Hang Jebat Menduduki Istana – Kajian Hikayat Hang Tuah Bab 16


KAJIAN: ROZIELINA ZINI (U6-3)

SINOPSIS

Pada awal bab ini menceritakan tentang kelakuan Hang Jebat yang semakin liar sehingga sering bersuka ria di istana dan bermukah dengan dayang-dayang di istana malahan dia meganggap istana adalah tempat tinggalnya. Perbuatan keji Hang Jebat membuatkan Raja Melaka menjadi murka tetapi apakan daya keris pandak Laksamana Hang Tuah masih berada ditangan Hang Jebat, tiada sesiapapun yang akan dapat mengalahkannya. Seterusnya Raja Melaka terpaksa berpindah ke rumah Bendahara Paduka Raja bersama-sama dengan Tun Teja, Raden Emas Ayu serta putera-putera baginda.

Pelbagai percubaan untuk membunuh Hang Jebat yang diperintahkan oleh Raja Melaka telah dilakukan oleh pembesar-pembesar seperti Patih Kerma Wijaya, Hang Kasturi, Hang Lekiu dan temenggung tetapi kesemuanya gagal. Akhirnya, baginda Raja Melaka menyesal tentang hukuman baginda yang membabi buta terhadap Laksamana Hang Tuah. Pada masa itulah, Bandahara Paduka Raja membongkar rahsia bahawa Hang Tuah masih hidup dan bersembunyi di Hulu Melaka. Tun Pekerma dan Tun Kasturi dititahkan untuk menjemput Laksamana dengan segera.

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING

· Hang Jebat bermaharajalela Di istana akibat rasa geramnya terhadap Raja Melaka.

· Keris Pandak Laksamana Hang Tuah berada ditangan Hang Jebat.

· Raja Melaka Murka kepada Hang Jebat dan perbuatannya yang durhaka terhadap baginda.

· Raden Mas Ayu lari dari istana dan menuju ke Istana Tun Teja lalu mengadu akan kekacau bilauan yang dilakukan oleh Hang Jebat.

· Raja Melaka berpindah ke rumah Bendahara Paduka Raja Bersama dengan Tun Teja, Raden Emas Ayu dan Putera-putera baginda.

· Raja Melaka memerintahkan kepada sekalian untuk membunuh Hang Jebat yang Durhaka.

· Tidak ada sesiapa pun yang mampu membunuh Hang Jebat.

· Bendahara Paduka Raja membongkarkan rahsia bahawa Hang Tuah masih hidup.

· Tun Pekerma san Tun Kasturi di perintahkan untuk menjemput Laksamana.

WATAK

· Hang Jebat .

· Raja Melaka.

· Bendahara.

· Hang Lekiu.

· Hang Kasturi.

· Tun Teja.

· Raden Mas Ayu.

· Putera

· Pegawai.

LATAR TEMPAT.

· Istana.

· Istana Tun Teja.

· Rumah Bendahara.

· Hulu Melaka.

UNSUR.

UNSUR SETIAKAWAN:

Unsur ini dapat dilihat melalui sifat Hang jebat yang berani menentang dan derhaka kepada Raja nya sendiri kerana dia merasa tidak puas hati terhadap keputusan Rajanya yang terlalu mengikut nafsu untuk memberi hukum bunuh terhadap sahabt Hang Jebat sendiri iaitu Hang Tuah.

Dari sifatnya yang begitu berani dan liar menderhakai Rajanya untuk membela ketidak adilan yang dilakukan terhadap sahabatnya yang terlalu setia kepada raja mereka yang zalim tersebut.

UNSUR KEKUATAN&KEAJAIBAN:

Unsur ini ada pada Keris Taming Sari yang telah Hang Tuah berikan kepada Hang Jebat. Dengan keris itu lah Hang Jebat melindungi dirinya dari orang-orang suruhan Raja Melaka untuk membunuhnya dan kerana keris itu juga Raja Melaka merasa takut dan resah akan Hang Jebat. Ini dalah kerana kesaktian yang ada pada keris itu adalah sangat luar biasa ini boleh dibuktikan pada ketika keris Taming Sari masih didalam tangan Taming Sari, Hang Tuah tidak berdaya untuk menikamnya dan contoh yang lain pula adalah ketika Keris Taming Sari menjadi milik Hang Jebat, tiada siapa pun yang mampu menewaskannya kerana kebal.

