Rahsia Hang Tuah dengan Keris Taming Sari

Sumber dari komentar
badrul sysham bin johar says:
31 Julai 2012 at 2:53p

Misteri Keris Taming Sari

SALAM..aku ingat memperjelaskan tentang asalnya keris ini ditanah jawa..sebelum tu aku tak tahu siapa yang memilikinya..sebelum hang tuah memiliki keris tu..ia adalah kepunyaan panglima mangku bumi..iaitu panglima maharaja pahit ..ingatkah kalian didalam filem pramlee ..semasa 5 bersaudara hadir di jajahan maharajapahit 5 bersaudara dicabar oleh pemerintah untuk beradu tenaga. hang tuah memilih untuk beradu cabar digelanggang persilatan..semasa itu panglima mangkubumi sedang bertapa didalam tanah.untuk mendapatkan kekebalan ia perlu bertapa selama 40 hari.akhirnya panglima mangkubumi terpaksa keluar dari tempat pertapaan nya yang baru berusia 39 hari.Tidak lengkaplah ilmu kekebalan tersebut.

Semasa pertempuran beliau dengan hang tuah..akhirnya ia terbunuh..Taming sari jatuh ketangan hang tuah.Setelah lama memiliki dan sejarah banyak berlaku.Hang Tuah dan Hang Jebat akhirnya bertemu untuk menyelesaikan maslah yg timbul.Hang Tuah dibekalkan keris yang lebih kurang hebatnya jugak dari kesultanan Melayu Melaka IAITU KERIS PAMONG SARI IA JUGA KERIS YANG BERDAULAT.Semasa pertarungan akhirnya keris itu bertukar tangan..hang tuah memiliki semula taming sari..hang jebat memiliki pamong sari.Akhirnya Jebat redah kebumi ditikam dengan Taming Sari.

Setelah itu keris itu sebenarnya di ambil semula oleh Hang Tuah selepas Hang Tuah dikebumikan disatu tempat rahsia tanpa diketahui umum.Hang Jebat tidak mengamuk pun setelah ditikam oleh Hang tuah seperti mana diceritakan..Ia sekadar memburukan Hang Jebat.Hang Jebat tidak melakukan zina.Dia berkahwin dengan Dang Anum yang disaksikan oleh Dato Bendahara.

Untuk pengetahuan anda semua 5 bersaudara ini bukanlah calang manusia.mereka dibekalkan oleh guru2nya ilmu agama yang cukup tinggi serta ilmu persilatan..Janganlah memburukan Hang Jebat..Ia satu sejarah dimana kesannya kini telah pun terbukti kepada pemimpin kita sendiri yang ada sekarang.Ia kemana pegi keris tersebut…

KERIS yang berada ditangan Sultan Perak pada hari ini adalah KERIS PAMONG SARI yang telah diserahlkan kepada kerajaan perak selepas itu.

KERIS Taming Sari ia masih terpacak dicelah batu diantara 3 buah negeri iaitu Pahang,Negeri Sembilan dan Melaka iaitu disempadanan yang tidak diketahui oleh kita.Keris itu akan tercabut dari celah batu sampai waktunya oleh seorang budak yang berlidah hitam berumur diantara 3 – 5 tahun..Mungkin ia salah satu keturanan Panglima Hitam yang kita tidak tahu..kita bersabar..kita tunggu..bilakah akan berlaku..

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

7 Responses to Rahsia Hang Tuah dengan Keris Taming Sari

  1. john berkata:

    kuat gilo mu nie….

  2. tengku muztahfiz berkata:

    Assalamualaikum. Saya rasa cerita anda yang betul setakat ini..Tentang ada nya budak yang berlidah hitam tu saya tak boleh terima kerana hanya allah saja tahu tentang masa depan. Malaikat,jin,iblis dan syaitan pun tidak tahu untuk meramal masa depan.

  3. zack berkata:

    keris taming sari mjasih ada bersama hang tuah di atas gunung ledang.

  4. faruqie ismail berkata:

    salam.
    saya anak kelahiran perak..
    saya penah melihat keris yang dinyatakan di atas (keris pamong sari)
    yang saya dapat tau keris yang ada di tangan sultan perak itu keris taming sari..
    tetapi tak sahih..
    boleh saya tau dari mana anda dapat fakta ini..
    dan boleh cerita dgn lebih terperinci..
    terima kasih

  5. Muhammad berkata:

    Assalamualaikum
    Saya sangat kagum dan amat mempercayai kewujudan Hang Tuah dan lima saudaranya yg berguru dgn Syeh Saman, seorang waliallah.
    Justeru itu, saya tidak dapat menerima cerita Hang Jebat menderhaka sudah itu dibunuh pula oleh Hang Tuah sedangkan keduanya bukan hanya pahlawan unggul, tetapi juga merupakan org2 yg mempunyai ilmu Islam yg tinggi apatah lagi guru mereka Syeh Saman. Tambahan pula, cerita ini dikutip dari karangan atau terjemahan org kafir. Pastinya ada konspirasi yg memburukkan Islam.
    Boleh kah tuan tolong menghuraikan masalah ini?
    Tetima kaseh.

  6. Zarul Jebat berkata:

    #KERIS Taming Sari ia masih terpacak dicelah batu diantara 3 buah negeri iaitu Pahang,Negeri Sembilan dan Melaka iaitu disempadanan yang tidak diketahui oleh kita.Keris itu akan tercabut dari celah batu sampai waktunya oleh seorang budak yang berlidah hitam berumur diantara 3 – 5 tahun..Mungkin ia salah satu keturanan Panglima Hitam yang kita tidak tahu..kita bersabar..kita tunggu..bilakah akan berlaku..#

    assalamualaikum…
    sy cuma nk tanya pasal cerita tu..macam mna tuan boleh tahu keris tu masih terpacak di celah batu antara 3 negeri ?budak 3-5tahun akan kuarkn?keturunan panglima hitam…
    soalan sy mcm mna tuan boleh tahu pasal benda ni @ ade tertulis di mna2?maaf klu salah soalan sy ni..-sy budak baru belajar-

Tinggalkan komen