Sebutan Hang pada nama Hang Tuah



Tok Syeikh berkata
3 Jun 2010 pada 11.55p06

Asalam mualaikum semua !!!

Perkataan “HANG” ialah satu Pangkat yang di beri olih Sultan,juga Tun.Bukan macam sekarang Tun diberkan kepada siapa sahaja !!.Tun dulu di berikan kepada hanya Bendahara dan keturunan nya.Hang juga begitu.Hang dari perkataan Palembang Lama iaitu “ANGKO”.Jika kita bercakap dengan seorang yang di hormati contoh nya,kita tidak panggil nama nya,lalu kita katakan…”ANGKO…mahu kemana ???.ANGKO ini di bawa ke Melaka dan bercampur longhat Melayu Riau menjadi ANG,dan akhir nya menjadi HANG.Pangkat ini di kurnia Sultan pada yang di bawah taraf BENDAHARA, seperti Panglima,Temenggung,Bentara,Syahbandar atau orang istana.Hang bagi panggilan untuk lelaki “DANG”,panggilan untuk perempuan.Cuba lihat tiada LELAKI yang di panggil “DANG”,dan tiada perempuan yang di panggil dengan “HANG”.
Kot yang PONDAN aku apa nak pnggil…HANDANG…IAITU LONGHAT MELAKA..jamur..pembakar api/jamung…kah..kahh..kah..

Kalau Tun memang di warisi olih anak cucu nya, HANG juga sama tapi yang wanita nya DANG.Seperti juga orang JAWA, mereka memanggil kita ADEN atau AKI…iaitu “Tuan”.Aden dari perkataan Raden,Ki dari perkataan Aki…ini orang Pahang ambil…bila panggil datuk…AKI…Bangsa Melayu(Nusantara) sangat HALUS BUDI PERKERTI NYA) tidak sama dengan bangsa lain.Bila bercakap dengan orang yang tak di kenali,mereka akan membahasakan diri orang itu “Tuan”.Tuan..Melayu

Riau,Aki..Jawa,Tengku…Acheh,Angko..Jambi,Palembang dan Pagar Ruyung.Orang Betawi..Abang….bang Karimon,bang Li,..atau sebagai nya….Jadi sangat lah silap jika kita kata perkataan ‘HANG’ iTU DARI CINA….Hanya yang buta Budaya Melayu sahaja yang bicara begitu.Salah satu tugas PENJAJAH,menghapuskan NILAI BANGSA INI.Kalau saya tanya anda semua dimanakah tempat yang benama “UPIH”..anda tidak akan tau…kerana Portugis telah menukar UPIH,menjadi TENGKIRA…UPIH ialah satu tempat yang banyak sekali mengeluarkan Ulama secara tidak formal di Melaka…sampai sekarang ada Masjid nya…Masjid Tengkira..salah satu masjid terkenal di bandar Melaka.

Jika kita lihat sejarah,Melaka menerima islam pada tahun 1412 m,Raja nya Parameswara dan bergelar Sultan Iskandar Syah…..tetapi masjid paling tua adalah Masjid Kampong Hulu,di bina pada tahun 1787 m,selama 300 tahun lebih,ORANG MELAKA TAK SEMBAYANG,KERANA TIADA MASJID ????.Kemana kah pergi nya masjid masjid yang di bina olih Sultan dahulu…..JAWAPAN NYA….DI KOTA A FORMOSA !!!.Pernah saya katakan dalam masyuarat Persatuan Sejarah,A FORMOSA ialah Kota Air Mata…itu adalah LAMBANG PENJAJAH PORTUGIS…Dan kerana ALLAH SWT…DIMASA AKU BERUMUR 17 TAHUN..AKU PERNAH KENCING KAN KAT DALAM KOTA ITU !!!.Sememang nya saya CUKUP BENCI DENGAN KOTA ITU !!!.Kota ini di bina dengan meruntuh kan MASJID,PUSARA SULTAN DAN MAKAM PEMBESAR,atau apa sahaja yang di fikir kan berguna untuk menaikan SEMANGAT JATI DIRI BANGSA MELAYU !!!.

karimon berkata

Ini ada lagi artikel yang menyokong komen TS mengenai pengunaan perkataan Hang dari pandangan seorang Cina

Hang Tuah: Satu Interpretasi Bukan Melayu

Kenny Chee

Pertama, terima kasih kepada Sdr Shahabudeen kerana menulis pandangannya Hang Tuah Berbangsa Cina.