UNSUR TERBURU-BURU DAN KURANG WASPADA:

Hukuman dan tindakan Raja Melaka menjatuhkan hukuman bunuh tanpa usul periksa terlebih dahulu. Tindakan terburu-buru oleh seorang pemerintah jelas menunjukan betapa tidak adanya kuasa yang dapat menyekat kekuasaan dan batas-batas kuasa seorang raja dalam masyarakat yang mengamalkan system feudal. Raja Melaka begitu murka setelah mengetahui bahawa Hang Tuah berkehendak dengan salah seorang dayang istana. Tanpa berfikir panjang , baginda tidak lagi mendengar nasihat Bendahara. Malah dalam keadaan marah, hilang pertimbangan buruk baik hukuman. Segala jasa bakti Hang Tuah, dan segala kebaikan tidak lagi diperhitungkan hanya kerana “seorang Perempuan”.

SOALAN KONTEKS:

“ Hai tuan puteri, sakarang apa bicara kita akan si Jebat ini? Pada penglihatan kita, demikian, salah perbuatan dan lakunya ini, tiada seperti Laksamana menjadi orang tua dengan sopan santun akan isi istana.”(ms:359)

1) Siapakah yang bertutur diatas? Dan kepada siapakah pertuturan ini disampaikan?

2) Apakah yang telah terjadi kepada Hang jebat dan mengapakah ia menjadi bualan si penutur diatas?

3) Ringkaskan apakah yang terjadi selepas pertuturan ini?

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

5 Responses to Hang Jebat Menduduki Istana – Kajian Hikayat Hang Tuah Bab 16

  1. rosliza bt ahmad says:

    saya dilahirkan 29-7-1964` saya amat rasa banga akan hang jebat,pahlawan berani membela kebenaran,beliau hebat kalau nak dibandingkan dengan hang tuah,segan nak perkatakan,hebatnya hang tuah melarikan anak gadis orang.tunangan orang untuk hibur hiburan nafsu si tuannya’ alangkah bagus kalau beliau menjadi pahlawan yang dah dapat menakluk siam,china atau tempat negeri lain, pendapat saya hang tuah adalah pahlawan romeo aje manakala hang jebat pahlawan melaka yang tak tamakkan anugrah kekayaan bersebabkan kematian abang segurunya hang tuah,cuba membela nasib abangnya hang tuah,mungkin ada sedikit kesilapan tapi diperbesarkan,cuba kita renungkan siapa antara hang jebat dan hang tuah patut mendapat bergelar pahlawan yang buat kita berasa megah untuk didengarkan pada orang asing atau bangsa lain.rasanya melampau menghukum nama hang jebat sampai kini sebagai persalah.hang jebat tidak kalah bertarung dengan hang tuah, melihatkan hang tuah bersunguh nak menikam jebat,maka jebat serahkan kembali kris tamingsari pada abangnya tuah dan rela dirinya iaitu jebat ditikam.

  2. azliatalib says:

    betul ke ini ha!

  3. amri el wahab says:

    Saya belajar tentang Hikayat Hang Tuah sejak bangku sekolah.Waktu itu tak terlintas nak tanya guru tentang asal usul hikayat ini.Hari ini saya mempunyai banyak kemusykilan tentang Hikayat Hang Tuah dan 5 sahabatnya Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi.Di antaranya:

    1.Di manakah kubur kubur mereka.
    2.Hingga hari ini tidak ada siapa yang pernah mengaku mereka adalah keturunan Hang Tuah dan 5 bersaudara ini.Di manakah keturunan mereka berada?
    3. Maka adakah Hikayat Hang Tuah ini realiti atau lagenda penciptaan orang dulu dulu saperti lagenda orang putih Robin Hood?

  4. Hang Setia says:

    Sebenar nya kamu tidak tahu apa disebalik kisah ini yang sebenarnya…,

  5. Hang Setia says:

    Sebenarnya kamu tidak tahu…disebalik cerita ini…yang sebenarnya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s