Makam Hang Tuah di Palembang



“Saya juga mempunyai bukti Hang Tuah mati di Palembang kerana sakit tua. “Kubur Hang Tuah yang ada di Tanjung Kling sekarang bukannya kubur Hang Tuah tetapi milik seorang ulama Islam berasal dari Gujerat, India

Edisi Nasional: Cucu Hang Tuah Oleh Yusri Abdul Malek dan Mohd Yatim Latif am@hmetro.com.my

MELAKA: Seorang lelaki, Ismail Mohamed Yaacob, 40, mendakwa sebagai generasi ke-12 keturunan Laksamana Hang Tuah yang terkenal kerana kesetiaan dan jasa kepada beberapa sultan Melaka sepanjang sejarah Kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511.

Ismail yang lahir dan menetap di Singapura mendakwa mempunyai bukti iaitu dua gelang tangan yang dikatakan dipakai Hang Tuah dan berusia lebih 500 tahun serta manuskrip tulisan tangan Hikayat Hang Tuah yang ditulis Tun Kulah atau Kola yang juga sepupu Hang Tuah.

Gelang berkenaan yang didakwa bertatah batu petir dipercayai disimpan turun-temurun dan diwarisinya hingga kini. “Pendedahan mengenai keturunan Hang Tuah ini bukan mempunyai apa-apa kepentingan tetapi saya cuma mahu generasi hari ini tahu bahawa cerita Hang Tuah adalah benar dan bukan rekaan atau dongeng,” katanya ketika ditemui.

Ismail berkata, semua keturunannya tinggal di Kampung Sungai Duyong, di sini, sejak zaman-berzaman tetapi pada sekitar 1940-an, bapanya, Muhamad Yaacob Abdullah terpaksa melarikan diri ke Singapura selepas diburu komunis yang mengganas ketika itu. Menurutnya, disebabkan sayangkan generasinya, dia sendiri menjalankan kajian terperinci berhubung salasilah dan susur-galur Hang Tuah bagi membuktikan Hang Tuah benar-benar hidup ketika zaman kesultanan Melayu Melaka.

“Saya akui terdapat 11 versi cerita Laksamana Hang Tuah yang berbeza disebabkan tiada pihak mahu mengkajinya secara mendalam. “Saya juga mempunyai bukti Hang Tuah mati di Palembang kerana sakit tua.

“Kubur Hang Tuah yang ada di Tanjung Kling sekarang bukannya kubur Hang Tuah tetapi milik seorang ulama Islam berasal dari Gujerat, India. “Semua ini diceritakan dari generasi ke generasi dan ia fakta sejarah. Jika benar dalam Sejarah Melayu mengatakan Hang Tuah mati di Tanjung Kling, kenapa penduduk sekitar yang tinggal di situ menafikan fakta itu.

“Penduduk yang tinggal di Tanjung Kling sejak turun-temurun sudah pasti tahu kubur siapa yang ada di kampung mereka berdasarkan cerita dari mulut ke mulut,” katanya. Ismail juga mendakwa mempunyai bukti bergambar bahawa makam Hang Tuah ada di Palembang.

Begitu juga makam Hang Lekir, Lekiu dan Kasturi yang didakwa masih ada di Bintan, Kepulauan Riau. Menurutnya, dia sudah menjual manuskrip asal Hikayat Hang Tuah kepada Perpustakaan Negara sekitar 1990-an dengan harga RM20,000.

“Naskhah itu diakui asli oleh Perpustakaan Negara dan kini sedang dipulihara,” katanya. Katanya, dia juga pernah berjumpa pihak Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) berhubung dakwaan itu tetapi Perzim tidak mengambil langkah untuk meneliti atau menyiasatnya.

“Saya berharap sejarah ini dikaji semula demi generasi akan datang dan saya sedia bekerjasama dengan Perzim,” katanya.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

63 Responses to Makam Hang Tuah di Palembang

  1. kemas ari says:

    saya mau tanya kalo memang Hantuang mati dan dikubur di Palembang….dimanakah tempatnya??

  2. Zakariah Kassim says:

    Salam Tuan, saya diberitahukan bahawasanya Hang Tuah tidak ada makamnya sebab beliau ghaib meninggalakan bumi ini bersama2 jasadnya sekali dan beliau masih hidup dialam ghaib dan masih meneruskan tugasnya sebagai murshid sama saperti Nabi Hidir a.s.

    allahualam.

