Sangahan Hang Tuah berbangsa Cina

Saya tidak berapa setuju dengan hipothesis yang dibuat oleh Sdr. Shahabudeen dalam artikelnya Hang Tuah Berbangsa Cina. Perlu diingat bahawa Hikayat Hang Tuah yang dirujuk hanyalah buku cerita bukannnya buku sejarah.

Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang juga bayak mengandungi cerita dongeng seperti asal usul orang kerajaan Melayu yang berasal daripada kayangan, orang bunian, dikaitkan dengan Iskandar Zulkarnain dan lain-lain lagi. Teks sejarah perlu dikaji dengan kritikan hermeneutics dan pendekatan kajian sanad seperti pengajian hadith barulah lebih kuat untuk buat andaian.

Fakta sejarah kewujudan kerajaan Jawa, memang ada dan disebut oleh pengembara-pengembara Arab seperti Ibn Batuta. Tak dinafikan juga keagungan Melayu Melaka dengan kaitan kedatangan agama Islam, pedagang-pedagang India, Cina dan lain-lain lagi.

Tapi mengenai kepahlawanan Hang Tuah bagi saya adalah rekaan cerita dongen seperti cerita Mak Yong dan wayang kulit yang diwarisi turun temurun bersama sedikit tokok tambah seperti adanya keris sakti Taming Sari yang menjadi buruan mereka yang mempelajari ilmu silat. Ada juga yang berkata bahawa Hang Tuah ghaib, ada pula yang kata dia pergi Mekah, mati di sana, yang mana ada sedikit modifikasi diselitkan unsur-unsur Islam supaya nampak Islamik. Sedangkan orang yang bernama Hang Tuah mungkin tidak pernah wujud, kalau wujud pun tak tahu nama sebenar, dan kiranya itu namanya pun, belum pasti sama ada dia Islam atau tidak, samalah juga watak Pak Kadok, Lebai Malang, Pak Pandir dan lain-lain lagi, yang hanyalah komedi dan hiburan rakyat kebanyakan sebelum munculnya filem-filem Bolywood dan filem Melayu P. Ramlee. Cerita Hang Tuah ada sedikit adegan lasak dan mencabar, cerita Pak Pandir – cerita lucu yang cukup diminati orang Melayu, bukannya kepahlawanan Rasulullah, cerita para sahabat – yang sepatutnya menjadi bahan kajian dan tauladan.

Hipothesis yang lebih sesuai ialah:

1. Hang Tuah adalah cerita dongeng rakyat Melayu.

2. Orang Melayu mudah percaya kepada perkara dongeng, kalau tidak percaya pun seronok dengar penipuan yang memang mereka pun tahu yang si pencerita itu berbohong, seperti tikam tak lut kerana memegang keris Taming Sari.

3. Cerita rakyat semakin hilang pengaruh dengan kedatangan sastera asing seperti sastera Inggeris dan bertambah majunya media cetak dan elektronik sebagai alternatif kepada hiburan.

4. Dunia hiburan adalah tumpuan keseronokan yang menyebabkan kita mundur, tak maju dan ditipu oleh orang lain yang berkepentingan dari dulu, kini dan bila-bila. contoh lain ialah Mahsuri yang telah menyumpah Lankawi tujuh keturunan. sebenarnya nak cari duit untuk menarik pelancong, sedangkan tak tahu betul ke tidak cerita tersebut.

5. Walaupun sudah memeluk Islam, masih ada orang Melayu yang kurang pendidikan Islam mempercayai perkara-perkara khurafat seperti Hang Tuah masih hidup, dan berusaha bertapa dengan tujuan nakbertemu dengan Hang Tuah, dan lain-lain lagi.

6. Dengan wujudnya pondok-pondok / madrasah belajar kitab masyarakat semakin memahami Islam dan tak berapa berminat nak dengar cerita Hang Tuah, kalau dengar pun ada yang cuba mengkritik

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

4 Responses to Sangahan Hang Tuah berbangsa Cina

  1. redzuan says:

    Semua orang tahu apabila portugis bermaharajalela semua rumah dibakar semua kubur dibongkar, belanda menyusun semula masyarakat, dan british memunggah semua buku dan kitab penentang dipindahkan ke selon, afrika selatan, dan pulau pulau di lautan hindi kalau naik st paul hill semua kubur tak kira portugis belanda atau british mempamerkan simbolisme freemason dengan jolly rogernya tengkorak dengan tulang bersilang dll bagaimana hendak membina database arkeologi daripada apa yang ada orang sejarah um kurang bijak berbanding dengan arkeologis usm dalam membina asas sejarah TM Prof Khoo layak jadi pengkritik bola saja dlm kelas 50 minit bola 7 minit cerita saya dan 3 minit sejarah

  2. Nurul Syafiqah Md Yusoff says:

    yang lain ada lagi tak ?

  3. sofia binti abd hamid says:

    banyak sejarah yang bercangah

  4. sofia binti abd hamid says:

    banyak sejarah yg becangah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s