Memang banyak diperkatakan tentang Hang Tuah berketurunan Cina, terutama setelah Wawasan 2020 diumumkan oleh seorang perdana menteri yang mengubah paradigmanya, dari pendukung ketuanan Melayu kepada pendukung meritokrasi, serta pendukung teori bahawa orang Melayu, berasal dari imigran Indonesia.

Walaupun Hang adalah satu nama keluarga Cina, Hang juga adalah satu gelaran kepada orang Melayu zaman dahulu, seperti Tuan, Wak dan Wan. Dalam loghat orang Melayu Kedah, Hang adalah satu panggilan yang sudah lama dipakai, dan perdana menteri kita juga menggunakannya bila berinteraksi dengan rakyat Kedah yang sering bergaul dengannya.

Dalam sejarah orang Melayu, Hang Tuah adalah anak kepada Hang Mahmud dan Dang Merduwati dari komuniti Orang Laut Bintan, satu daripada suku kaum Orang Melayu Asli, nenek-moyang kepada orang Melayu Deutero (Melayu “Melayu”) seperti Sdr. Mahathir, Sdr. Anwar Ibrahim dan Sdr. Abdullah Ahmad Badawi yang kita hormati.

Ayah Hang Tuah adalah batin kepada Orang Laut Bintan, dan seorang panglima perang Sultan Iskandar Shah, sultan Melaka yang pertama (baginda yang bergelar Parameswara atau Permaisura sebelum beragama Islam). Hang Mahmud terlibat dalam pembukaan negeri Melaka oleh Sultan Iskandar, yang sebelum itu bersemayam di Kelang, Palembang, Singapura dan Muar, sebagai maharaja empayar Sri Vijaya atau Selangor Tua.

Empayar Sri Vijaya adalah negara yang merentasi Selat Melayu atau sekarang dipanggil Selat Melaka. Ia didirikan oleh Orang Laut Kelang seawal abad ke-2, dan berpusat di beberapa ibu negara, seperti Kelang, Kuala Selangor, Siak Sri Indrapura, Jambi, dan Palembang. Negara ini juga dipanggil Selang Ur (Selangor) iaitu negeri Orang Selang (atau Orang Selat). Orang Selat adalah orang yang memanggil dirinya sebagai Orang Melayu sempena bukit tempat istana raja mereka didirikan.

Hang Mahmud, selain berdarah Orang Laut Bintan, juga berdarah Orang Laut Sulawesi, iaitu Orang Bugis. Keluarga diraja Bugis selalu berdagang dengan keluarga diraja Melayu Sri Vijaya, dan putera raja Bugis berkahwin ke dalam keluarga batin Orang Laut Bintan, yang memimpin angkatan laut Sri Vijaya dan Melaka. Jadi, Hang Tuah melalui bapanya berdarah raja Bugis. Begitu juga sahabat karibnya Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Mereka adalah anak-anak saudara Hang Mahmud.

Orang Bugis adalah golongan Melayu Asli Borneo (nama betul pulau itu adalah Brunei sempena suku kaum Brunei yang paling berkuasa dan mendirikan negara mereka sendiri). Mereka dan juga orang Melayu Asli lain yang menghuni seluruh kepulauan Melayu asalnya tinggal di pulau Brunei. Orang Melayu Asli pulau Brunei pula, berhijrah dari tanah besar Asia Tenggara, tempat asal bangsa Melayu.

