Laksamana dengan Raja Melaka – Kajian Hikayat Hang Tuah Bab 12


KAJIAN: ABD HALIM BIN PUTEH (U6-1)

A) SINOPSIS

Semanjak Raja Melaka berkahwin dengan Tun Teja, baginda jarang sekali bertemu dengan pegawai-pegawai dalam istan, kecuali Hang Tuah, Hang jebat dan Hang Kasturi. Baginda terlalu rapat bersama Hang Tuah sehinggakan beliau diperkatakan. Baginda juga jarang sekali bertemu Radin Mas Ayu akan tetapi Raden Mas sehinggakan beliau diperkatakan. Baginda juga jarang sekali bertemu Raden Mas Ayu, akan tetapi Raden Mas Ayu telah hamil. Setelah 7 bulan Raden Mas hamil, baginda telah mengidam Nyiur Gading yang tumbuh bersama-sama pohon Melaka. Tuan Puteri menangis kerana hendak memakan buahnya yang manis itu, akan tetapi orang istana tidak dapat mengambilnya kerana terlalu berbahaya. Berita ini diketahui oleh Raja, lalu Laksmana dipanggil untuk mengambil buah tersebut. Hang Tuah telah Berjaya mendapatkannya. Raden Mas Ayu dan Raja gembira dan terkejut beliau boleh selamat memanjat pohon tersebut, lalu baginda mengurniakannya.

Setelah Raden Mas Ayu melahirkan putera yang diberi nama Raden Bahar. Tun Utama dan Tun Bija Sura diperintahkan oleh baginda untuk pergi ke Majapahit bersama surat yang terkandung berita gembira tersebut kepada Ratu Majapahit. Setelah mereka sampai di Tuban, mereka telah berjumpa Patih Gajah Mada untuk untuk menyampaikan berita tersebut. Seri Betara (ayah Mas Ayu) gembira akan berita tersebut, setelah itu Betara menintahkan Patih Gajah Mada untuk membawa pulang kurniaan iaitu periai yang muda-mada, 40 orang perempuan mempunyai baik sikap. Manakala Patih Kerma Wijaya mengadapkan kepada Raden Mas Ayu dengan Rangga, Jaksa dan juga Laksamana. Raden Bahar hendak mengikut Laksamana untuk pergi diluar istanatelah dibenarkan oleh ibunya (Raden Mas). Mereka pergi ketaman untuk menyaksikan kuda tezi. Kuda Tezi tersebut tidak ada siapa yang berani menunggangnya, kecuali Laksamana. Kuda Tezi tersebut pandai menari semasa gendang dipukul dan pantas. Sekali lagi, Laksamana dikurniakan lagi. Setelah Rangga dan Jaksa pergi RAden MAs Ayu melahirkan putera lagi bernama Raden Bajau.

Raden Bahar dan Raden Bajau semakin dewasa, mereka telah bermain-main bersama Kuda Tezi di taman yang berdekatan dengan telaga tahi. Semasa mereka bermain, kuda tersebut hendak meminum air di telaga tahi. Kuda tersebut jatuh dan terperangkap. Mereka terperangkap. Mereka menangis kerana kuda mereka tidak dapat dinaikkan keatas. Pihak istana tidak dapat berbuat apa-apa. Berita ini sampai ke Raja Melaka, Laksamana di arahkan untuk mengeluarkan kuda itu. Laksamana Berjaya dengan menggunakan kain barang 7 kayu yang dibalut dibadan kuda lalu ditarik. Laksamana pernah menasihatkan Raja Melaka untuk beradu di istana besar dengan Raden Mas Ayu 10 hari dan 7 hari bersama Tun Teja. Raja Setuju akan cadangan Laksamana itu.

B) PERISTIWA PENTING

– Raden Mas Ayu mengandung 7 bulan (anak pertama)
– Laksmana Hang Tuah mengambil air nyiur gading yang tumbuh di taman untuk santapan.
– Raden Mas Ayu yang mengidamnya
– Raden Mas Ayu melahirkan putera bernama Raden Bahar dab Raden Bajau.
– Laksamana Berjaya menyelamatkan kuda tezi yang jatuh di telaga tahi.
– Raja sendiri memandikan Hang Tuah dan memakaikan pakaian

C) WATAK-WATAK

1. Raja Melaka
2. Raden Mas Ayu
3. Laksamana Hang Tuah
4. Betara
5. Raden Bahar
6. Raden Bajau
7. Tun Teja
8. Hang Jebat
9. Hang Kasturi
10. Tun Bija Sura
11. Tun Utama
12. Patih Kerma Wijaya
13. Bendahara Paduka Raja
14. Rangga Jaksa

D) UNSUR-UNSUR PENTING

1. PERMASALAHAN
Pohon Nyiur Gading tinggi tersebut tidak dapat di tebing kerana ia satu-satunya yang terdapat di Negeri Melaka, untuk mendapatkan buahnya Laksamana terpaksa memanjat pohon nyiur itu & sanggup membahayakan diri beliau. Beliau dapat menyelasaikan maslah tersebut.
Kuda Tezi yang terjatuh di telga tahi, dapat dinaikkan semula oleh Hang Tuah

2. HASAD DENGKI
Semasa Laksamana Berjaya mendapatkan nyiur, segala pegawai dan pertuanan semakin bertambah-tambah dengan dengki mereka terhadap Hang Tuah.

3. NASIHAT DAN KEADILAN
Hang Tuah menasihati Raja Melaka untuk meluangkan masa isteri baginda secara adil (beradu 10 hari dengan Mas Ayu, 7 hari dengan Tun Teja)

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Laksamana dengan Raja Melaka – Kajian Hikayat Hang Tuah Bab 12

  1. AZRIL says:

    Salam tuan

    Boleh tak tuan jelaskan susur galur Raden Bahar dan Raden Bajau ni? Adakah mereka berdua benar2 wujud. Saya ingin tahu salasilah mereka. Trima ksh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s