    • salman says:

      jgn mengarutlah saudara apa hebatnya hang tuah setanding dgn para rasul yang allah utuskan sampai tak mati n masih hidup sedangkan para sahabat yang dkt dgn rasullah pun meninggal inikan pulak hang tuah digembar gemburkan sebagai pahlawan melayu yang belum pasti kisah wujud atau mitos je..

      • salehhudin salamat says:

        Nabi rasul tetap lah bro dan sahabat nabi pun tetap sahabat…tapi klu wali Allah blh angkat sape je y layak maybe Hang Tuah seorang wali sbb tu ghaib..
        Mmg takde bukti lah tp kemungkinan…

    • gamal abdul nasir says:

      betol…

    • fuad says:

      salam, saya setuju pendapat tuan, laksmana hang tuah masih hidup lagi dia ada di rijallulghaib bersama sunan sunan dan wali wali ALLAH serta pejuang pejuang agama serta sri kandi sri kandi seperti aisyah umairah, aisyah sebagai pemerintah di alam ghaib,

    • Abdul says:

      memang tidak tercapai dek akal jika diukur dengan fikiran manusia.
      tapi tiada mustahil bagi-NYA. inilah yg dinamakan ruh santubi.
      wallahualam..

  3. Hamzah Ali says:

    Baca Hikayat Hang Tuah…ada bukti menunjukan Hang Tuah belum meniggal…

  4. KEMEGA says:

    Wlkmslm Hamzah A’li dan Zakariah Kassim sekelian yang mempercayai Allah SWT itu ada tidak sekali mati dan Maha Ghaib99 juga, Begitu lah pengalaman Nabi Musa AS menemui Allah di Gunung Tursinar; Baginda junjungan besar SAW pun dgn pengalaman Israk-Mikraj nya; PERCAYA! Sememangnya di ufuk timur sini Tok Bahaman dan pemimpin beliau iaitu Hang Tuah InsyaAllah pd2012-2013 mendatang akan bersama pilihan nya juga pd akhirzaman di tanahair ini 2011-2013, Baginda Rasul SAW telah pergi tetapi masih hidup di alam ghaib para-para wali, dan hulubalang-hulubalang termasyur kita juga di alam ghaib wali-wali kita seperti Tokku Paloh Syed di negara ini adalah Hang Tuah, Tok Bahaman dan 3 lagi hulubalang lain. “Siapkan Payung Sebelum Hujan” terlebat dgn banjir terbesar pernah kita alami di lembah Klang selepas 13 mei 1969 dan pendedahan Pendita Mat Kilau pd 1969 juga.Ingat Pakistan sudah diturunkan bala bencana… Siap-Siaga PRU13. Kami dari KEMEGA.Blogspot. Salam313

  5. cuiettokpasai says:

    Assalamualaikum warohmatullah hi wabarokaatuh,

    Minta izin nak join jugak. Ni duk cerita pasal nenek moyang hamba, sebab tu la nak join.
    Tok Tuah memang nya masih hidup diAlam Ghaib. Dia memang masih hidup lagi. Dia berpesan supaya kita semua sentiasa ingatkan DIRI DAN TUHAN, Mana2 lagi yang ada kena mengena dengan dia, Kalau nak kenal dia ingat lah yang dia pesan tu dan kenalah berSelawat Munajat selalu setiap hari

    Allah allah allah allah
    Allah allah allah allah
    Allah allah allah allah
    Allah allah allah allah

    Allah hulaa ilaa haillallaah, la ila ha il lallaah, la ila ha illallah , laa ilaa ha ill lallaaaah,

    Allah hu ya allah, ya allah hu ya allah, ya allah hu ya allah, ya allah hu ya allah,

    Allah ya allaah ya allah, allah ya allah, allah ya allah, allah ya allah, allah ya allaah.

    Allah itu sa,
    Muhammad itu pesuruhnya,
    Adam dan Hawa kalimatnya,
    Seperti dibendung kesempurnaan,

    Itu some of the bait dari kalimah selawat munajat itu. Carilah.

