Hang Tuah bukan dari keturunan Cina tapi India (khoja)

Jikalau dirujuk kepada kitab Sulalatus Salatin edisi A Samad Ahmad, Hang Tuah dikatakan berasal dari Tanah Bugis, iaitu Makasar, dan nama asalnya Daeng Mempawah. Daeng Mempawah yang masih muda diambil menjadi anak angkat Bendahara (Paduka Raja) dan dibawa ke Melaka. Mereka yang memiliki edisi ini bolehlah memeriksa sendiri. Bagaimana pun terdapat sarjana Barat yang menolak episod ini, kerana kononnya ia ditokok tambah kepada tulisan asal Tun Seri Lanang (atau Tun Bambang) maka bergantung pada mazhab sejarah yang dianuti untuk menentukannya. Pada zaman kemunculan kuasa Bugis di Johor-Riau kalau tak silap, Shellabear turut menolak fakta mengenai Hang Tuah dalam kitab ini.

Bagaimana pun dari perspektif yang lain, orang Bugis telah lama menjelajah ke seluruh Nusantara malah hingga ke Madagaskar (dan menjadi Melayu di sana.) Mereka telah banyak melahirkan pahlawan hebat serta beberapa dinasti pemerintah di Riau, Johor, Aceh dan Selangor. Maka Hang Tuah berasal dari Bugis yang lebih hampir dan mungkin lebih besar kemungkinannya.

Dari perspektif keMelayuan pula, masyarakat Melayu Melaka sidah menerima konsep kahwin campur, termasuklah dikalangan kaum diraja Melaka, dimana beberapa Sultan terakhir kebanyakkan mempunyai darah India Muslim di sebelah ibunya. Beberapa pembesar istana dalam sejarah Melayu juga bergelar Khoja, gelaran yang asalnya untuk orang-orang Islam yang berasal dari benua kecil India. maka tiada masalah menimbulkan jati Melayu atau tidak keturunan seseorang tokoh itu kerana konsep Melayu dan meMelayukan begitu luas di zaman kerajaan Melayu Melaka.pokoknya di Zaman Kerajaan Melayu Melaka tak ada kad pengenalan pintar. Oleh itu tidak mustahil Hang Tuah dari keturunan pendatang asing dari Benua India. Cuma zaman itu pendatang asing adalah di izinkan, jadi Hang Tuah tidak layaklah di sebut pendatang tanpa izin.

Satu perkara yang ingin saya bangkitkan adalah kita sering membaca dan mencedok bahagian-bahagian kecil dari karya sejarah seperti Hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin, tanpa melihatnya secara menyeluruh. Generasi kita barangkali sedikit sangat yang mentelaah karya ini. Walaupun terdapat bahagian menarik yang boleh kita renungi menerusi kitab ini seperti aspek pengajaran moral dan poetic justice yang sering dibincangkan sarjana, banyak aspek budaya dan teknologi yang kadang-kadang terselit dalam Sulalatus Salatin contohnya yang jarang diteliti.

Contohnya, dalam suatu episod, seorang panglima Melaka berjaya melarikan seekor gajah milik Sultan Pahang melalui jalan laut. Pekara yang menarik kita fikirkan adakah saiz jong tersebut sehingga boleh memuatkan seekor gajah matang, serata melayarkannya dari Muara Pahang ke Melaka.

Begitu juga aspek peperanagn orang Melaka yang banyak melibatkan naval warfare, perahu melanggar perahu, sedikit perang darat kerana masyarakat dahulu lebih rapat dengan air dan lautan. Dan banyak lagi aspek lain yang boleh ditinjau.

Dalam bukunya A Malaysian Journey Rehman Rashid menulis orang Melayu Malaysia ketandusan hero yang hebat-hebat seperti orang Indonesia yang boleh berbangga dengan Imam Bonjol, Diponegoro dan Tjoet Nyak Dhien.

Mungkin di Zaman Kerajaan Melayu Melaka tidak ada hulubalang anak tempatan yang hebat hebat selain daripada pendatang asing yang datang kesana. Sebab itulah pembesar raja Melaka sangup memfitnah Hang Tuah kerana mereka iri hati terhadap Hang Tuah ia itu seorang pendatang asing yang dilantik menjadi hulubalang dan disayangi Sultan Melaka ketika itu.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

7 Responses to Hang Tuah bukan dari keturunan Cina tapi India (khoja)

  1. waris alang rentak seribu says:

    SalAm….menarik apa yangndiTulis saudara kta ini…..betul apa yang ditulisnya…dLm ikon melayu bukan sahaja ada hang tuah sebagai tokoh pahlawan melayu….Raja Mahadi, Sutan Puasa dan lainnya turut boleh diangkat menjadi lambang..tetapi apakah saudara lupa bahawa perbezaan mereka semua ini dengan Hang tuah? Apakah saudara lupa bahawa bila saudara membandingkan dizaman era kuala lumpur diserang dan melaka diserang ada bezanya?…Saudara, bila saudara menulis dan meletakkan hang tuah iti sama dengan populariti p ramlee makanya saya sangkal….anda seharusnya peka sejarah melayu melaka kalau nak dibandingkan dengan sejarah kuala lumpur..perbezaan dua era ini perlu kita lihat..why,when,who,what &where.

  2. pakcikli says:

    Waalaikumusalam

    Tuan Alang, saya terima sangkalan saudara dengan melupuskan cerita sejarah Kuala Lumpur dan populariti Hang Tuah dan TS P. Ramlee dalam intri di aras.

    Terima kaseh.

  3. hipomoon says:

    Bagaimana pula dengan Hang Li Po. Nama ini bermula dengan Hang JUga…He..he…

  4. Goku says:

    Info yg menarik utk dikongsikan..

  5. Amir says:

    haih cukup2 la merobek jati diri anak melayu kita ni…..hang tuah asal RUMPUN MELAYU dan akan sentiasa berasal DARI SINI…..Allah hai…..ni semua usaha puak2 yg nak jatuhkan maruah org melayu…yg penulis ni pun setuju?pelik la org yg jatidirinya dah hancur….

    penjajah memang akan reka fakta/kalu boleh nak sgt kita hilang jatidiri!….buat apa ambek pendapat puak2 ni?fakta SS A.Samad Ahmad ditolak?????dunia apekah ini??????

    DAH BEBAL SEJARAH SAMPAI KE TUA LAH BEBALNYA…….TERUSKAN MEROBEK JATIDIRI ANAK BANGSA KITA,MEMANG INI YG YAHUDI NAK……

  6. Amir says:

    Naval Warfare tu memang Ciri Khas Bangsa Austronesia la…..pernah dengar tak istilah ni profesor kangkung sekelian?orang india mane la reti naval warfare….ini ciri khas orang kita,AUSTRONESIAN PEOPLE….adoyyyy

  7. ddinn says:

    Lah ni mamak n bangla pun dh diserap sbg melayu. Jd hang tuah pun melayulah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s