Hang Tuah Kena Fitnah – Kajian Hikayat Hang Tuah Bab 15


KAJIAN: MUHAMMAD SHAFIQ HJ. HASNAN (U6-6)

A) SINOPSIS

Ketika laksmana menjadi hulubalang di istana. Segala pegawai dan pertuanan mengadakan mesyuarat tergempar untuk membuat fitnah. Hal ini pun telah di bawa kepada Patih Kerma Wijaya marah akan alasan yang dikemukan oleh mereka.

Hal itu telah dikemukan dihadapan Raja menyebabkan Raja murka dan menitahkan Bendahar supaya Laksmana Hang Tuah di buang dengan segara kerana menderhaka kepada mereka tetapi dihalang dengan menasihati dan memujuk raja agar diperikasa terlebih dahulu sebelum dibuang. Tetapi raja enggan dan meneruskan memuncak sehingga mengarahkan bentara kedua dengan alat senjata pergi mencari laksmana di Kuala Melaka.

Ketika itu laksmana sedang bersama keluarganya didalam perahu kecil. Laksamana mengetahui akan kedatangan Bentara Kedua dan pergi ke Istana dengan perahu Hang Jebat. Sampai mereka, laksamana duduk di Balai Gendang. Raja mengarahkan Bendahara melakukan pembuangan Hang Tuah walaupun Bendahara melakukan pembuangan Hang Tuah walaupun Bendahara berasa sedih.

Hang Jebat dan Hang Kasturi menangis dan memeluk dengan Laksmana dan memberikan Keris Pandak yang di minta oleh raja tadi kepada Hang Jebat. Laksmana juga sempat memberikan pesanan kepada Hang Jebat dan Hang Kasturi. Tiba di Istana, Raja menintahkan Hang Jebat memakai Keris Pandak itu. Hang Jebat memakai keris itu dengan perasaan gembira.

Bendahara pula melepaskan Hang Tuah dengan menyuruh empar orang menghantar laksmana ke hulu Melaka selama tujuh hari, tujuh malam dari negeri Melaka jauhnya. Hang Tuah juga sempat bergurukan Sheikh Mansur. Guru ini sempat memberi ramalan hadapan yang baik untuk Hang Tuah kerana selama 20 hari lagi dia akan pulang ke sisi raja kerana sejak ketiadaannya, Melaka dalam kacau-bilau.

Selepas kejadian membuang laksmana pada hari itu, Raja sering tidak menghadap orang selama tujuh hari. Hang Jebat cuba menawan hati raja sambil menendangkannya. Selepas Raja mandi, baginda santap bersama Tun Teja dan dipanggilnya Hang Jebat turut bersama. Raja juga ingin menganugerahkankan gelaran ‘Paduka Raja’ kepada Hang Jebat. Ramai yang tidak berpuas hati akan Laksmana baru (Hang Jebat). Hang Jebat juga memperlihatkan sifatnya yang tidak acuh. Hang Kasturi dan bendahara turut menangis kerana terkenangkan Laksmana lama.

B) PERISTIWA PENTING

1. Pegawai dan pertuanan serta Patih Kerma Wijaya buat fitnahan terhadap Laksmana Hang Tuah.

2. Raja murka malah baginda menitahkan Bendahara supaya Laksmana dibuang dengan segara.

3. Hang Jebat minta Keris Pandak dari Laksmana Hang Tuah atas titah Sultan Melaka.

4. Hang Tuah pergi ke hulu Melaka dan menyebabkan Melaka dalam kacau-bilau.

5. Baginda Raja menganugerahkan gelaran ‘Paduka Raja’ kepada Hang Jebat.

C) WATAK

1. Laksmana Hang Tuah

2. Raja

3. Patih Kerma Wijaya

4. Bendahara

5. Hang Jebat

6. Hang Lekiu

7. Hang Kasturi

8. Tun Teja

9. Syeikh Mansur

10. Paduka Mahadewi

11. Tun Pekerma

12. Pegwai

13. Pertuanan

D) LATAR TEMPAT

1. Hulu Melaka

2. Istana

3. Kediaman Hang Tuah

4. Ke Kuala Melaka

5. Balai Gendang

6. Dusun

7. Balai Bendahara

8. Istana Tun Teja

9. Majapahit

10. Inderapura.

E) UNSUR PENTING

1. UNSUR IRI HATI

Pembesar Istana dan Patih Kerma Wijaya membuat fitnah terhadap Laksmana Hang Tuah. Mereka merasa cemburu kerana mereka takut dengan jawatan mereka akan diambil oleh Laksmana Hang Tuah ini telah bertindak memiftnahkannya.

2. UNSUR KESABARAN

Akibat daripada fitnah pembesar-pembesar yang lain, Hang Tuah terpaksa hidup sebagai rakyat biasa. Hang Tuah juga tidak diberi gelaran apa pun.

3. UNSUR KESETIAAN

Unsur ini dapat dilihat apabila Hang Tuah menyedari bahawa dirinya difitnah, dia tetap menerima hukuman bunh tersebut dengan hati yang rela. Kerelaan hati Hang Tuah menerima titah Raja Melaka yang membabi buta dapat membuktikan kesetiaan dirinya yang tidak berbelah bagi terhadap rajanya.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s