Megat Panji Alam – Kajian Hikayat Hang Tuah Bab 11


BAB 11: MEGAT PANJI ALAM

A) SINPOSIS

Setelah Megat Panji Alam mendengar berita tersebut, baginda ingin menyerang Negeri Melaka. Baginda mengumpulkan askar-askarnya. Turut bersama dengan Megat Panji Alam ialah Megat Kembar Ali. Sebelum berangkat ke Negeri Melaka, Megat Panji Alam. Sebelu, berangkat ke Negeri Melaka, Megat Panji Alam meminta izin kepada ayahandanya, walaupun ayahandanya tidak mengizinkan pada mulanya.

Sebelum ke Negeri Melaka, Megat Panji Alam singgah di negeri Melaka Inderapura. Di Inderapura, Raja Inderapura pun menjemput Megat Panji Alam masuk mengadap ke istananya. Semasa mengadap Raja Inderapura, Megat Panji Alam menceritakan bahawa dia ingin menyerang Melaka.

Berita tersebut telah sampai juga kepada Bendahar paduka Raja. Bendahara pun memberitahu kepada Sang Maniaka. Sang Maniaka sangat terkejut dengan khabar yang disampaikan oleh bendahara. Baginda pun memanggil Hang Tuah. Setelah Hang Tuah datang mengadap, baginda pun memberitahu Hang Tuah bahawa Megat Panji Alam ingin menyerang Melaka. Hang Tuah pun mencadangkan bahawa dia, Hang Jebat dan Hang Kasturi akan menggunakan jalan laut. Mankala Hang Lekir dan Hang Lekiu akan menggunakan jalan darat.

Apabila Hang Tuah sampai di Bukit Tinggi, dia pun bertanya sama ada ada Megat Panji Alam masih di Inderapura. Setelah mengetahui Megat Panji Alam di Inderpura, Hang Tuah pun terus pergi ke Inderapura. Hang Tuha berlabuh dipangkalan Bendahara Seri Buana. PAda keesokkan harinya, Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang KAsturi pun datang mengadap Raja Inderapura. Hang Tuah menerangkan kedatangannya ke Negeri Inderapura. Hang Tuah menerangkan bahawa kedatangannya adalah untuk membunuh Megat Panji Alam.

Berita Hang Tuah ingin membunuh Megat Panji Alam sampai kepadanya. BAginda pun berasa marah kepada Hang Tuah dan ingin membunuh Hang Tuah dan pahlawan yang dibawa oleh Hang Tuah. Pada keesokkannya, Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi sekali datang mengadap Raja Inderapura. Tetapi kali ini, Hnag Tuah saja yang mengadap Raja, manalkala Hang Jebat dan Hang Kasturi menyamar menjadi rakyat biasa.

Megat Panji Alam pun datang mengadap Raja Inderapura. Apabila sampai di Istana, Megat Panji Alam pun memberitahu bahawa baginda ingin menampar muka Hang Tuah. Sebelum Megat Panji Alam masuk ke Istana, baginda sudaj berlawan dengan Hang Jebat dan Hang Kasturi dan baginda telah dibunuh oleh hang Jebat dan Hang Kasturi.

B) PERISTIWA PENTING

1. Megat Panji Alam merasa tercabar dengan tindakkan Hang Tuah yang telah membawa lari tunangnya Tun Teja.

2. Megat Panji Alam ingin menyerang Melaka ingin membinasakan Negeri Melaka.

3. Hang Tuah datang ke Inderapura untuk membunuh Megat Panji Alam atas arahan Raja Melaka.

4. Hang Jebat dan Hang Kasturi telah membunuh Megat Panji Alam masuk ke Istana.

5. Hang Tuah, Hnag Jebat dan Han Kasturi membawa berita gembira itu kepada Sang Maniaka dan baginda gembira mendengar khabar tersebut.

C) WATAK-WATAK

1. Megat Panji Alam

2. Sang Perdana

3. Sang Sura

4. Syab Kertas

5. Rakyat empat ribu pertikaman

6. Raja Terengganu

7. Megat Kembar Ali

8. Karib

9. Raja Inderapura

10. Bendahara

11. Orang Ramai

12. Raja Melaka

13. Laksamana Hang Tuha

14. Hang Jebat

15. Hang Kasturi

16. Hnag Lekiu

17. Hang Lekir

18. Bendahara Paduka Raja

19. Hang Dolah

20. Tun Utama

21. Tun Bija Sura

22. Biduanda

23. Seri Maharaja Lela

24. Raja Muda

D) LATAR TEMPAT

1. Negeri Terengganu

2. Negeri Inderapura

3. Negeri Melaka

4. Balairung

5. Balai Gendang

6. Pulau Tinggi

7. Pangkalan.

E) LATAR MASA

1. Sejam Lamanya

2. 9 Jamadilawal

3. Hari Ahad

4. Asar

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Megat Panji Alam – Kajian Hikayat Hang Tuah Bab 11

  1. amg says:

    megat panji alam adalah hero melayu yg tak boleh dinafikan… hang tuah pengecut… beliau lari apabila bersemuka dengan megat panji alam.. diriwayatkan bahawa megat panji alam berlawan 5 orang serentak .. kelima-2 hang yang ada pada masa tersebut… diceritakan juga megat panji alam dibunuh semasa beliau tidur…. hang tuah memang pengecut….

    • anak jati trg says:

      cerita ni sebagai hikayat sahaja dan banyak pembohongan yang mana banyak diberikan kelebihan ke atas Hang Tuah. sedangkan dalam buku bertajuk Hikayat Hang Tuah, Megat Panji Alam telah berlatih hinggakan lembing yang di lemparkan setinggi pokok , bila terkena dada baginda Megat Panji Alam, tidak lut atau memberi sebarang kesan.kenapa bila berlawan dgn Hang Jebat secara tikam curi, tetiba lut pula.kan tak logik cerita tu. saya sokong apa yang ditulis oleh ams says tu Hang Tuah sememangnya pengecut.

  2. jamal says:

    Betul hang Tuah main tipu byk sy dgr cerita org2 tua

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s