Raja Melaka Berangkat ke Majapahit – Kajian Hikayat Hang Tuah Bab 6


BAB 6 : Raja Melaka Berangkat ke Majapahit

KAJIAN: AMAL NADHJRAH RUSLI (U6-1)

A) SINOPSIS

Rombongan meminang yang diutus Raja Melaka sedang dalam perjalanan untuk pulang ke Melaka. Mereka singgah ke Tuban, Jayakarta dan Palembang. Setelah sampai ke Melaka, surat pinangan dari Melaka diarak dari Kuala pelabuhan Melaka sehingga sampai ke istana. Setelah mengetahui pinangnya diterima, baginda telah menitahkan kepada bendahara dan pembesar yang lain untuk membina kapal yang diberi nama Kumbang Nuri. Raja Melaka pun berangkat ke Majapahit dengan diiringi Hang Tuah dan sahabatya serta Patih Kerma Wijaya yang bertanggungjawab atas keselamatan baginda. Apabila sampai di Majapahit, mereka disambut sengan Mariah oleh Raja dan pembesar negeri Majapahit. Hang Tuah begitu teliti mengawasi Raja Melaka sehingga dikagumi oleh Patih Gajah Mada dan Betara Majapahit. Patih Gajah Mada telah merancang ingin membunuh Hang Tuah dalam majlis tari menari. Percubaan ingin membunuh Hang Tuah gagal ketika meminum arak di hidangkan di Istana Betara Majapahit yang mana seorang upahan Path Gajah Mada cuba membuunuhnya dan kejadian itu telah disedari oleh Hang Tuah.

B) PERISTIWA PENTING

1. Rombongan meminang Raja Melaka singgah di Tuban, Jayakarta dan Palembang ketika dalam perjalanan pulang dari Majaphit.

2. Perarakan surat Betra Majapahit dari Kuala Pelabuhan Melka sehingga ke Istana Raja.

3. Membina kpal yang dinamakan Kumbang Nuri.

4. Hnag Tuah dari Patih Kerma Wijya serta sahabat-sahabatnya mengiringi baginda ke Majapahit dan mereka disambut dengan meriah oleh Raja dan Pembesar Majapahit setibanya mereka disana.

5. Patih Gajah Mada mernacang ingin membunuh Hang Tuah sekalogus menguji kehebatan pahlawan tersebut di majlis tari menari dan mengupah parajurit menikam Hang Tuah.

6. Percubaan membunuh Hang Tuah ketika hidangan arak disajikan gagal kerana dia menyedari akan tipu muslihat Patih Gajah Mada dan mereka terpaksa akur dengan kehebatan Hang Tuah.

C) WATAK DAN PERWATAKAN

i. HANG TUAH

Merupakan orang kepercayaan Duli Syah Alam dan ditulis untuk meminag Puteri Majapahit. Patih diuji kehebatannya oleh Patih Gaja Mada dengan mengupah parajubit untuk Hang Tuah.

ii. HANG JEBAT

Sahabat Hang Tuah yang turut menjadi utusan meminang Raden Mas Ayu turut menyampaikan berita penerimaan pinangan kepada Raja Melaka serta mengaja keselamatan baginda di Majapahit.

iii. PATIH KERMA WIJAYA

Seorang menteri yang arif dan merupakan utusan Raja Melaka meminang Raden Mas Ayu serta ditugaskan menulis surat dalam bahasa Jawa kerana kefasihannya berbahasa Jawa.

iv. PATIH GAJAH MADA

Pembesar Majapahit yang mempunyai sikap jahat, zalim, tamak dan iri hati. Beliau yang berpakat dengan Betara Majapahhit menguji kekuatan Hang Tuah dengan mengupah 60 pengamuk dan mengupah parajurit menikam Hang Tuah tetapi gagal.

v. PADUKA BETRA MAJAPAHIT

Raja Majapahit dan ayahanda kepada Raden Mas Ayu. Dia berpakat dengan Patih Gajah Mada untuk meguji kehebatan pahlawan Melakja terutama Hang Tuah.

vi. HANG LEKIR, HANG LEKIU, HANG KASTURI – Sahabat Hang Tuah yang mengikuti rombongan meminang puteri Majaphit