Mengenai Hang Li Po, puteri dinasti Ming di China itu adalah Li Po sahaja dan panggilan Hang diberi kepadanya oleh Sultan Mansur Shah, yang mengahwininya. Hang adalah panggilan rakyat jelata yang berkhidmat untuk Sultan Melaka menerusi sistem kerah. Ini melibatkan ketua-ketua orang Asli (Melayu Proto) dan orang bukan Melayu, termasuk yang menjadi isteri muda raja-raja Melayu. Anak Sultan Mansur dengan Li Po bergelar Paduka Tun Mamat kerana dilantik sebagai pembesar yang menjaga daerah Kelang (sekarang Selangor moden), satu daripada ibu negeri kedua Melaka, selain daerah Johor.

Hang Tuah bukan pengikut Hang Li Po kerana Hang Tuah adalah menteri pertahanan atau Laksamana Melaka semasa Sultan Mansur Shah melawat negara China untuk meminang puteri Li Po. Hang Tuah mengiringi Sultan Mansur Shah ketika melawat negara China kerana dia adalah Laksamana Melaka, yang anggota tenteranya adalah Orang Laut Bintan

Mengenai Hang Jebat, dia tidak menderhaka kepada raja dalam erti kata yang sebenar. Hang Jebat memberontak kerana Sultan Mansur Shah menghukum bunuh Hang Tuah, yang difitnah oleh ejen Siam, musuh tradisi Melayu Melaka. Bapa saudara Sultan Mansur, Bendahara (Ketua Menteri) Tun Perak, yang menjadi orang kuat Melaka yang sebenar, tahu bahawa Hang Tuah tidak berzina dengan isteri raja. Dia menyembunyikan Hang Tuah di Kelang. Tun Perak telah menasihati Sultan Mansur Shah berangkat bersama keluarganya dan pembesar lain ke Kelang semasa Hang Jebat menguasai Melaka. Di sana, Tun Perak telah membawa Hang Tuah mengadap sultan, dan sultan telah mengampunkan Hang Tuah.

Pengunduran sultan Melaka ke ibu negeri keduanya, Kelang, adalah satu taktik strategik yang dirancang oleh Tun Perak yang bijak. Tun Perak adalah pakar perang secara pengunduran strategik, satu taktik yang berjaya menangkis serangan Siam ke atas Melaka dan Johor. Dari Kelang, Tun Perak, Hang Tuah dan Sultan Mansur telah mengumpulkan tentera-tentera dari negeri-negeri naungan Melaka seperti Kedah, Kelantan, Siak, Minangkabau dan Mandahiling. Tentera ini telah mengalahkan Hang Jebat yang mentadbir Melaka sebagai “wakil raja”. Hang Jebat telah ditangkap oleh Sultan Melaka dan dihukum bunuh. Tetapi Sultan Melaka telah membenarkan Hang Jebat, yang pernah berjasa kepadanya, memilih cara hukuman.

Hang Jebat telah meminta supaya orang yang paling kuat dan berani di empayar Melaka bertikam keris dengannya. Akibatnya, Hang Tuah, yang disangka mati, telah dihantar oleh sultan untuk bertarung dengan Hang Jebat.

Kita tidak akan tahu sama ada Hang Tuah benar-benar membunuh Hang Jebat. Atau adakah Hang Tuah membunuh seorang penjahat dan mengatakan kepada Sultan dan Bendahara bahawa Jebat telah mati. Disebabkan Hang Tuah adalah sahabat baik Tun Perak, dan Tun Perak adalah orang yang paling kuat di Melaka, Hang Tuah mungkin telah melepaskan Hang Jebat dan membunuh seorang penjahat.

Sejarah Melayu yang ditulis oleh cicit Tun Perak, Tun Seri Lanang, sebenarnya banyak memburukkan imej raja dan pembesar Melaka yang awal, seperti Sultan Mansur, Hang Tuah dan Tun Perak. Tun Seri Lanang berkhidmat sebagai bendahara semasa Empayar Melaka berpindah pusatnya ke Johor, dalam abad ke-16. Empayar itu, yang digelar Empayar Johor-Riau-Selangor-Pahang, sempena empat ibu negaranya, banyak dipimpin oleh raja yang lemah, dan pembesar yang rasuah dan zalim.