  6. pakcikli00 says:

    Waalaikumusalam warohmatullah hi wabarokaatuh,

    Tuan Cuiettokpasai yang dikasehi,

    Saya sentiasa mengikuti komentar tuan di Karimon’s Blog, berdasarkan kepada komentar tuan dihalaman weblog tersebut, suka saya mengingati tuan supaya apa yang tuan tulis adalah untuk keperluan pembacanya bukan sekadar untuk menunjukkan kehebatan tuan mengenai makrifat. Usaha tuan menyatakan mengenai makrifat adalah sia sia sahaja. Jika tuan sebagai seorang ahli makrifat, tuan perlulah menyedari bahawa makrifat itu diperolehi menerusi amalan tauhid yang mengimbangi syariat dan hakikat untuk memperolehi ilmu mengenal (makrifat) tuhan. Kudrat, Iradat, ilmu dan hayat tuhan itu hanyalah dialami oleh mereka yang setelah lemah, fakir, bodoh dan mati. Sebab itulah ada ungkapan yang berbunyi; ” matikan diri kamu sebelum kamu mati ” dan sewajarnyalah syarat menemui tuhan itu pertama perlu mati dan kedua meninggalkan dunia.

    Zikir untuk memperolehi makrifat memerlukan zikir darjat yang mempunyai kafiatnya tersendiri. Dan tidak diperolehi sekadar dengan zikir hasanat seperti yang tuan nyatakan diatas. Jika tuan merasakan tidak perlu menghormati kami pelayar Karimon’s Blog yang hina ketika menulis komentar, sekurangnya tuan perlulah menjaga adab kepada guru ketika berkomentar kerana bermula ilmu itu adalah adab dan tanpa adab bermakna tiada berilmu.

    Terima Kaseh salam hormat.

    Wasalam

  7. Firman Abdul Malik says:

    hemmm makin bagus lagenda ini, hamba menunggu dalam senyum dan tangis

  8. isham says:

    minta maaf.setelah saya baca keterangan ayat di atas yang mengatakan hang tuah masih hidup dan tinggal di alam ghaib sehingga kini adalah tidak benar.Allah ada berfirman dalam al-quran yang berbunyi setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.Sedangkan bintang di langit boleh mati dengan cara letupan supernova.inikan manusia.Rasullullah juga dimatikan oleh Allah dan junjungan kita adalah taraf rasul dan nabi tinggi darjatnya.Siapakah hang tuah tidak dimatikan hanya kerana taraf manusia biasa yang hanya gak sebagai hulubalang melaka.Jadi benar bahawa jika hang tuah wujud sudah pasti ada makamnya tapi kita tak ketahui di manakah makamnya.Mustahil tiada manusia yang mampu hidup selama 500 tahun.sedangkan nabi muhamad wafat pada umur 63 tahun.Hanya nabi isa sahaja tidak dimatikan Allah dan dinaikkan ke atas langit serta tinggal disana sementara menunggu kiamat sampai.Jadi jangan ada sesiapa mengatakan hang tuah masih hidup.jangan putar belitkan fakta yang dah ada.

  9. Anak cucu hang jebat says:

    saya berasal dr tg keling, mmg ini bukan makam hang tuah…mak sy bg tau ni ada la kubur org india

  10. Zam says:

    Saya ingin tahu lbh lanjut tentang asal usul hang tuah ni,

  11. racik terabor says:

    heleh..korg smua srabut2 knp…bia la tuah nk g mna pn..yg pasti,dia tu manusia.ada lg atas muka bumi nie..blh lg makan nasik.ada rumah..sehat lg orgnye.yg korg dok srabut2 wtpe…dia cuma makhluk Allah yg kemas hiasannya.fkir kn hal kita nie,mati nnt cmne..bru tau sikit dah nk kecoh…diam dah la.dah…xyah cite sal dia..lempang dek dia bru tau..tgn besor!

  12. mohd says:

    Assalamualikum…..

    Untuk sekalian yang ada di dalam comment ini…Boleh saya tanyakan soalan dan siapa yang tahu…boleh menjawabnya….. Saya percaya TuaH Itu wujud ..Cuma siapa yang tahu : Adakah Tuah itu beagama Islam seperti yang sekalian tahu? Kedua : Apa benar pusara yang ada dikatakan itu …tidak kira lah di mana negara pun..melaka atau palembang atau mana adlaha tetanamnya Jasad hang tuah?- Terima Kasih

  13. reds says:

    mcm2 la korg ni..tau nk mengomen pndai je..klu pndai sgt,g bt research sndri..bangsa ni smakin angkuh..ksian..jgn rse tnggi sedangkan kte hnya brdiri..

