Masjid Duyung di kampong Hang Tuah



Mengikut cerita orang tua-tua dahulu, masjid ini pada asalnya surau dan dinaikkan taraf sebagai sebuah masjid. Bahan-bahan binaannya terdiri daripada kayu dan batu merah (laterite), manakala bumbungnya beratapkan genting (campuran genting China dan Belanda).

Pembinaannya dilakukan secara gotong-royong dan ianya siap untuk digunakan dalam tahun 1850. Pengasas masjid ini dikenali sebagai Wan Chilek. Menara di sebelah masjid ini telah dibina pada tahun 1909 sebagai tempat melaungkan azan.

Pada tahun 1967, beberapa perubahan telah dilakukan di masjid ini. Bumbung yang asalnya genting telah ditukar kepada atap jenis ardex. Siling asbestos telah dipasang dan tangga masjid telah diubahsuai. Pada tahun berikutnya di sekeliling kolam laterite telah dipasang paip dan bumbung pelindung bagi tempat mengambil wuduk.

Kekurangan ruang untuk tempat sembahyang telah menyebabkan kerja-kerja tambahan dilakukan pada tahun 1973 dan 1976 pada bahagian belakang masjid.

Pada 11 Mei 1982 jam 2.30 pagi, kebakaran telah berlaku pada masjid ini disebabkan litar pintas. Terdapat sebahagian kerosakan di bahagian hadapan iaitu di sebelah kiri masjid, stor dan bumbung. Walau bagaimana pun struktur asal masjid tidak terjejas. Kos membaik pulih masjid ini berjumlah RM70,000.00 manakala kerajaan negeri memberi bantuan sebanyak RM5,000.00 yang selebihnya diperolehi melalui dermawan dan masyarakat tempatan.

Dalam usaha untuk menampung bilangan jemaah yang bertambah, pada tahun 1991 kerajaan negeri telah memberi peruntukan berjumlah RM100,000.00 untuk membina bangunan tambahan di sebelah kanan bangunan masjid yang asal.

Pada tahun 2002, kerja-kerja pemuliharaan (konservasi) telah dilaksanakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti dalam usaha untuk mengekalkan unsur-unsur seni bina asal masjid ini.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s