Daripada Komentar di Karimon’s Blog.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

20 Responses to Sebutan Hang pada nama Hang Tuah

  1. nag4 says:

    dimana sahihnya cerita ini…..siapakah yang dapat mengesahkan kebenaran cerita ini dan menerbitkan kisah yang sebenar nya mengenai sejarah melayu dan hang tuah serta kesultanan melayu melaka……..

  2. pakcikli00 says:

    Asalamualaikum

    Saudara kena banyak lagi belajar mengenai, cerita, hikayat dan sejarah untuk memperolehi kesahihan sesuatu cerita. Saudara pernah sekolah atau tidak ?.

  3. Sang Nusan says:

    http://riwayatmelayu.blogspot.com/2010/08/kajian-kesshahabudeen-jalil-dan-hang.html

    Beberapa hujah untuk menangkis dakwaan kononnya Hang Tuah = Hang Too Ah, ata sebenarnya seorang yang berbangsa Cina.

  4. kidir says:

    kepada saudara…
    satu saja saya mau tanya..kenapa british hanya merampas kitab sejarah undang-undang negara kedah sedangkan yang lain mereka biarkan.dan mereka pulang kan semula kepada malaysia dan di serah kan kepada kerajaan negeri kedah pada sekitar tahun 2000.mengapa??sebab fakta tentang sejarah melaka yang ada sekarang amat bercanggah dan menafi kan kerajaan-kerajaan awal yg lain seperti kedah tua dan terennganu.dan apa yang ada dalam sejarah melaka yg kita pelajari amat mengelirukan dan lebih teruk lagi tiada bukti yg jelas terutama nya monumen.yg ada cuma replika.tetapi dalam kitab undang-undang kedah semua nya ada bukti siap dengan monumen sekali.Negara kedah yg islam wujud sekitar tahun 1136m.manakala kedah bukan islam wujud sekitar 630m..so anda kena jelas..byk yg tak kena tentang sejarah melaka.tau sapa hang tuah?dalam sejarah kedah dia tak di panggil tuah tapi narai..bukti nya??ada bukti istana tempat kediaman nya.dah usang dan reput2 dah di tgh hutan..kalo anda nak tau lebih lanjut bukak je sejarah negara kedah nye blog.

  5. pakcikli00 says:

    Asalamualaikum

    Saudara Kidir,

    Sebenarnya buat masa ini saya sekadar cuba mengumpul dan menyusun mengenai cerita sejarah Negara kita.Terlalu banyak fakta dan cerita yang perlu kita kumpul dan ketahui sebelum membuat kesimpulah. Saya sangat berharap saudara turut berserta berusaha kearah cita cita tersebut.

    Terima kaseh.

  6. adi says:

    bukan orang Melaka tak sembahyang. Orang Islam di waktu itu bersembahyang ditempat yang sepatutnya ia sujud seperti yang dituntut Allah. bukan dalam bangunan yang kemudiannya dikatakan masjid. Mesjid yang sebenarnya bukanlah bangunan yang dibuat dari batu ataupun kayu.

  7. hang buah says:

    terlalu banyak percanggahan fakta dalam catatan bertulis
    pelbagai variasi dalam cerita rakyat
    jadi apa macam??????????

  8. pakcikli00 says:

    MLM Memang Lain Macam

  9. razax says:

    Hang Tuah dan sahabatnya adalah melayu. Hang Tuah adalah gelaran bukan nama sebenar. Pepatah melayu raja adil raja dijunjung, raja zalim raja disanggah. Melayu itu penuh dengan misteri. Dunia melayu penuh dengan cerita-cerita pendekar. Siapa hero Negara china?
    Sebenarnya sejarah ada yang hilang. Kita hanya tahu pertengahan sejarah. Orang melayu pernah menganut agama hindu dan budha. Jatuh bangunnya Empayar kerajaan melayu juga hebat. Kenapa puteri han Li Po (bukan Hang Li Po) dikahwinkan dengan Melayu kalau bukan kerana kehebatan melayu.
    Dakwaan Hang Tuah itu orang cina adalah dakwaan orang otak sempit. Cakap ikut sedap mulut je. Kalau ikut teori sedap mulut ni aku ada satu cerita;

    Kes Pesawat melanggar twin tower New York.