  14. salasilah mior says:

    asalamualaikum wtb…
    sebelum Hang Tuah pergi sempat berkata ”takkan hilang melayu didunia” dan ghaib selamanya bersama mereka yang terpilih.persoalannya adakah Hang Tuah seorang yg tinggi darjatnya seperti wali yg wajar diangkat di sana.di alam ghaib hanyalah wali dan org alim(tinggi ilmunya)….kemudian pendapat simpolan-simpolan menemukan bukti sahih pemakamam Hang Tuah sejauh mana kebenarannya daripada dua pertembungan persepsi ini…terlalu byk persimpangan diantara realiti dan fantasi,yang manakan wajar dituruti sbelum tersesat…

  15. Respon pd 13 okt 2010 hampir sudah menjadi kenyataan pd 1433/2012 pd PRU13 nanti, Selepas bangkok banjir besar dlm sejarah nya tanah melayuIslam giliran selepasnya, siap siaga dan siapkan payun sebelum hujan pesanan kpd yng percaya Nabi Allah Khidir masih hidup juga Nabi Isa di langit setelah hampir 2012 thn di sana… juga “percaya” dighaibkan juga Syeddi Imam Mahdi akan turut bersama Nabi Isa nanti tetapi kita sekelian tiada kesempatan ini hanya terpaksa mengharungi 2012 perang dunia terakhir WW3 nuklear holocausts. Salam dari “Kemega” di Blogspot 313.99.33.13.9. IPPM

  16. datuk hang tuah ado di gunuang ledang basmo tuan putri gunung ledang di istana kayangan di ateh gunung ledang ,kalau ado makrifat tantu nampak

  17. aden alah basuo samo datuak hang tuah di ateh gunuang ledang.

  18. Malay Archipelago.”
    sumber rujukan rasmi kajian DNA itu : https://yentown.us/wp-content/uploads/137/1.pdf
    penerangan lengkap kajian DNA itu : http://humpopgenfudan.cn/p/A/A1.pdf

  19. hamba allah says:

    sy percaya hang tuah hidup di alam ghaib sebab moyang sy pun masih wujud cume hidup di alam ghaib.. dengan izin Allah tiada apa yg mustahil

    • jieha says:

      Assalamualaikum.. boleh saya tahu bagaimana moyang anda boleh hidup di alam ghaib? Maaf bertanya sebab kisah anda menyamai moyang2 saya. Asal dorg manusia tetapi ghaib pada waktu maghrib n skrg berada di alam ghaib n masih hidup di sana.

  20. deleted says:

    ini pendapat saya, hang tuah sudah meninggal dunia dan makamnya ada di pattani,yang datang memberitahu dan mengaku hang tuah tu sebenarnya jin . memang hang tuah bertaraf wali tapi ia sudah meninggal dunia. ini pengkhabaran dari alam ghaib ( tiada fakta @ tak wajib percaya, ini pendapat saja) layari blog mari ke alam jin. itu blog guru saya.

    • RIZAL SALEH says:

      HANG TUAH ITU ADE DIMANE SAJE,DIE CONTOH INSAN YANG BIJAK BESTARI PATUH PADE PERINTAH ALLAH DAN RASUL. TAK HERANLAH SEMUE SUKE DIE,KALAU HANG TUAH TELAH TIADE KENAPE KITE TAK PAKAI SEMANGATNYE.

  21. Assalamualaikum wbkt.Bnyak pro dn kontra brkenaan Laksamana Hang Tuah.Saya bnyk mnziarahi Makam2 lama,surau2,msjid2 lama diserata tempat.Bnyk pngalaman yg saya tempuh,bleh saya brhubung dgn pehak Tuan terus,ini no tel saya,018 9668 972.Dpt kiranya pehak Tuan mnghubungi saya.Terimakaseh.Ini utk menambahkan pengetahuan serta mnyedarkan saudara2 saya yg menafikan kewujudan Laksamana Hang Tuah.Terimakaseh.

