tuan mendapat maklumat ini? mohon diceritakan.

    terimakasih

  8. opu says:

    Taming Sari orang jawa, kenapa kerisnya tidak seperti keris jawa? coba fikirkan? betulke itu Taming sari atau pamong sari?

  9. “Thus, it is relevant that in a study published just this week in the influential journal Science, the Han Chinese (and other East Asians) have been shown to have originally come from Southeast Asia. Instead of being natives of China, the Han Chinese were in fact immigrants who descended from mainland and island Southeast Asia, the latter historically known as the Malay Archipelago.”
    sumber rujukan rasmi kajian DNA itu : https://yentown.us/wp-content/uploads/137/1.pdf
    penerangan lengkap kajian DNA itu : http://humpopgenfudan.cn/p/A/A1.pdf

  10. web site;

    ASAL MUASAL PENDEKAR KUANTAN

  11. Salam…keris taming sari berasal dari besi kaabah..selepas dijadikan keris dibawa oleh wali 7 melayu..itu sahaja.

  12. CUBA FIKIRKAN APA YANG BOLEH MENYATUKAN UMAT

    • Taufiq_clips says:

      Salam.. Saudara… 1 tempat sahaja yang mana kita dapat lihat umat Islam bersatu tidak kira bangsa, pangkat atau darjat iaitu ketika mengerjakan Ibadah Haji & Umrah..

  13. serban hijau says:

    Assalam… Kemunculan keris tamin sari itu ada kaitan dgn pemimpin akhir zaman… Sama2 kita saksikan…🙂 bksh syg

  14. jaa says:

    Hang Tuah tak wujud… mana kuburnya…. hanya mitos sahaja..oleh munshi abdullah…

  15. Mohd Darhan says:

    sayang selasih hamba lurutkn..
    Ingin saya mencadangkan supaya kita semua mempelajari sejarah dengan lebih teliti. Sejarah menjelaskan semasa pemerintahan Majapahit, tanah melayu, singapura (temesik) sehingga sekarang (Negeri Cina) belum ada nama lagi. Boleh dikatakn seluruh Negara Asian adalah dibawah takluk Kerajaan Majapahit. Oleh kerana kawasan jajahannya yang terlalu meluas maka Sultan Majapahit telah melantik saudara2nya sebagai pemerintah dikawasan (Zon2) yang telah dibahagikan sebagai wakil pemerintah. Pada zaman ini juga sejarah mengatakan keluarnya Burung Garuda yang memakan orang. Tahukah tuan2 bagaimana rupa Burung Garuda tuuu. Sejarah mengatakan Burung Garuda itu badan sama seperti burung dan kepala seperti Gemilan (macam kita tgk filam Majapahit tarian yang pakai topeng dan bertaring), itulah wajah sebenarnya juga bolah mengeluarkan api dari mulutnya. Tiada seorang pun manusia biasa yang boleh membunuhnya dan kerajaan Majapahit telah memerintah seluruh rakyatnya berdoa bersungguh2 kepada Sang Dewata. Rintihan rakyat Majapahit telah mendapat perhatian n perkenan dari Alam Dewata (Alam Ghaib). Putera Baginda dari Alam Dewata (alam Ghaib) telah diperitah turun keBumi untuk membunuh Garuda tersebut. Putera Baginda turun keBumi dengan hanya membawa senjata Panah Sakti Tiga Serangkai (yang kita sebut Panah Arjuna). Dengan panah itulah Burung Garuda dapat dibunuh. ” Maka disini lah bermulanya Keilmuan Panah Arjuna “.

    Selang beberapa tahun banyak rakyat Majapahit telah memeluk Ugama Islam. Tidak semena2 datang seekor lagi Burung Garuda mempunyai sifat2 yang sama membunuh n memakan orang termasuk membakar rumah2 rakyat Majapahit. Pemerintah Majapahit minta seluruh rakyat tak kira Ugama supaya berdoa supaya akan ada wakli untuk membunuh Garuda tersebut. Dengan izin Allah keluarlah seekor Naga dari tengah2 bulatan Matahari. Pada waktu itu ramai rakyat Majapahit yang berugama hendak menunai solat Zohor dan semua dapat melihatnya keajaiban tersebut. Naga itu lah yang berjaya membunuh Garuda tersebut.
    ” Maka Bermula Warisan Majapahit iaitu ” Keris Nagasastaro ”
    Akibat perang demi perang kerajaan Majapahit menjadi Guyah dan penyerahan dan pecahan Negara belaku dinegara asian spt Negeri Melaka, Temasik, Pettani, Ng Cina dan lain2 lagi. Kepuasan sebagai pemerintah pasti ada keinginan tersendiri dan Sultan Majapahit kepingin memiliki senjata yang terbaik. Kesepakatan dengan pembesar2 maka arahan dikeluarkan dengan menjemput semua ” Ampu ” (tukang bt senjata bahasa Majapahit) datang berkumpul dalam Istana Majapahit. Lapan dari sembilan Ampu2 yang ada sepakat hanya Taming Sari saja yang boleh mereka cipta Keris Yang Terbaik. Maka disini lah bermula nya ” Keris Taming Sari ” bersempena nama pembuatnya.

    Salam sejahtera dan maafkan saya.

  16. Hang Atok says:

    Taming Sari dari jawa, bkn buatan tanah melayu. Silat pun buatan jawa. Guru Hang tuah pun org jawa. Jangan dgr sgt perkara mitos dan karut. Saya dari melaka dkt kawasan hang tuah, duyong. Keris dah ghaib dlm air. tak siapa mampu muncul kan kcuali izin Allah SWT….

  17. artsabrisalleh@yahoo.com says:

    TAMING SARI AKAN MUNCUL SETELAH DAULAT MELAYU MENGUASI DUNIA,BILA DAN MENGAPA , KITA TUNGGU DAN LIHAT,

  18. hafez75 says:

    sebenarnya taming sari itulah sang adi putera, guru hang tuah…tidak ada pertarungan pun antara taming sari dan hang tuah…keris itu diberikan kpd hang tuah…hang tuah je yg x kenal gurunya…hang tuah menyangka taming sari adalah org gila, lalu ditikamnya gurunya sendiri…

  19. muhammad shah putra bin raja shah says:

    Salam..sebenarnya hang jebat mati bukan di bunuh oleh hang tuah..sejarah kita telah di reka oleh british..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s