    Perampas 1; Aku rasa macam kenalah ko ni.
    Perampas 2; Yalah ko dari mana?

    Perampas 1;Aku dari Negeri Sembilan.
    Perampas 2; Ooo Sama La Den.

    Tak pasal2 Osama Laden kena buru. Kesian.
    Heeeeheeeheee.

    Memang ramai yg dengki dengan Melayu kerana kehebatan Melayu itu sendiri. Gerombolan Si banjingan keparat dari anak-anak cucu dari keturunan sial pasti akan berusaha tanpa putus asa untuk menjatuhkan martabat Melayu.
    Nama-nama yang mengandungi pengaruh Melayu juga cuba dipadamkan satu persatu.

    ini satu lagi teori ikut sedap mulut. Samurai itu adalah Si Murai.

    Kajian teori aku yang tak siap.
    Kepada orang Melayu, Indon, Cina dan India. Kita perlu bersatu.

    Kenapa kuasa barat sibuk menjajah India, Nusantara dan China?
    Ini kerana mereka sudah mengetahui dari kitab-kitab kuno bahawa bangsa2 ini adalah sangat hebat. Jika tidak ditundukkan pasti barat akan mundur selama2nya.
    sekarang pun kita boleh lihat kebangkitan negara2 ini. Walaupun pernah dijajah namun kita mampu bangkit kembali. Hebatkan.

    • don says:

      hahahaha…ada relevan nya 2…masyarakat liberal skrg byk dh di adun minda nya…shingga tok nenek pun nak di sanggah…ambil pepatah lama harimau mati tinggal belang,manusia mati tinggal nama..Andai kata Tok Tuah tak wujud atau khayalan semata2..masakan sanggup orang menulis ttng dia…..untuk apa ditulis kalau tiada budi dan tinggi pekertinya…😉

  10. dildaar80 says:

    Kajian teori aku yang tak siap.
    Kepada orang Melayu, Indon, Cina dan India. Kita perlu bersatu.

    Saya orang Indonesia bukan Indon. Sy sedia bersatu dan bekerjasama dalam kebaikan.

  11. khalinizwan says:

    ada versi lain mengenai sebutan hang berlima ini………sebelum hang berlima ini datang ke melaka,mrk berkhidmat dgn sulltan kedah untuk membenteras lanun di sg kedah…nama hang tuah dikhabarkan sbg raden……dari jawa……ketika hang berlima ini datang mengadap sultan kedah,sultan kedah tlh bertitah kpd mrk…..”HANG ini membawa TUAH kepada negara kedah”-hang tuah……….”HANG ini SEBAT habis semua lanun2 itu ye”-hang jebat…………”HANG ini seharum KASTURI di negara keddah”-hang kasturi……….”HANG tewaskan lanun di hilir sungai kedah ya”-hang lekir………”HANG tewaskan lanun di hulu sungai kedah ye”-hang lekiu……lama kelamaan sebutan dan gelaran tersebut sebati kpd mrk hingga skrg…….rujukan majalah pendekar beberapa tahun lepas

  12. Adam says:

    Bismillahirahmanirahim…

    Assalamulaikum,

    Apa yang Tok Sheikh katakan adalah benar. Jangan diragukan lagi. Saya adalah generasi ke 14 dari Dato Laksamana Hang Tuah. Telah lama saya memerhatikan fitnah yang dilemparkan itu. Cubalah anda fikir, apakah jika anda berbangsa Cina mahukah anda menegakkan kata yang “Tak akan Melayu hilang di Dunia” ? Ingatlah Nabi pernah bersabda akan tiba kepada kamu Zaman Fitnah yang menggigit, inilah zamannya. Tak perlu gusar akan fitnah itu, kerana yang batil pasti gugur dan yang benar pasti timbul. Tak lama lagi kebenaran akan muncul, sama-sama kita tunggu dan lihat apakah kebenarannya, Insya Allah…