  22. Fasya Asyiekin says:

    tak kan MELAYU hilang di dunia..

  23. Faizal says:

    Assalamualaikum

    Kita harus percaya wujudnya Hang Tuah, saya sanggat suka cerita sejarah pahlawan melayu walaupun bermacam macam versi yang saya baca. Tuhan memberikan kita akal fikiran untuk menilai kebenarannya

  24. Faizal says:

    Yang penting kehormatan melayu tidak tercemar, harus dipelihara sampai bila2

  25. Faizal says:

    Macam mane kisah hidup sahabat Hang Tuah yang lain……boleh cite kan sikit

  26. Salam

    Hamba lihat orang melayu ini berfikiran singkat dan tidak mahu berfikir. Orang melayu ini begitu lemah dalam soal pegangan tauhid mereka. Mereka lebih percaya apa yang orang cakap dari apa yang Allah kata. Dalam soal Tuah ini dalam bahasa melayu apabila dikatakan ghaib bukan bererti ia tiba-tiba hilang seperti cerita televisen. Ia membawa maksud sesorang itu pergi ke lain tempat tanpa dapt diketahui atau dilihat oleh orang lain contohnya dia berjalan atau berpindah pada malam hari. Apabila hari siang orang ramai mencarinya tidak berjumpa lalu dikata ghaib atau hilang. Perkataan ghaib/hilang itu diguna pakai pada zaman itu.
    Makam.
    1] Makam di Tanjung Kling Melaka itu keujudannya lebih berada di dalam zaman Belanda sementara makam lama orang melayu boleh dilihat di kampung Duyong Malaka yang telah ujud lebih awal.
    2] Makam orang melayu tidak ada binaan sekalipun dia seorang pemimpin berpengaruh di zaman itu.
    3] Terdapat binaan makam yang hampir serupa dengan Makam di Tanjung Keling itu yang ujud di zaman Belanda dan terletak di bandar Melaka dan makam itu bukan penduduk asal melayu Melaka.
    4] Jika benar mereka orang berpengaruh kenapa makam Lekir, Lekiu, Kasturi, Tun Perak, Tun Teja, Tun Kola biasa aje kenapa pula makam ‘Tuah’ di Tanjung Kling itu begitu hebat.

    Sekadar merenung masa silam..

  27. ramli said says:

    kalau saya katakan bahawa bapa hg tuah Hg.Mahmud sebenarnya dibesarkan di durian tunggal melakasasilah bapanya masih ada dalam buku keluarga yg bernama cikgu sharif diduriAN TUNGGL RAMLI
    RAMLI.SATETAPI INGATANNYA AGAK LEMAH KERANA FAKTOR USIANYA

  28. Nur Aliff Bin Othman says:

    Hang TUah Ghaib….mane ad kubur nye hahahaha…blh jln lh der!!! aku pn blh ckp keris taming sari ad kt umah aku hahahahah….ap2 pn Allahualam…..GhaibGhaibGhaib,…..tiada sape2 pn yg tahu kecuali Allah S.W.T

  29. Anak Melayu says:

    maaf… tuh foto bukan di palembangkan?

  30. InsyaAllah Allahlah Amat mengetahui segala-galanya. RahsiaNYA tidak mudah diperolehi kecuali kekasihNYA yang terpilih.Segala peristiwa dan Kisah silam dalam banyak catatan dan bahan tulisan mahupun kesan sejarah memang sering dipertikaikan masyarakat. Ianya dipersulitkan lagi dengan penciptaan teori kafir seperti Lagenda, Epik, metos dan lain-lain yang diterima bulat oleh pengikutnya.Banyak kisah benar dengan buktinya masih kuat menjadi kenangan. Sebenarnya penjajah kafir mahu melenyapkan dan menghapus keagongan dan kekuatan bangsa negeri yang dijajahnya agar rakyat asal tidak mengenali asal usul dan kemuliaan mereka. Bahkan ada dikatakan bahawa kapal yang membawa manuskrip Melayu tradisional terbakar dan tenggelam di lautan. Anehnya kini kita masih memiliki beribu naskah asal buku dan manuskrip Melayu di luar negara seperti Belanda,dan Britain. Marilah kita jejaki kembali Asal usul dan kebenaran HANG TUAH dan Tokoh-tokoh yang lain di negara ini. InsyaAllah bulan April 2013 saya akan jejaki HANG TUAH di Palembang. Dimanakah tempat terakhir dikatakan HANG TUAH gaib di Palembang.

