Betara Majapahit Dengan Raja Melaka 1 – Kajian Hikayat Hang Tuah Bab 14


KAJIAN : EMILLIA BINTI RAZALI (U6-1)

A) SINOPSIS

Laksmana Hang Tuah dan Raja Melaka berangkat ke Majapahit. Pada mulanya, Raja Melaka enggan pergi tetapi disebabkan telah berjanji pada awalnya maka mereka hendak menepati janji tersebut. Tun Teja menasihati Raja Melaka supaya jangan berjauhan daripada Laksmana Hang Tuah kerana Laksamana sahajalah yang dapa melindungi baginda daripada dibunuh oleh Betara Majapahit. Raja Melaka juga meninggalkan wasiat sekiranya terjadi sesuatu hal terhadap dirinya Raden Baharlah yang akan menjadi pengganti baginda.

Setelah beberapa lamanya mereka singgah di Palembang selama tiga hari. Setelah genap tiga hari mereka pun meneruskan perjalanan mereka dan mereka sampai di Jayakarta. Apabila genap tiga hari mereka pun terus pergi ke Tuban. Dan mereka pun sampai di Majapahit dengan selamat. Pada mulanya, temenggung Majapahit mencadangkan supaya Raja Melaka dibunuh di Tuban tetapi cadangannya di tolak oleh Patih Gajah Mada. Pada masa yang sama Laksamana Hang Tuah sering berjaga-jaga di sisi baginda.

Keesokkan harinya, Patih Gajah Mada telah mengupah 40 orang perajurit-perajurit handalan untuk mengamuk di tengah pesara dan membunuh sesiapa sahaja. Laksamana berfirasat bahawa akan berlakunya pertumpahan darah pada waktu asar itu. Tetapi kesemua perajurit-perajurit itu dapat ditewaskan oleh Laksamana seseorang tanpa bantuan saudaranya yang lain kerana diperintah untuk berjaga-jaga disisi Raja Melaka.

Sekali lagi percubaan membunuh dilakukan dengan mengupah seorang perajurit yang bernama Petala Bumi untuk membunuh Laksaman. Petala Bumi mengetahui pelbagai ilmu penjelamaan tetapi sungguhpun begitu Laksamana tetap mengalahkan Petala Bumi.

Raja Melaka berpaksa kembali ke Melaka, kerana mendengar khabar puteranya jatuh sakit. Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada masih meneruskan rancangan mereka untuk membunuh Raja Melaka dan Laksamana Hang Tuah. Mereka telah menyuruh tujuh orang perajurit belayar ke Melaka untuk menimbulkan kekecohan di negeri Melaka itu dan Bukit Cina telah dijadikan ibu pejabat mereka.

Lalu Hang Tuah pun menyamar menjadi salah seorang pengikut setia kepada ketua kumpulan itu dan ia juga berjaya masuk ke kumpulan perompak ini sebagai Sang Marga Paksi. Hang Tuah pun berjaya membunhu ketujuh-tujuh perompak itu.

B) PERISTIWA PENTING

1. Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada telah menyusun rancangan untuk membunuh Raja Melaka dan Laksaman Hang Tuah tetapi setiap kali rancangan itu tidak berjaya.
2. Laksamana dapat menewaskan perajurit-perajurit di upah oleh Patih Gajah Mada dan Petala Bumi juga dapat ditewaskannya.
3. Laksmana Hang Tuah dapat menewaskan Petala Bumi yang mengetahui berbagai ilmu penjelmaan.
4. Setelah rombingan dari Melaka kembali ke negeri Melaka, Betra Majapahit dan Patih Gajah Mada memerintahkan tujuh orang perajurit pergi ke Melaka dan menjadikan negeri Melaka kacau-bilau.
5. Hang Tuah menyamar menjadi Sang Marga Paksi.
6. Ketujuh-tujuh perajurit dibunuh oleh Laksmana Hang Tuah.

C) WTAK-WATAK

1. Barit Kerika
2. Bendahara
3. Betara Majaphit
4. Hang Jebat
5. Hang Kasturi
6. Hang Lekir
7. Hang Lekiu
8. Laksamana Hang Tuah
9. Patih Gajah Mada
10. Patih Kerma Wijaya
11. Petala Bumi
12. Raden Bahar
13. Raden Mas Ayu
14. Raja Melaka
15. Sang Marga Paksi.
16. Temenggung Seri Sarwa Raja
17. Tun Pikarama
18. Tun Teja

D) LATAR TEMPAT

1. Negeri Majaphit
2. Palembang
3. Jayakarta
4. Tuban
5. Balairung
6. Istana Tun Teja
7. Bukit Cina

E) LATAR MASA

1. Siang hari
2. Genap tiga hari
3. Waktu Asar
4. Waktu Malam
5. Tiga malam

F) UNSUR PENTING

 Unsur Penjelmaan
Petala Bumi yang menjelmakan dirinya menjadi seekor kucing, seekor anjing yang besar dan menjadi seekor harimau.
Barit Ketika menjelmakan dirinya menjadi seekor tikus.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s