Terdapat ramai lagi watak-watak yang lain seperti:

vii. Adipati Tuban

viii. Adipati Palembang

ix. Duli Tuanku Syah Alam

x. Raden Aria

xi. Parmedewan

xii. Hang Kamar

xiii. Barit

xiv. Adipati Jayakarta

xv. Bendahara Paduka Raju

xvi. Tun Utama dan Tun Bija Sura

xvii. Kuwela

xviii. Temenggung Negri Melaka

xix. Hang Syamsu

D) LATAR TEMPAT

I. Pelabuhan Tuban, Jayakarta dan Palembang

Tempat persinggahan Hang Tuah dan Patih Kerma Wijaya serta rombongan meminag dalam perjalanan pulang ke Melaka

II. Istana Melaka

III. Istana Betara Majapahit

E) UNSUR PENTING

i. Kepahlawanan

Hang Tuah berjaya membunuh parajurit yang cuba ingin membunuhnya.

ii. Keberanian

Hang Tuah berani berhadapan dengan parajurit yang cuba membunuhnya.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

6 Responses to Raja Melaka Berangkat ke Majapahit – Kajian Hikayat Hang Tuah Bab 6

  1. Di Majapahit tu Hang Tuah ada kahwin tak??

  2. pakcikli00 says:

    Asalamualaikum

    Kawin tu walahualam tapi apa yang diketahui beliau tidak pernah menikah disana.

    wasalam.

  3. What about di Aceh? kann beliau menjadi Raja di Aceh sebagai Iskandar Muda Mahkota Alam??

    kemungkinan ini berlaku selepas beliau menghilangkan diri dari Melaka tu?? atau selepas jadi penghulu kepada orang2 asli di Gerik tu.

    Sebab Tok pasai adalah keturunan belaiu, dari isterinya yang Aceh tu, melalui line tu datanglah tok pasai, cicit ke cuiet beliau. Saya nak cari link tu – harap dapat kiranya tuan tolongi saya.

    sekian terima kasih.

    Assalamualaikum

  4. dildaar80 says:

    Konfirmasi kerana adanya anakronisme sejarah (suatu tokoh/nama tempat disebut dalam jaman yang berbeda)

    Rombongan meminang Raja Melaka singgah di Tuban, Jayakarta dan Palembang ketika dalam perjalanan pulang dari Majaphit.

    PErtanyaan saya, kapankah masa hidup Hang Tuah dan Raja Malaka dimaksud? Sebelum kedatangan Portugis di Malaka? Portugis datang ke Malaka dan menaklukkannya dalam tahun 1512,

    Ralat: Pelabuhan Sunda Kalapa diserang oleh tentara Demak pada 1526, yang dipimpin oleh Fatahillah, Panglima Perang asal Gujarat, India, dan jatuh pada 22 Juni 1527, dan setelah berhasil direbut, namanyapun diganti menjadi Jayakarta. http://id.wikipedia.org/wiki/Batavia

    Berarti pinangan raja Malaka ke Majapahit sebelum tahun 1512 dan berarti nama pelabuhan Jayakarta belum ada soalnya pelabuhan Jayakarta ada sebagai ganti Kalapa pd 1527.

    Tambahan: Patih Gajah Mada lahir 1299 dan wafat sekitar 1360. Bagaimana mungkin ia ada dan hidup pada 1500-an. Siapakah nama Betara Majapahit yg dimaksud?

    Salam saya dari Indonesia

  5. Drs.H.Muhammad Idrus says:

    saya drs.mhd.idrus generasi ke 4 datuk panglima seri handalan langkat beliau bernama haji muhammad mustafa bin bin bin koja bhentan, sila hubungi saya di 010 272727 5
    mugkin ada yg bisa dikongsikan.

  6. Lek U-mar says:

    Terdapat kekeliruan sejarah yang ketara.
    Patih Gaja mada hidup di tahun 1292-1364 M.
    Sedangkan tahun 1377M kerajaan Majapahit baru menyerang kerajaan Sriwijaya yang membawa kepada Parameswara putra mahkota sriwijaya melarikan diri ke Tumasik sebelum mendirikan kerajaan Melaka antara tahun 1380-1402 M.
    Kemungkinan rombongan Sultan Mahmud sah beserta laksamana Han Tuah adalah di tahun 1470-1477 iaitu di masa raja Ranawijaya raja Majapahit terakhir.
    Dalam tahun 1447-1478 kerajaan Majapahit sudah lemah karena terjadi perang saudara hingga akhirnya semua kerajaan kecil memberontak yang akhirnya membawa keruntuhan kerajaan Majapahit tersebut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s