  31. HAMBA ALLAH says:

    PENGETAHUAN KITA DLM HAL GHAIB HANYA SEDIKIT SAHAJA.OLEH ITU SERAHKAN PADA YANG MAHA ESA.ALAM GHAIB TU LUAS HINGGA TAK TERJANGKAU.KEMATIAN ITU HANYA PENYEBAB UNTUK KITA PINDAH DRP ALAM NYATA KE ALAM GHAIB.HANYA JASAB AJE YANG KITA KEBUMIKAN SEMENTARA ROH TERPULANG PADA ALLAH DI MANA HENDAK DI TEMPATKAN.OLEH ITU KITA GUNAKAN AKAL UNTUK MERENUNG SEJENAK SERTA BERFIKIR TENTANG PERJALANAN NABI SEMASA ISRAQ DAN MIRAQ APA YANG DI LIHATNYA DAN DI CERITAKAN KEPADA UMATNYA SELEPAS ITU.GUNAKAN AKAL, TAPI KAMU MESTI INGAT YANG AKAL SELALUNYA DI KUASAI OLEH NAFSU DAN NAFSU PULAK SELALU DI KUASAI OLEH SYAITAN OLEH ITU KITA GUNALAH KATA NALURI HATI YANG AKAN MENGUASAI AKAL SEMULA UTK KITA MEMBUAT PERTIMBANGAN YANG WAJAR UNTUK SATU SATU KEPUTUSAN.PERLU DI INGATKAN BUKAN SEMUA PARA ULAMA YANG ARIF TENTANG ALAM GHAIB.OLEH ITU PARA WALI, SESEPUH DAN LELUHUR ADA TEMPATNYA DI SISI ALLAH DAN DI TUGASKAN SEHINGGA SEKARANG UNTUK MEMBAWA MANUSIA KEJALAN YANG DI REDA OLEH ALLAH.RENUNG RENUNGKANLAH…SAHABAT.DLM KEHIDUPAN MANUSIA YANG UTAMA APA YANG DI CAKAPKAN ITU HENDAKLAH BENAR,APA YANG DI JANJIKAN DI KOTAKAN (INSYAALLAH) DAN APA YANG DI AMANAHKAN JANGAN DI KIANATI.TONGAK KEJAYAAN KEHIDUPAN MANUSIA IALAH IHKLAS DALAM KEHIDUPAN INI INSYALLAH KITA AKAN MENDAPAT GANJARAN DRP ALLAH.AMIN…

  32. XNaMa says:

    Salamx… sy percaya ada alam ghaib… Tok Hang Tuah masih berkhidmat di alam ghaib bersama2 Sunan dan juga ramai lagi.. namun sy x pernah berani lagi meminta untuk berinteraksi dgn beliau.. Beliau menjaga hutan di alam ghaib dan skang dibantu oleh Tok Buaian Berantai pula… mereka tidak berminat ngan hal2 duniawi rasanya..

  33. Naim pahang says:

    mana satu mau pakai pakai dua sekali baru best melayu bodoh termasuk aku..

  34. RIZAL SALEH says:

    HANG TUAH ITU,GELAR ORANG YANG BERTUAH DIMANE DIE BERADE.

  35. mat semak says:

    hihihi…klaka lah…hang tuah punye pasal…pon kite nk bertekak..nk thu sngat cite sbenar tungu kite mati nnt…kot kot jumpe di sane,,untung lh..

  36. Adnan says:

    HANG TUAH di Melaka…Baginda juga dikenali sebagai Tun Saaban Di Perak..Dikenali juga sebagai NARAI di Ayutaya..akhirnya menjadi Pemerintah ataau Sultan di Acheh sebagai Mahkota Alam..Dan Baginda mangkat disana..

