Pakar sejarah kata Hang Tuah tak wujud

Buku teks sejarah akan ditulis semula bagi menyelaraskannya dengan fakta dan bukannya mitos dan legenda, kata pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

Sebagai contoh, katanya, tiada rekod menunjukkan laksamana Melaka Hang Tuan dan Hang Jebat serta Puteri Hang Li Po benar-benar wujud, lapor The Star.

upm student suhakam memo 211107 khoo kay kimBagaimanapun, tidak jelas sama ada anekdot sejarah yang tidak dapat disahkan akan dimasukkan dalam cadangan baru sukatan pelajaran sejarah untuk 2014.

Khoo (kanan) yang juga sebahagian daripada anggota jawatankuasa bagi menganalisis kurikulum itu berkata, cakap-cakap tidak wajar dimasukkan sebagai fakta dalam buku teks.

“Agenda utama jawatankuasa ini untuk menanamkan unsur patriotisme” (di kalangan pelajar)

“Pandangan peribadi saya, mitos dan legenda tidak patut dimasukkan dalam kurikulum.

“Bagaimanapun, jika mereka pilih memasukkannya, ia mesti dengan jelas menyatakan bahawa cerita-cerita itu bukan berasaskan fakta,” beliau dipetik sebagai berkata kepada harian berbahasa Inggeris itu.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Pakar sejarah kata Hang Tuah tak wujud

  1. redzuan says:

    Prof Khoo minta maaf anda mungkin sudah terlupa ‘tak tumbuh takmelata kalau tak sungguh tak dikata’ Anda percaya kepada Robin Hood dan seumpamanya Sampai hari ini orang masih tertanya siap itu King Arthur
    Kalau ada nama messti ada bendanya

  2. Kori Othman says:

    Saya minta Prof Khoo merujuk kepada catatan Portugis ‘The Commentorios of the Alfonso D’Alburqueqe 1557’….,Pihak Portugis telah memastikan terlebih dahulu yang Lassamane Huwang Tuwah sudah pun meninggalkan Melaka membawa utusan ke Singapora sebelum mereka melancarkan serangan ke atas Kota Melaka pada tahun 1511. Catatan bermaksud fakta bertulis, bukannya cerita mulut. Bukti kepada kewujudan Hang Tuah dan kehebatannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s