  13. mas'ud says:

    hang tuah berasal dari kedah.. bertitah sultan kedah kepada tuah dan saudara-saudaranya, “hang tuah, hang jebat (engkau tuah, engkau jebat), pergi ke melaka, “.. sumber lisani..

  14. deleted says:

    kalau hang dan dang suatu pangkat kenapa li po dipang hang li po sepatutnya dang lipo. tiada pangkat hang @ dang dlm sejarah melayu. tun perak yg tidak kurang hebatnya kenapa disebut tun perak kenapa tak disebut hang perak. hang bagi orang kedah bermaksud engkau( agak kasar bunyinya). untuk elak pening kepala ….lantak hang la nak kata pa pun.

    • Salam. Ni pak Cik Shed nak bagi komen sikit. Buat pening kepala saja dok pikiaq status laksemana Hang Tuah 5bersaudara. Melayu ka ? China ka ? Satu lagi sebutan Hang 2 sendiri buat lagi orang sakit kepala . Laksemana Hang Tuah itu sendiri pulak Laksemana merupakan Pangkat yang diberi Sultan kepada pahlawan yang berjasa kepada Negeri dan Sultan. Hang pulak adalah Gelaran yang diberi oleh pemerintah.Tuah itu sendiri sebenarnya adalah nama samaran bukan nama betol. dari dari kecil sudah nampak tuahnya.
      Sebutan Hang dalam loghat Utara khasnya Loghat Kedah adalah sebagai ganti nama bagi sipulan sipulan atau peganti diri seseorang.

  15. huhu says:

    setuju dgn ‘deleted’…gelaran ‘Hang’ dikhususkan untuk lelaki atau perempuan? kalau ikut loghat kedah…hang tu digunakan untuk lelaki dan perempuan. Jika ianya gelaran yang diberi oleh sultan, Kenapa tiada perempuan melayu dapat gelaran ‘Hang’? Gelaran ‘Dang’ semestinya untuk perempuan..tak pernah dengar lelaki dapat gelaran ni.. gelaran ‘Tun’ mengikut dalam sejarah melayu adalah untuk lelaki dan perempuan..kenapa Li Po tidak diberi gelaran Dato’, Tun dan Dang?.. Dalam nama keturunan cina, kepala keluarga yang nama ‘Han’ dan Hwang..memang wujud

  16. Salam. Tak kan Melayu Hilang Didunia. Melayu tetap Melayu. Laksemna Hang Tuah 5 bersaudara ka atau kita sendiri adalah bangsa Melayu. Anak Melayu . Dari 1 rumpun bangsa iaitu bangsa Melayu se pelusuk Nusan tara. jangan dok pertikaikan .Melayu di Semenenjung Thailand tetap bangsa Melayu. Melayu Aceh atau Bugis masih bangsa Melayu. Beza cuma bahasa dan loghat nya saja yang brbeda.

  17. bulbasaur says:

    mungkin gelar hang tu adalah gelaran yang dapat secara langsung daripada sultan. macam zaman sekarang gelaran datuk dianugerahkan kepada lelaki dan perempuan, manakala isteri kepada seorang datuk digelar datin. tentang kenapa tun perak tak digelar hang perak kerana gelaran tun ada gelaran tertinggi, tun perak sebagai seorang bendahara tentunya dapat gelaran tun. kalau baca hikayat hang tuah, hang tuah tu sebenarnya gelaran sebelum dia jadi laksamana, lepas jadi laksamana, dia dipanggil tun tuah. ini membuktikan bahawa hang tu bukan nama, tapi gelaran.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s