  37. ;) says:

    permulaannya saya pun susah nak percaya tentang hang tuah masih hidup tetapi di alam ghaib , tapi allah itu maha besar , kalau diizinkan allah maka hiduplah tuah selama mana yg ia mahu , dgn izinnya ,

  38. ;) says:

    saya percaya yg tuah itu masih hidup , sama seperti kita , makan minum , tetapi di alam ghaib , sama sahaja ,cuma kalau ajalnya sampai dia tetap mati juga walau dialam ghaib sana

  39. Mohd Yassin Mohamed eusoff says:

    Usahlah bergaduh perkara yg mudah..terbaik jaga hati dgn Allah yakni hati yg sentiasa berzikir akan terbukalah hijab yg tersembunyi

  40. Atok says:

    Melayu yang buta akan menafikan kewujudan seseorg yg kurang ssuatu fakta..Aku cuma mampu cakap, kalau tuah tak wujud, kenapa portugis sangat gerun dan menamakan Hang Tuah dari bangsa melayu dan pahlawan melaka dalam sejarah negara mereka?dan menyerang selepas hang tuah takda dalam bumi melaka..kalau propaganda mcm yahudi kenapa drg nyatakan kebanggaan pada kepahlawanan bangsa melayu menentang mereka terutama hang tuah..kalau utk mengkhayalkan melayu yg suka angan2, dorg agak bodoh sebab terlalu banggakan keperkasaan melayu..kafir lebih senang menonjolkan keperkasaan bangsa dorg sendiri..tahun 1990 di bandar hilir melaka,aku pernah diubati secara batin oleh pengubat wanita dan pengubat katakan aku telah di ‘dekati’ datuk laksamana dan dia berasimilasi(macam dirasuk) secara batin masa umur 6 tahun. Suara dia dari wanita jadi sgt garau lelaki. Kain ubat aku masih simpan smpai skrg dah masuk 25 tahun.. Aku yakin hang tuah wujud tp hidup mati itu urusan Allah SWT..

  41. hafiz says:

    Cuma Allah yg tahu semua ini

  42. siti says:

    Susah lah kalau diceritakan pasal hang tuah”’…kerna di sumtim palembang, atau kerajaan melayu sriwijaya…menyebutkan pusara hang tuah berada dipalembang,,,dan sedangkan saya berasal dari kerajaan melayu deli medan,,mempertnykan dmanakah pusara beliau sekarang…
    Duduk sama rendah berdiri sama tinggi..begitulah keinginan kerajaan deli medan”

  43. Assalamualaikum… maaf kalau saya silap. cuma nak bagi pandangan dan ingin bermuzakarah. Hang Tuah lima bersaudara jebat,lekir,kasturi dan lekiu. Tanggapan saya mereka semua nie golongan yang tinggi ilmunya mungkin golongan mursyid. Sukar utk di sahihkan dmana letaknya makam2 beliau. Mungkin ada sebabnya hanya tuhan yang maha mengetahui. Mungkin utk mengelakkan ketaksuban org pada makam beliau. Tapi percayalah Golongan mursyid dan para wali ini tidak mati tapi mereka cuma berpindah alam yang lain. Ini kerana kita biasa dgr perkataan ” Daripada aku kamu datang dan Kepada aku jua kamu dikembalikan” ini firman allah kepada mereka yang di kehendaki maksudnya kita rapat dgn pencipta kita. allahuakbar… Jadi yang Hak akan pulang ke asal ” Ibarat Sirih Pulang Ke Ganggang” cukup halus ayat melayu ini. Tuah x mati selagi x di kapankan. Ia akan jadi jika allah itu bekehendak. Kita bukan di cipta dari tanah dunia ini mana mungkin kita pulang kesini. kalau dari sana, kesana la kita pergi. Ini selalunya org yang kenal diri dan tahu cerita yg tersirat akan ghaib. Ibarat rahsia dlm rahsia, serta berselindung dalam terang.Jadi kita hadiahkanlah al fatihah utk mereka ini semua moga semangat juang anak2 melayu x luput di telan zaman. Al Fatihah

  44. al-haq says:

    ape mengarut nyer….jngn islam hanya atas name…klau siape yg knali islam knali diri dekati allah dngn lebih mndalam psti thu…memang hangtuah mmng ghaib…makam hnya atas nme tpi ddlm nyer xde…hangtuah mmng ghaib…krane hangtuah adalah salah satu dripada wali2 allah…spe yg islam hnya atas nme jngn nk mrh2 k…aq x leh cite pnjang2

  45. longgidin says:

    tiap yang bernyawa itu pasti akan mati.hanya allah yang kekal

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s