Hang Tuah lari ke Gerik Ulu Perak



Seperti mana yang kita fahami bahawa kisah pahlawan Melayu ulung seperti yang diriwayatkan dalam Hikayat Hang Tuah, memang sukar dipastikan kebenarannya. Tiada bukti kukuh yang dapat mengesahkan kewujudannya, namun yang nyata Hang Tuah kekal menjadi lagenda orang-orang Melayu.

Meski pun begitu, terdapat beberapa penulis Inggeris seperti Hans Overback, Nasjah, Sheppar M C dan lain-lain lagi yang berminat dan telah menulis atau menterjemahkan hikayat Hang Tuah dalam buku mereka, seperti ‘Malaiische Chronik, Hang Tuah Aus dem Malaiischen ubersetz von Hans Overbeck’ yang diterbitkan oleh Georg Muller, Munich pada tahun 1922.

Apa yang menarik untuk penulis tekankan di sini ialah – di penghujung penulisan hikayat ini ada menyatakan bahawa, setelah Hang Tuah hilang selepas peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang, beliau dikatakan muncul semula di hulu sungai Perak dan dipercayai menjadi Batin di sebuah kampung orang Asli di kawasan tersebut.

Berdasarkan ini, penulis percaya kawasan yang dimaksudkan dalam riwayat itu adalah di kawasan perkampungan orang Asli di Temenggor, Gerik.

Sudah tentu tiada siapa yang dapat membuktikan atau mengesahkan perkara ini. Namun orang Gerik, patut berasa bangga kerana Gerik dikaitkan dengan riwayat Hang Tuah yang tiada bandingannya itu. Benar atau tidak, sahih atau kabur, sejarah atau dongeng – selagi Hikayat Hang Tuah ‘hidup’ di dunia ini – selagi itulah fakta mengenai timbulnya semula Hang Tuah di Hulu Perak selepas ghaibnya dari bumi Melaka tetap seiring dalam penceritaannya, seperti yang ditulis oleh penulis-penulis yang banyak mengkaji tentangnya.

Malah jika kita melihat pada tulisan fakta sejarah, kita akan dapat mengetahui bahawa setelah kejatuhan Melaka pada Tahun 1511, Sultan Mahmud Syah (Sultan Melaka yang terakhir) mengundurkan diri ke Kampa. Kemudiannya selepas itu pada tahun 1528, Putera Baginda – Raja Muzaffar Syah telah berhijrah ke Negeri Perak lalu membawa bersamanya sebilah keris yang dikurniakan ayahndanya, yang mana keris itu dikatakan kepunyaan Hang Tuah yang dipulangkan kepada Sultan Mahmud Syah sebelum menghilang. Hingga kini, alat itu dijadikan sebagai alat kebesaran kerajaan negeri Perak.

Agak sinonim apabila keris Hang Tuah berada tidak jauh dari tempat beliau timbul semula. Apakah itu tanda keramat kerisnya yang tidak mahu berpisah jauh dengannya? Dan, apakah keris yang dimaksudkan itu adalah Tamingsari yang gah disebut-sebut?

Lalu, apakah ini adalah tanda bahawa kewujudan Hang Tuah di Hulu Perak @ Gerik adalah selari dengan fakta sejarah penghijrahan Raja Muzzaffar Syah ke negeri Perak bersama keris peninggalan Hang Tuah itu?

Wallahu a’lam.

Nota: tulisan ini sekadar untuk mengaitkan hikayat Hang Tuah dengan kawasan Gerik. Sila rujuk mana-mana penulisan tentang hikayatnya untuk mengesahkan fakta yang terselit ini dalam riwayatnya.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

9 Responses to Hang Tuah lari ke Gerik Ulu Perak

  1. Fairus says:

    Ada pengkaji mengatakan Hang Tuah dikenali sebagai Tun Saban di Perak. Mungkin ada jugak kebenarannya kerana dalam coretan penjajah diatas mengatakan Hang Tuah lari ke sana. Kisah Tun Saban di gerik pernah diceritakan, dimana beliau menjadi orang besar yang menjaga kampung belum. Lagu Tualang Tiga juga ada terkisahnya tentang Tun Saban secara tersirat. Kita tidak boleh terima dan tolak bulat2 perkisahan ini, yang penting inilah point utama untuk kita tingkatkan kajian dan buat cross checking dengan pengkaji yang mengatakan Tun Saban adalah Hang Tuah.

  2. Firman Abdul Malik says:

    semakin menarik,

  3. abah tuah says:

    kemana pun tuah pergi semangatnya masih hidup di jiwa aku.

  4. Aslkm wrtbh sekelian, Tun Saban mempunyai waris keturunan besar baik2 dari menantu Sultan Perak, Dato’ Bendehara Paduka DiRaja Megat Terawis, Syed Al dll. Akan tetapi dlm hikayat Bendehara Perak telah diceritakan megat terawis juga telah menghilangkan ghaib bersama Hang Tuah di Ulu Temenggor setelah berwakaf di pondok beliau di bukit batu putih di Ulu Lenggong,,, Sekian sila rujuk “alamketuananmelayu.blogspot.com” Salam2012 tanah melayu terakhir selepas singapura-pura, pulau pinang-pincang…

  5. Mohd arif aziz says:

    Memang benar hang tuah berada di gerik

  6. Tanpa Nama says:

    Assalammualaikum..tertarik dengan apa yg cuba dibangkitkan.cuma sy ingin berkongsi cerita dari tok nenek sy dulu2.Mmg benar Tok Tuah ada ke Perak sehingga kini (stp mlm jumaat ke makam Sutan Mahmud dan anaknya Sultan Mudzafar Syah 1).Ini adalah kerana mereka adalah saudara rapat.Tentang Tun Saban/Saphiro yg dikaitkan dengan Tok Tuah pula, jika pandangan dan cerita yg sy ada, mereka adalah org yang berlainan.Tun Saban/Saphiro anak Tun Perak dan Tok Tuah pula anak Sultan Melaka. Itula sebab kenapa Tuah tidak menderhaka kepada Sultan. Cuma kalau tak salah, Tok Tuah telah dijaga oleh Tun Perak/Tun Mahmud(kurang pasti tp antara 2 nama ni,lupa nk kena refresh dgn org tua balik) semasa kecil tanpa diketahui oleh penduduk dan org lain kerna bimbang akan keselamatannya masa itu.

  7. fiza says:

    boleh saya tahu di mana awak dapat tahu yang hang tuah ke perkampungan org asli

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s